Mahu jadikan ia sebagai kejutan, pelakon Julia Ziegler mengakui tidak melakukan pemeriksaan jantina anak yang dikandung walaupun kini sudah hamil lapan bulan.

Mungkin bagi sesetengah pasangan lain teruja nak ketahui jantina anak, tapi baginya dan suami biarlah rahsia.

Menurut Julia di instagramnya, dia mahu jantina bayinya itu menjadi kejutan ketika melahirkan anaknya itu nanti.

“Ramai yang bertanya kepada saya, bayi lelaki atau perempuan? Jawapannya, saya tidak tahu, kerana saya mahu menjadikan sebagai kejutan. Lelaki atau perempuan, Alhamdulillah, tak kisah asalkan sihat sempurna dan selamat semuanya,” katanya.

Dia juga menjelaskan ramai yang bertanya bila dijangka melahirkan Julia Johan Junior?

Jika ikut pengiraan doktor dan tiada sebarang masalah lain, insya-Allah Januari tahun depan.

“Apa pun, saya ucapkan terima kasih pada semua yang mendoakan. Amin,” tulisnya.

IKLAN

Biarlah Rahsia! 8 Bulan Hamil, Julia Ziegler Masih Belum Tahu Jantina Anak. Nak Suprisekan Masa Lahir

Rata-rata mendoakan agar Julia selamat bersalin dan berharap agar dia serta bayinya diberi kesihatan yang baik.

“Lelaki ok, perempuan pun ok… Yang penting dua-dua sihat masa bersalin nanti,” tulis noorsalasiahhamzah.

“Ya, yang penting semuanya selamat dan semoga dipermudahkan Julia Ziegler,” tulis neeja.s.m.a.r.a11.

IKLAN

Bagaimanapun, ada juga yang cuba meneka jantina anak yang dikandung Julia.

“Ianya lelaki. Sebab tengok mommy tak gemuk. Apa-apa pun tahniah. Moga dipermudahkan, amin,” tulis my_matahari.

“Macam perempuan, InsyAllah.  Tak kisah apa pun, janji mummy dan bayi selamat. Amin,” tulis natashanordean.

Biarlah Rahsia! 8 Bulan Hamil, Julia Ziegler Masih Belum Tahu Jantina Anak. Nak Suprisekan Masa Lahir

IKLAN

Sebelum ini, Julia juga ada berkongsi berat badannya nak 10 kilogram kerana selera makannya bertambah.

Julia atau nama penuhnya, Julia Bob Fauzi Ziegler berkahwin dengan jurutera mekanikal dikenali sebagai Johan pada 1 Januari 2017.

Menurut laporan BH sebelum ini, Julia akui cepat letih sepanjang tempoh trimester pertama.

“Badan saya macam tiada tenaga… Asyik makan dan tidur saja. Manalah berat badan tak naik.

“Cuma ketika ini, saya lebih bertenaga dan aktif. Saya biasakan diri membuat kerja rumah termasuk memasak,” katanya.

Sumber: ig Julia Ziegler

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI