Bukan setiap pasangan diberikan rezeki untuk melalui proses kehamilan secara semula jadi. Pun begitu terdapat beberapa inisiatif yang boleh dibuat untuk memastikan pasangan tersebut berpeluang untuk memiliki anak kandung mereka sendiri. Salah satunya adalah dengan menjalani rawatan kesuburan yang dikenali sebagai IVF. Ia merupakan singkatan dari perkataan In Vitro Fertilisation atau lebih dikenali dengan bayi tabung uji.
Istilah In Vitro, dalam bahasa Latin bermaksud dalam kaca kerana percubaan biologi awal yang melibatkan penanaman tisu di luar organisma hidup dilakukan di dalam bekas kaca. Istilah bayi tabung uji sering digunakan untuk merujuk kepada bayi melalui proses ini. Pa&Ma mendapatkan penerangan lanjut tentang rawatan IVF dari Dr. Salini Suhaila Nasir, Pakar Kesuburan & Sakit Puan, Hospital Metro IVF, Klang.
PROSEDUR RAWATAN IVF
Proses IVF adalah seperti berikut:
Langkah 1: Ubat kesuburan menerusi pemantauan pakar kesuburan diberikan untuk merangsang pengeluaran telur. Telur yang banyak dan matang diperlukan kerana sesetengah telur tidak akan berkembang atau membesar meskipun setelah pengambilan ubatan tertentu. Ultrasound transvaginal digunakan untuk memeriksa ovari dan sampel ujian darah diambil untuk memeriksa tahap hormon.
Langkah 2: Telur diambil melalui prosedur pembedahan kecil yang menggunakan imbasan ultrasound untuk mengeluarkan telur. Ubat untuk mengurangkan dan menghilangkan ketidakselesaan juga disediakan.
Ads
Langkah 3: Pasangan lelaki diminta menghasilkan sampel sperma di dalam bekas yang disediakan untuk menggabungkan dengan telur wanita.
Langkah 4: Dalam proses yang dikenali sebagai pembiakan, sperma dan telur disatukan dan disimpan di dalam makmal untuk menggalakkan proses persenyawaan berlaku. Dalam sesetengah kes di mana terdapat kebarangkalian potensi persenyawaan rendah, suntikan Intracytoplasmic Sperm (ICSI) digunakan. Melalui prosedur ini, sperma disuntik terus ke dalam telur dalam usaha untuk mencapai persenyawaan. Proses ini dipantau dengan rapi agar persenyawaan dan pembahagian sel berlaku. Setelah berjaya disenyawakan, ianya dikenali sebagai embrio.
Langkah 5: Embrio biasanya dipindahkan ke rahim wanita dua hingga lima hari selepas pengambilan telur dan persenyawaan. Alat yang dipanggil kateter atau tiub kecil dimasukkan ke dalam rahim untuk memindahkan embrio. Prosedur ini tidak menyakitkan untuk kebanyakan wanita tetapi sesetengahnya mungkin mengalami kekejangan ringan. Sekiranya prosedur itu berjaya, implantasi biasanya berlaku sekitar enam hingga sepuluh hari selepas pengambilan telur.
Mengapa IVF merupakan salah satu alternatif untuk hamil yang menjadi pilihan pasangan yang mencuba mendapatkan anak?
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pastinya inginkan cahaya mata bagi melengkapkan keluarga kecil mereka dan rawatan ini adalah rawatan alternatif bagi mengetahui kesuburan setiap pasangan. Bagi lelaki yang mengalami fungsi sperma terjejas atau sperma yang tidak normal; kepekatan sperma yang rendah, sperma lemah atau saiz sel sperma yang tidak normal. Kaedah rawatan kesuburan lain mungkin tidak sesuai dengan keadaan sperma tersebut.
Begitu juga untuk kes wanita yang mempunyai masalah kerosakan tiub fallopian, gangguan ovulasi, kegagalan ovari pramatang atau endometriosis tahap tiga dan empat. Percubaan rawatan IUI yang gagal beberapa kali juga memerlukan pasangan mencuba rawatan IVF.
Ads
Apakah ciri-ciri pasangan yang boleh mendapatkan rawatan ini? (dari segi fizikal dan kesihatan)
Menerusi kaedah ini, IVF dapat membantu untuk mengatasi pelbagai masalah kesuburan, termasuk:
1. Wanita yang berusia
2. Sperma yang tidak subur
3. Kedua-dua tiup faloppian tersumbat
4. Mengalami endometriosis yang teruk
5. Gagal kaedah IUI
6. Masalah ovulasi
7. Kemungkinan penyakit yang diturunkan secara genetik
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Rozita Che Wan mengakui ada keinginan untuk hamil selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana namun ada sedikit kebimbangan.
Menerusi entri di laman Instagram miliknya, Che Ta, menjelaskan usianya menjadi salah satu faktor yang membuatkan dia risau untuk hamil anak seterusnya.
“Bukan tak teringin nak beranak lagi, tapi dah tua-tua ni tak larat la nak dok berligan anak kecik, lari alignments,” tulisnya.
Kapsyen yang dimuat naiknya bersama sekeping gambar memegang seorang bayi itu tak dipersetujui oleh pengikutnya.
Rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Che Ta dan kebanyakan mereka memberikan kata-kata semangat kepadanya supaya tidak memandang usia sebagai halangan.
Ramai je yang hamil lagi di usia 40-an. Jika Allah nak bagi rezeki apa salahnya. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka hamil di usia yang lewat dan berjaya membesarkan anak tanpa halangan.
“@azian_naizashop: Tak pa Che Ta. Asal badan sihat. Ada je kes kat tempat kita umur 50 tahun beranak. Bukan luaq negara je. Lanikan macam-macam supplement moden dan tradisional ada masa hamil dan berpantang. Dalam pantang pun ada orang masak, jagakan ibu dan baby. So get ready for Zain junior.”
“@hazela85: Orang cakap kalau gen cantik-cantik ni rugi tak beranak ramai-ramai Che Ta.”
“@naufalaimar16: Kuatkan semangat Che Ta. Kalau Allah nak bagi, kekuatan akan datang bila lihat anak dipangku nanti.”
Mungkin Che Ta ada alasan kukuh untuk takut nak hamil lagi. Kadang-kadang kita tak tahu sebab disebaliknya.
Namun jika dah memang Allah tetapkan yang Aaisyah akan dapat adik, siapa kita nak menidakkan perancangan-Nya. Apa yang pasti Che Ta dan Zain lebih tahu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada yang lebih membuatkan ibu hamil risau selain merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan janin dalam kandungan. Melalui perkongsian terbaru Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor di Instagram miliknya, beliau berkongsi saat cemas apabila bayi kembar dalam kandungan isteri Datin Dr Halina yang tidak bergerak secara tiba-tiba.
Menurut hantaran tersebut, ia berlaku kerana disebabkan oleh satu insiden yang tidak disengajakan dimana kembarnya Adam dan Noah terjatuh ke atas perut Dr Halina ketika sedang bermain.
Jelas Sheikh Muszaphar biasanya kembar dalam kandungan isterinya begitu aktif terutamanya pada waktu malam. Namun pada malam semalam ia tidak bergerak sepanjang 2 jam.
Naluri seorang ibu mengatakan ada sesuatu yang tidak kena, tidak membuang masa, Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mengambil keputusan untuk terus ke jabatan kecemasan sekitar jam 1.00 pagi.
Dengan tindakan pantas yang diambil dan setelah melakukan imbasan pada kandungan, Sheikh Muszaphar bersyukur heart beat bayi kembarnya dapat didengar semula.
“We had a traumatic experience last nite .
“The twins Adam & Noah were playing and accidentally fell on Dr Halina’s tummy .
“It was a big hard blow …
“Dr Halina was quiet the whole time and only told me one of the twins in the tummy was not moving or kicking for the past 2 hours .
“Hati pun tak sedap …
“Normally the twins in the tummy are very active at night especially the Girl twin .
“Not taking chances we went straight to the Emergency Department at 0100 in the morning .
“It was the longest 20 minutes drive .
“Both were quiet praying inside .
“I could see Dr Halina was in tears …
“Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected .
Syukur sangat kepada Allah …
“I can’t imagine if anything happens to the unborn twins or to any of our kids – God forbid
Nauthu Billah,” kongsinya.
Dalam pada itu, Sheikh Muszaphar sempat berpesan kepada semua ibu hamil di luar sana untuk tidak mengambil mudah jika perkara sebegitu berlaku. Ikutlah naluri keibuan jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan anak dalam kandungan.
Pastikan tendangan anak dalam kandungan mengikut kiraan yang disarankan dan jangan lengahkan masa untuk ke hospital jika merasakan ada yang tidak kena dengan kandungan masing-masing.
“I wanted to share to all pregnant mothers out there …
“Don’t take things for granted .
“Follow your instinct as Mothers know best .
“Make sure the baby is kicking well – at least 10 kicks within an hour .
“Do not delay going to the hospital.
“Every second matters …
“Pregnant mothers need to be knowledgeable on their unborn in whatever circumstances .
“ Expect the unexpected
“The Spouse need to be there at all times supporting each other .
Beliau juga sempat memohon kepada semua untuk mendoakan semuanya dipermudahkan untuk Dr Halina dan bayi dalam kandungan sepanjang kehamilan.
Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata. Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.
Jangan lupa saksikan Episod 5, Journey Bersama JoviaNina pada Rabu 23 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad, 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Ketika seseorang wanita sedang hamil, dia perlu sentiasa berada dalam keadaan positif dan menggembirakan. Sebaiknya elakkan rasa tertekan atau sedih semasa dalam tempoh kehamilan.
Selain menggangu tahap kesihatan si ibu, emosi semasa hamil boleh mempengaruhi anak dalam kandungan.
Ibu hamil perlu ada dalam persekitaran yang membahagiakan serta sentiasa disayangi untuk memastikan emosinya stabil dan sentiasa ceria. Kalau tak mahu bayi anda nanti kuat meragam, sentiasa gembira dan ceriakan diri anda sepanjang mengandung.
Sebenarnya memang ada fakta mengatakan ibu yang gembira dan selalu ketawa semasa mengandung akan melahirkan bayi yang juga ceria dan gembira! Berikut beberapa fakta benar tentang pentingnya ibu hamil untuk sentiasa gembira dan ceria:
1. Hormon Kortisol Tinggi
Paras hormon kortisol yang tinggi (hormon stres yang bertanggungjawab untuk tindak balas dalam badan) ketika mengandung ada kaitan dengan bayi yang kuat menangis dan kurang tidur selepas dilahirkan.
2. Ibu Rasa Stres
Stres kronik ketika hamil juga ada kaitan dengan risiko kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah. Kepada ibu hamil, sila beri perhatian kepada emosi diri sendiri. Begitu juga dengan orang yang paling rapat iaitu suami.
Satu kajian yang dilakukan oleh Pennsyvlania State College of Medicine mendapati ibu yang bahagia dan mendapatkan banyak sokongan dari orang terdekat akan menurunkan risiko kolik berlaku pada bayi yang baru dilahirkan.
4. Kena Gembira, Duduk Dalam Persekitaran Positif
Emosi positif ibu mempengaruhi keadaan bayi yang dilahirkan. Ia boleh berlaku sekiranya ibu banyak tersenyum dan ketawa. Jadi ibu mesti selalu berdamping dengan orang-orang yang positif dan ceria serta boleh membuatkan ibu merasa bahagia dan gembira sentiasa.
Kajian menunjukkan ibu yang merasa bahagia setelah melahirkan mempunyai bayi yang menangis kurang dari tiga jam dalam sehari.
Bagi menyokong isteri yang sedang hamil, para suami boleh menunjukkan rasa sayang kepadanya. Tunjukkan yang anda peka dengan perasaan dan keperluannya. Emosi yang terkawal akan menggalakkan pertumbuhan bayi dalam kandungan lebih sihat.