
Pelakon cantik, Shima Anuar telah memuat naik satu status di laman Instagramnya. Perkongsian itu membuatkan pengikutnya terhibur dengan pelbagai komen yang ditinggalkan.
Dia dalam perkongsian tersebut memberitahu, dia tidak boleh membiarkan dirinya nampak comot biarpun sedang hamil anak kedua. Risau suami keliru siapa Shima dan siapa pembantu rumah.
“Walaupun pregnant, tak boleh comot2. Nanti husband tak kenal mana bibik, mana bini.”
Pasangan ini telah berkahwin telah berumah tangga selama dua tahun dan dikurniakan si comel, Marian Sophia.
Tak sabar rasanya nak tahu jantina baby Shima. Semoga Shima sihat dan kandungan juga dalam keadaan baik-baik sahaja. Pada penulis, bersolek atau tidak Shima tetap cantik!
Sumber: Shima Anuar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jangan Pakai Inai Ketika Hamil, Ini 5 Sebab Ibu Kena Tahu!

Trend memakai inai di kalangan wanita pada hari ini semakin menjadi popular. Kebanyakan kaum wanita menjadikan hiasan inai sebagai salah satu pelengkap gaya pada kuku mereka.
Walaupun pemakaian inai dikatakan selamat dipakai oleh wanita hamil dan menyusukan anak namun baru-baru ini tular satu video di TikTok seorang wanita menyatakan dia ditegur oleh jururawat kerana memakai inai ketika membuat pemeriksaan mengandung di sebuah klinik.
Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri daripada memakai inai buat sementara waktu.
Perkongsian video oleh pengguna TikTok @shafiqahathirahfazil itu menjadi perhatian ramai sehingga menjadi tanda tanya warga maya yang keliru apa punca wanita hamil tak digalakkan memakai inai.
@tyathirah♬ Finger Dance TikTok – غزلان
Kenapa Ibu Hamil Kena Stop Pakai Inai
Sebenarnya pemakaian inai bukanlah suatu yang salah atau boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Ia perlu dielakkan bagi urusan pemeriksaan kesihatan ibu hamil dan ibu nak melahirkan bayi atas sebab-sebab seperti berikut yang pernah dikongsi oleh seorang jururawat terlatih Bel Nawhen atau nama sebenarnya Nur Nabiila Masfuzah Abdullah di Facebook beliau satu ketika dahulu.
Menurut Bel kalau pakai pewarna kuku, memang jururawat akan pesan suruh cuci atau tanggalkan pewarna kuku tersebut.

Ini antara sebabnya kenapa ibu hamil disuruh elak daripada memakai inai:
1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan perawat untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.

2. Ukir inai atau memakainya di kuku, kalau boleh elak kerana inai ukir di tangan dan kuku menyukarkan untuk suntikan jarum jika ibu tiba-tiba perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean.
3. Jururawat akan periksa darah pada kuku ibu hamil semasa pemeriksaan kesihatan untuk tengok sama ada kebiruan dan sebagainya.
4. Bagi ibu hamil yang ada masalah Anemia, pemeriksaan menerusi kuku boleh mengesan sebarang masalah abnormal yang berlaku.
5. Pemakaian inai pada kuku menyukarkan jururawat untuk memeriksa masalah Hypoxia iaitu kurang oksigen dalam darah yang paling cepat dikesan melalui kuku pesakit.
Tetapi kalau sudah pakai inai jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi. Tetapi kalau sudah terpakai kita tidak boleh buat apa-apa.
Sumber: Sinar Plus & Kosmo
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi Sihat & Cantik, Amalkan Makanan Sunnah. Usaha Ibu Jaga Kandungan

Buat wanita yang sedang mengandung, pengambilan makanan adalah antara perkara yang perlu dititikberatkan. Jangan ikutkan nafsu dan makan semua benda tanpa kawalan. Anda harus ingat, apabila mengandung anda perlu lebih berdisiplin dan menjaga makan kerana nutrisi yang banyak sangat diperlukan oleh kedua-duanya.
Amalkan pemakanan yang sihat dan paling baik adalah mengamalkan makanan sunnah yang kaya dengan segala kebaikan nutrisinya. Di dalam perkongsiannya, Dr Zubaidi Hj Ahmad telah menyenaraikan jenis makanan yang boleh anda amalkan ketika sedang hamil.
Artikel Menarik: [Jangan ‘Main Tipu’ Bila Kira Gerakan Bayi. Itu Tanda Dia Elok Dalam Tu!]
MAKANAN TAMBAHAN SIHAT UNTUK WANITA HAMIL
Bagi wanita hamil, saya cadangkan perbanyakan makanan ini sepanjang kehamilan kerana ia barakah (disebut dalam al Quran) dan sangat bernutrisi.
Bagi mereka yang hamil tanpa masalah kesihatan, perbanyakan makanan tambahan ini dan elakkan makan makanan yang berproses.
Pertama : KURMA
Bagi mereka yang rasa lapar di antara waktu makan, ambillah 2-3 kurma sebagai kudapan. Kurma sangat kaya dengan pelbagai jenis protein, vitamin dan mineral. Ia mengandungi serat yang banyak.

Kurma mempunyai gula dan serat, jadi penyerapan gula agak sederhana. Sangat bagus bagi menambahkan tenaga sepanjang kehamilan. Tidak perlu ambil banyak dalam setiap hidangan. 2-3 biji sudah memadai.
Kedua : BUAH TEEN
Buah teen mengandungi Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan saraf anak.
Makan buah teen mengurangkan kelelahan, meningkatkan daya memori otak dan mencegah anemia. Ia juga mengandungi serat membantu keseimbangan gula dan kolestrol dalam darah.

Ia mengandungi kalsium, potasium, zink dan zat besi yang baik untuk ibu hamil.
Ketiga : MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun adalah makanan tambahan yang terbaik untuk wanita hamil. Ia mengandungi ‘essential fatty acid’ yang diperlukan untuk perkembangan saraf dan otak bayi.

Artikel Menarik: [Influenza Bukan Biasa-Biasa. Kena Pada Ibu Mengandung, Beri Effect Pada Bayi]
Keempat : BUAH DELIMA
Buah delima mengandungi fitokimia yang baik untuk jantung dan dapat dapat mngimbangi tekanan darah. Buah delima sangat bagus untuk pembentukan tulang bayi dalam rahim.

Kelima : MADU
Pilih madu yang asli dan kita akan mendapat kebaikan darinya. Madu mengandungi vitamin, mineral dan enzim yang bermanfaat.

Ia sudah terbukti keberkatannya, dan disebut dalam al Quran dan terdapat satu surah yang dinamakan lebah iaitu surah An Nahl.
Keenam : SUSU
Minumlah susu segar sama ada susu lembu atau susu kambing. Ia membekalkan tenaga dan nutrisi yang banyak pada wanita hamil dan anak dalam rahim.
Pastikan tiada masalah alahan atau lactose intolerance pada mana-mana susu ini.

Artikel Menarik: [Makan Mi Segera, Nanti Anak Terbelit. Banyak Mitos Pelik Tentang Ibu Hamil!]
Saya mencadangkan minum 2-3 gelas susu segar setiap hari bagi menampung keperluan tenaga yang bertambah diperlukan oleh wanita hamil.
Perkongsian ini sangat bermanfaat kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan. Bagi yang belum bermula, bolehlah mencubanya. Bukan hanya untuk wanita hamil, semua makanan yang ada dalam senarai ini juga elok untuk diamalkan oleh semua orang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hb Masih Rendah Selepas Cuba Pelbagai Cara? Mungkin Mama Ada Silap Pilih Makanan & Cara Makan

Hb masih rendah selepas cuba pelbagai cara? Mungkin mama ada silap pilih makanan & cara makan. Ikuti tip yang diberikan oleh pakar O&G ini.
Penat kan rasanya bila paras Hb masih di tahap yang rendah walau pun sudah mencuba pelbagai cara? Anemia adalah apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi.
Menurut Dr Jumeah Jumeah Shamsudin, Pakar Obstetrik dan Genikologi Avisena Specialist Hospital, lazimnya, anemia berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaran sel darah merah yang berkurangan, kehilangan darah, atau kemusnahan sel-sel darah merah. Kekurangan zat besi (iron deficiency anaemia) membawa kepada dalam penghasilan sel darah merah yang kurang. Mama yang mempunyai paras Hb rendah daripada 11 g / dL perlu ambil langkah segera menaikkan paras Hb supaya diri dan janin tidak terjejas.

MAKANAN YANG KAYA ZAT BESI
Bagi meningkatkan hemoglobin, mereka disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi yang boleh membantu meningkatkan hemoglobin.

- Zat besi boleh diperoleh daripada sayur-sayuran hijau gelap seperti bayam, sawi, brokoli, bendi, kacang pis membantu pembentukan sel darah merah.
- Ubi bit, lada Benggala, asparagus, bunga kubis dan kentang.
- Buah-buahan seperti pisang, anggur, avocado, betik, delima dan epal.
- Bijirin seperti beras, quinoa, oat atau roti yang diperkaya dengan zat besi amat disarankan.
- Coklat gelap dan serbuk koko.
- Kekacang dan lentil seperti kacang merah, soya, badam, kacang tanah, biji labu, dan kacang hijau.
- Ambil sumber makanan daripada haiwan seperti daging merah, ayam kampung, kuning telur kampung, makanan laut seperti ikan.
- Daging merah dan organ dalaman jangan diambil berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah jantung dan paras kolesterol tinggi. Ini kerana ia turut mengandungi banyak vitamin B12 yang boleh menyebabkan keracunan hati.
- Buah-buahan kering seperti aprikot, buah tin, kurma dan prun.

10 MAKANAN PERLU DIKURANGKAN/ DIELAKKAN IBU HB RENDAH
Ada beberapa makanan yang perlu dielakkan bagi ibu yang ingin meningkatkan paras Hb iaitu;

- Makanan masam yang boleh melemahkan badan.
- Elakkan air osmosis terbalik yang tidak mengandungi mineral. Ia yang mengganggu keseimbangan homeostasis darah.
- Beras putih, gula putih dan tepung gandum putih.
- HVO(Hydrogenated Vegetable Oil) atau minyak goreng yang digunakan berulang kali kerana ia memberatkan lagi keadaan anemia akibat gangguan edaran darah dan oksigen rendah.
- Makanan yang diletakkan banyak kimia seperti pengawet, pewarna dan perasa tiruan.
- Makanan berproses seperti makanan dalam tin, minuman berkarbonat dan daging diproses seperti sosej dan nuget.
- Makanan ringan atau segera yang kurang khasiatnya seperti kentang goreng, kerepek, burger dan sebagainya.
- Ayam daging, telur komersial yang kurang berzat.
- Makanan yang boleh mengganggu penghadaman seperti mencampurkan susu dan buah, mencampurkan dua jenis protein yang berbeza seperti daging dan ikan atau telur atau susu.
- Makanan yang terlalu pahit seperti hempedu bumi, seruntun, peria dan tunjuk langit perlu dihindari kerana ia boleh melemahkan badan.
TIP MENINGKATKAN PENYERAPAN ZAT BESI
Dr Jumeah menasihatkan anda agar menunggu sekurang-kurangnya dua jam selepas mengambil makanan dan minuman yang disenaraikan ini agar supaya penyerapan pil zat besi lebih optimum.

- Teh, kopi, kalsium, produk tenusu seperti susu dan yogurt.
- Antasid yang digunakan untuk melegakan gastritis.
- Bijirin penuh merupakan sumber yang baik untuk zat besi itu sendiri, namun ia mengandungi asidphytic , yang boleh mengganggu penyerapan zat besi daripada makanan dan pil lain.
Ambil dua jam selepas makan pil zat besi supaya pil dapat diserap dengan lebih berkesan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


