Bukan calang-calang dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi! Siapa sangka Tomok buktikan cintanya pada ilmu tiada penghujung.
Bapa kepada tiga orang anak ini, menerusi perkongsian di Instagram (IG) terbaru, Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail berkongsi video memaparkan dirinya melangkah hari pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.
Penyanyi dan vokalis kumpulan New Boyz itu berkongsi video berkenaan menunjukkan dirinya mendaftar bagi program Sarjana Pengajian Persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan secara sepenuh masa di institut pendidikan berkenaan.
Bukan itu sahaja, kelihatan anak-anak dan isteri Tomok turut menghantarnya melanjutkan pelajaran di sana menjadikan momen ini lebih istimewa.
Riak wajah Tomok jelas ceria dan bersemangat untuk meneruskan cita-cita dalam jurusan yang diminatinya.
Ads
Sehubungan dengan itu, pelantun lagu ‘Marah Bukan Sifatku’ ini berharap agar segala urusannya dipermudah.
“Biasanya ayah,ibu hantar anak anak..ni terbalik pulak…insyaallah saya akan berikan yang terbaik.”
Ads
Sebelum ini, Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan agar Tomok meraih kejayaan dalam bidang yang diceburinya.
Ada diantara anak-anak kita yang menerima alahan sebaik makan buah-buahan yang ada di pasaran. Semuanya kerana bahan kimia dari sisa racun perosak yang digunakan bagi membuatkan buah tahan lama dan elok.
Bagi mengelakkan anak terkesan dengan sisa racun perosak ini, ada baiknya buah dicuci dengan sebersih-bersihnya.
Bukan dicuci biasa sahaja tetapi cara paling baik adalah dengan menggunakan soda bikarbonat sebagai alat pencuci.
Jom ikuti perkongsian tip dari Public Health Malaysia ini untuk semua.
Jika buah-buahan mengandungi banyak sisa racun perosak, ia boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Salah satu kesan awal yang mungkin dirasai adalah rasa sakit atau iritasi pada tekak selepas memakannya.
Ada cara mudah untuk menikmati buah-buahan dengan lebih selamat – gunakan baking soda!
1. Campurkan larutan baking soda:
Ambil 1 sudu besar baking soda dan campurkan dengan semangkuk air (sekitar 1 liter).
2. Rendam buah-buahan selama 10–15 minit:
Rendam buah-buahan seperti anggur, epal, atau sayuran. Baking soda akan bekerja untuk memecahkan sisa racun perosak.
3. Bilas bersih:
Selepas rendaman, bilas dengan air bersih untuk menghilangkan kesan baking soda. Kini, buah anda lebih bersih dan selamat dimakan!
Baking soda berfungsi dengan memecahkan molekul racun perosak. Ini lebih efektif berbanding air garam, yang hanya membersihkan permukaan tanpa tindak balas kimia.
Nikmati buah-buahan dengan lebih yakin, dan jadikan langkah ini sebahagian daripada rutin anda.
Sedikit usaha, hasilnya – kesihatan yang lebih terjamin!
Hidup berumah tangga haruslah saling membantu dan memahami. Adalah lebih baik jika kerja rumah dapat dibuat bersama-sama untuk meringkan beban si isteri. Emosi isteri stabil, suami juga yang dapat untung!
Di dalam perkongsian seorang isteri, Amalina Sehabudin, beliau memberi tip untuk menjadi isteri yang bahagia walaupun bekerja dan harus melakukan kerja rumah.
Tips jadi isteri terbahagia untuk isteri yang bekerja :
1) Rajin, masak. Tak rajin, makan luar. Malas keluar, delivery/grabfood/foodpanda ada (yg pasti payment guna kad laki). Laki request nak masak jugak? Boleh. Lepas masak bagi laki kemas dapur, lepas makan tugas laki cuci pinggan.
2) Laki balik kerja lambat, kita makan dulu. Pastikan perut kita kenyang. Sebab perut yang lapar boleh mendatangkan amarah.
3) Laki nak keluar lepak malam-malam, mintak dia setelkan pinggan mangkuk kat sinki, buang sampah, kemas rumah dulu. Lepas tu biarlah dia keluar sebab bila dia keluar, kita kat rumah pun tenang.
4) Laki keluar lepak, tak payah lah nak berjaga sampai dia balik. Kau pegi masuk tidur. Pastikan kau dapat tidur secukupnya. Tidur kau pun penting. Tak cukup tidur juga boleh mendatangkan amarah.
5) Rumah bersepah, kau hulur vacum mintak laki kau vacum rumah sambil kau kemas apa yang patut.
6) Toilet kat rumah kau berbagi lah dengan laki dia cuci yang mana, kau cuci yang mana, gilir-gilir ke kan..
7) Kain baju kau suruh laki basuh & keringkan, kau lipat, iron & susun dalam almari. Sebab biasa laki bab melipat, iron & menyusun baju ni tak sekemas bini.
8 ) Anak-anak yang dah besar sikit, kau pass dekat laki untuk uruskan. Anak tu dah 9 bulan kau bawak dalam perut, 2 tahun duk mengempeng.. takut dia lupa pulak siapa bapaknya. Dan bapak tu pun takut dia lupa dia ada anak…Jadi kau kena tolong mereka saling mengenali satu sama lain.
Cukup lah 8 tips ni dulu… Aku bukan taknak me”raja”kan laki… Masalahnya laki aku tu keturunan diraja pun takde. Harta pun tak banyak mana. Pembantu rumah pun kitorang takde jugak. Harapkan part-time helper yang dipanggil sekali sekala.. Aku cuma memberi peluang untuk dia tunaikan tanggungjawab dia dalam keluarga je..
Kita kawin ni nak jadi isteri. Bukan nak jadi hamba abdi. Kalau nak jadi hamba baik aku menghambakan diri kepada yang Maha Esa je. Tak payah kawin. 😆
Aku tak suruh korang ikut tips ni pun. Dan kalau korang tak setuju pun… ada aku kisah?? Kau laki aku ke??? 🤣🤣🤣
Updated : Tips ni bukan bulat-bulat WAJIB buat macam tu..k? The key is SHARING YOUR RESPONSIBILITIES. Marriage is about SHARING. You both share your life together tapi takkan hal rumahtangga atas isteri je? Kalau isteri tu surirumah yang memang 100% uruskan rumah je maybe lain tips dia. Only you know how your marriage works. You do you. Nobody can tell you how to do your marriage.
Takde sepatah pun aku sebut pasal disrespect to husband. Suami yang share kerja rumah tak jatuh pun martabat dia as suami. Takde istilah takut bini. Lelaki-lelaki yang tak setuju ni mesti spesies berangan dia kaya raya tapi yang sebenarnya kau miskin, tak mampu nak ambik pembantu. Jadi bini still kena kerja, tapi at the same time layan kau macam raja. Zaman sekarang lelaki-lelaki yang menjaga agama, terpelajar, mampu & berkarisma semuanya takde masalah nak uruskan hal rumah. Dia sibuk, dia cari pembantu sebab dia mampu.
Terasa?? Aku jaga laki & anak-anak aku je. Kisah pulak aku nak jaga hati kau 😆😆😆
Love ❤️ Kak Emme
Ini sekadar cadangan apa yang boleh dipraktikkan oleh pasangan suami isteri. Tidak semestinya harus diikut sama seperti ini, ikutlah kesesuaian dan keselesaan anda. Yang penting, muafakat dan saling membantu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Juru solek terkenal, MUA Bellaz tampil memberi bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan banjir selepas Kedah dilanda banjir sejak minggu lalu.
Tidak mahu berdiam diri bahkan Bellaz dan suaminya berulang alik memberi bantuan kepada penduduk sekitar yang terkesan.
Apa yang lebih mengharukan susulan ramai yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan makanan sejak bencana alam itu berlaku, Bellaz dan suami menyerahkan bantuan bekalan makanan dari kedai runcitnya sendiri untuk diagihkan kepada orang ramai. Satu usaha yang seharusnya dipuji.
“Rumah Bellaz dah surut banjir alhamdulilah. Dah boleh keluar dah. Insyallah Bellaz dan Mat Nuart dan Team Bellaz Beauty akan agihkan dalam beberapa bantuan makanan dari kedai Bella Z Mart Nuart untuk mangsa banjir yang terjejas di Alor Setar.
“Insyallah kedai runcit Mat Nuart akan beroperasi beberapa minggu lagi. Doakan hampa semoga dipermudahkan,” tulisnya.
Bahkan hasil pembelian produk orang ramai, Bellaz juga turut menyelitkan keuntungan pembelian itu untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
“Terima ksih buat pelanggan Bellaz Beauty semua yang support Bellaz. Duit yang hampa beli barang Bellaz, Bellaz selitkan jugak bantu keluarga yang memerlukan. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain,” kongsinya menerusi kapsyen.
Perkongsian ibu kepada empat cahaya mata ini pastinya mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan yang dilakukan Bellaz dan suami.
Wargamaya turut mendoakan agar Bellaz dan suami terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan susulan bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat walaupun kediamannya sendiri turut mengalami banjir.
Bellaz sebelum ini turut tular kerana sempat melaram sakan dengan mengambil gambar Oufit Of The Day (OOTD) sewaktu meredah banjir.