
Kebanyakan bayi baru lahir mesti akan kena jaundis. Kulit bayi akan berubah warna pucat kekuningan selepas hari ketiga dilahirkan. Jaundis berlaku kepada bayi kerana kandungan bilirubin yang tinggi dalam darah.
Ketika bayi dalam kandungan, hati ibu yang akan membuang bilirubin, tetapi bila sudah dilahirkan, bayi sendiri akan membuat proses pembuangan tersebut. Oleh kerana hati bayi masih belum matang untuk menyingkirkan bilirubin maka sebab itu bayi biasanya akan kena jaundis.
Bilirubin berasal dari sel darah merah. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Bilirubin ini akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui proses perkumuhan iaitu pembuangan najis dan air kencing.
Biasanya memang sukar hendak mengelakkan bayi baru lahir daripada terkena jaundis tetapi ada juga bayi yang memang bebas daripada jangkitan jaundis selepas lahir. Dikatakan semasa mengandung, ibu mengamalkan beberapa amalan berikut sehingga bayinya tidak dijangkiti jaundis langsung. Tak salah untuk cuba, mana tahu bayi anda selamat daripada jangkitan jaundis.
1. Jaga kesihatan
Ibu mengandung hendaklah menjaga kesihatan diri sepanjang kehamilan terutama semasa trimester ketiga. Dapatkan rehat yang cukup. Amalkan pemakanan yang sihat dan jangan lupa makan suplemen yang diberikan oleh doktor.
2. Elak penggunaan ubat bersalin
Sebaiknya cuba elakkan penggunaan ubat untuk bersalin. Cuba bersalin secara semula jadi. Bincang dengan doktor berkenaan penggunaan ubat untuk bersalin.
3. Bersedia!
Buat persediaan rapi secara fizikal dan mental semasa hamil untuk menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Jaundis akan berkurangan jika bayi kerap menyusu dan membuang najis dan air kencing.
4. Minum air kelapa
Semasa mengandung terutama pada trimester ketiga, banyakkan minum air kelapa asli tanpa campuran bahan lain seperti gula dan ais. Air kelapa dikatakan boleh membuang toksin di dalam badan.
5. Kurangkan makan halia
Kurangkan pengambilan halia di penghujung kehamilan dan selepas bersalin. Walaupun halia bagus untuk ibu baru lepas bersalin tetapi ia adalah herba yang boleh meningkatkan paras jaundis dalam badan bayi. Oleh itu jangan makan halia pada minggu-minggu awal selepas bersalin.
Walaupun amalan tersebut bukan 100 peratus dijamin tetapi ia tidak salah dicuba selagi tidak memudaratkan ibu dan bayi dalam kandungan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang Badan Nak Pakai Lama, Tapi Tak Guna Berpantang Ketat 44 Hari Kalau…

Isi Kandungan
ToggleBerpantang lazimnya dilakukan ibu-ibu selepas bersalin bagi menjamin kesihatan diri. Tidak dinafikan ia memberikan manfaat kepada tubuh & emosi ibu.
Namun amalan pantang esktrem boleh menyusahkan ibu. Terpaksa mengehadkan jenis makanan dan mengambil air dalam kuantiti minimum sekali gus boleh menjejaskan pemulihan ibu bersalin. Hanya dengan amalan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat boleh membantu menyihatkan tubuh sepanjang hayat.
Perkongsian Dr Say Shazril ini menarik perhatian warganet. Dr Say yang juga pegawai perubatan turut memberikan pendapat kepada cara berpantang yang dijalani isteri sewaktu melahirkan cahaya mata mereka beberapa bulan lalu.
Berpantang tiada dalam istilah perubatan moden dan dia tidak mengamalkannya tetapi bapa muda ini tidak menolak berpantang tradisional sepenuhnya malah turut mendapatkan khidmat urutan untuk isterinya sebagai cara untuk rehatkan tubuh selepas bersalin.
Topik : Pantang Part 1
Smlm baru sy berkesempatan menonton Youtube Analisis TV Alhijrah mengenai topik yg hangat diperkatakan lately yakni “Perlukah Berpantang?”. Teringat kembali dlu masa bini tidak mengamalkan pantang, kami dikecam teruk siap ade yg ckp Ace warded hospital jangkitan paru2 berpunca drpd bini makan Mykori (shaved ice dessert) dlm tempoh pantang. Fuuuh libatkan Ace skali tp xpe Ace dh maafkan die maka arini mari kite sembang lebih mendalam mengenai isu panas ni k peeps?
HORMAT CARA BERPANTANG ADAT MELAYU
Terpulang atas kehendak & kepercayaan masing2 but lets keep an open conversation here k? Ditegaskan awal2 sy respect berpantang mengikut adat Melayu tp memandangkan sy belajar perubatan moden, sy decide lebih baik sy amalkan ape yg sy pelajari melalui pembacaan drpd amalkan ape yg sy dengari melalui pengalaman.
TIADA ISTILAH BERPANTANG DALAM PERUBATAN MODEN
To be honest sewaktu medical school even semasa bekerja sbgi doktor, tidak pernah sy terbaca/ terjumpa chapter on “what to do postpartum” which means tidak ada istilah berpantang dlm perubatan moden & that was what me & my wife did lepas dia bersalin, ABSOLUTELY NO RESTRICTIONS tp kami stick dgn basic medical knowledge kami.
LEPAS BERSALIN TIADA SEKATAN PEMAKANAN
Slalu medical ni detail, kalau baca psl satu penyakit, fuuh drpd definisinya, kuman ape penyebabnya, bagaimana kuman tu menyebabkan penyakit tu, bagaimana nk tau jenis kuman penyebab tu smpilah kpd bagaimana nk rawat kuman tu.
Tp bile smpi what to do postpartum, NOTHING which means lepas bersalin tiada sekatan dlm pemakanan (cuma harus sihat & seimbang), tiada sekatan dari pergerakan (ikut kemampuan & tahap kesakitan) dlm erti kata lain AMAT MEMUDAHKAN. .
Next part sy rungkaikan mitos makanan berpantang mengikut garis panduan Kementrian Kesihatan Malaysia sbgi cth “jgn minum air nnt urat kembang”, “jgn mkn buah yg sejuk nnt kejang otot”, “jgn mkn telur nnt bisa” & bnyk lg. Sabaq naa peeps bagi sy gomol Ace puas2 dlu.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Topik : Pantang Part 2
Ingt post kali ni nk bercerita psl mitos2 pemakanan dlm pantang tp memandangkan comments on last post bnyk yg sy rasa sy perlu addresskan maka sy addresskan dlu eh? Juga spt sebelum ni lets keep an open conversation here k peeps, xmo kondem2 k? Nak amalkan bergantung, xnk amalkan tergantung. Masing2 dh besar & boleh buat pilihan sendiri. Sy hny beri fakta mengikut sains & perubatan.
BADAN NAK GUNA LAMA
Satu, ade yg komen kata “badan nak guna lama” kalau xjaga pantang nnt mase umur 30-40an badan akan terjejas. Statement ni tiada basis scientifically. Sy tny balik, sekiranya dlm tempoh 44hari ni anda berpantang ketat2 den masuk hari ke 45 & ke atas anda indulge mkn fast food, xbersenam, xlead healthy lifestyle ikut logik akal, anda rasa badan anda akan tahan lama x?
JAGA PEMAKANAN & GAYA HIDUP SIHAT BARU BADAN TAHAN LAMA
Adakah dgn berpantang ketat selama 44hari tu anda jamin anda xkn kena darah tinggi, kencing manis, osteoporosis & pelbagai penyakit lain? Bg sy seseorang itu baik wanita mahupun lelaki seharusnya berpantang spnjng hidup yakni mengamalkan pemakanan & lifestyle yg sihat + seimbang baru lah “badan tahan lama”.
ASALKAN MAKANAN TIDAK MENIMBULKAN ALAHAN
Kedua, sebelum sy go specifically kpd jenis makanan yg katanya xboleh diambil sewaktu berpantang, rule of thumb ttg makanan ni TERAMAT SIMPLE. Any makanan yg tidak mengakibatkan alahan kpd seseorang itu BOLEH dimakan.
Sekiranya makanan tu xbuat badan anda merah2+gatal2, xbuat pernafasan anda semput, xbuat anda ttibe2 loya+muntah ia BOLEH & SELAMAT dimakan. Kirenya anda boleh makan apa jua lepas bersalin as long as ia sihat, seimbang & tidak menyebabkan alahan. Kan mudah berpantang tu dak?
TIDAK MENOLAK 100% PANTANG TRADISIONAL
Sy tau mesti ramai yg xpuas hati dengan pndngn sy mengenai pantang modern ni. Sy xmenolak 100% pantang tradisional, in fact lpas bini bersalin sy carikan org tuk tlg urut dia tuk 3hari tuk relaxkan bdn die.
Cume xdela sy suruh die berlipas, bertangkas, bergelumas tu. Kalau anda rase aktiviti2 itu memberi ketenangan kpd anda silakan sb tujuan utamany mmg nk relaxkan & galakkan peredaran darah. Ok next part sy crite in detail mengenai mitos pantang pemakanan k peeps? Btw, Ace bedak tebai kirim salam semua.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Topik : Pantang Last Part
Memandangkan pantang part 2 semua dok focus kat bedak setepek & pose maharaja Ace & xtau baca ka dak isi kandungan post tu maka last part ni Ace xdak sb dia tlg amik gmba kami haha. Last part ni tuk debunk mitos makanan sewaktu berpantang.
MINUM AIR TAK PERLU RISAU URAT KEMBANG
Paling femes once upon a time wlpn dh rmi xamalkan (tp harus ditekankan) “jgn minum bnyk air nnt urat saraf kembang”. Ibu dlm pantang perlu minum air secukupnya, 6-8 gelas sehari tuk keseimbangan electrolyte, pulihkan kecergasan bdn & paling penting for milk production.
MINUM MASA DAHAGA
Cara lg snang, minum air bile terasa dahaga. Sy perasan each time bini susukan Ace mesti die dahaga gile maka tiap2 kali nk feed die sediakn sbotol air. No such thing as saraf (nerve) kembang sb minum air bukan lalu saraf pun, mengarut.
BOLEH MAKAN TELUR, AYAM, IKAN ASALKAN BUKAN ALERGI
Next yg rmi masih amalkan “jgn mkn telur/ayam/ikan nnt gatal + luka bentan”. Mcm sy crita dlm part 2 kalau anda tiada alahan kpd mknan yg sy listkan tadi xkn berlakunya gatal2.
PROTEIN PENTING MEMBINA SEL BARU
In fact luka akn lmbt sembuh sekiranya anda menolak mknan ni sb they r rich in protein yg membina sel2 baru lantas memulihkan luka bersalin. Lpas bersalin dlu hari2 sy msk telur tuk bini & aftr 1week tertutup elok luka czernya. Tmbhn, mknan ni provide zat besi yg pnting tuk pembentukan sel darah merah menggantikan darah yang hilang semasa kelahiran mengelakkan anemia.
‘KEJANG OTOT BUKAN DISEBABKAN SAYUR ‘SEJUK’
Paling ultimate, “jgn mkn bayam, timun, tembikai sb mknan ni sejuk nnt kejang otot”. Rmi ibu komen kt previous post apsal diorg kne mengigil & rata2 salahkan termakan mknan “sejuk” ni.
Well peeps mengigil tu kalau bukan disebabkan puerperal pyrexia (demam dlm tmpoh 6minggu slps bersalin) adlh NORMAL. Ini disebabkan slps uri keluar, darah sbnyk 800ml/min yg disalurkan kpd rahim akan dialirkn kpd organ penting spt jantung & otak gradually maka drh ke peripheries yakni kaki & tgn akn kurang maka sb itu kbnykn ibu brasa sejuk. Mknan ni penting cz mslh paling common among ibu lpas bersalin adlh sembelit & fiber dr mknan ni melancarkan pembuangan.
JANGAN KETERLALUAN MUDARATKAN DIRI
In a nutshell, jgnla keterlaluan dlm berpantang sehingga memudaratkan diri krn berpantang should be fun & easy cz bile mommy happy scr tidak langsung baby pun akan happy & healthy.
Para follower bersetuju dengan pendapat yang dikongsikan oleh Dr Say. Kebanyakannya menolak berpantang yang ekstrem yang terlalu menyekat pemakanan.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Hormati cara orang lain
“Mak saya siap masak rendang ayam time pantang makan kuih muih mcm biasa ?? siap ada makan burger jgk ikan ayam makan je everyday mkn buah dan sayur tknk bg sembelit you and ur pattner open mata masyarakat kita boleh tgk rancangan dr emilda tu byk info. Lain org lain cara so hormati cara masing masing jgn mudah melatah.”@nurulainothman313
Sembelit ekstrem
“Haha baru smlm dr.say ngan dr.azura masuk mimpi saya. Korg bukak klinik sblh pejabat saya ( sah mimpi biler lak saya ada pejabat hahahah ) siap ajak korg lepak minum boba. Uiii. Ok back to pantang. .. yes tembikai disalahkan…in fact tumbuhan menjalar diharamkan makan.. pastu sy ritu sawi pon x di kasi makan sbb katanya baby kembung sbb sawi tu ???? …dah la ikan rebus je kosong takdak sayur lak. Hanya pegaga je bleh tp sy jemu gak. Ada la skali tu sy curi2 makan telor. Alhamdulillah elok je xde pon seperti dikata.maybe like u said, kalo mmg xde alah maka xkan ada apa apa …sbb tu juga advise doktor pakar yg discharge sy pas beranak dlu. Siyes laaaa sume xleh kalo ikotkan pantang. ? Mmg mendaatangkan stress…dah la masalah sembelit extreme lg.” @mima_asmiera
Makan apa yang tidak alergi
“Hehehe..SY kn doc bersalin czer mmg X mkn telur DN ayam sbb bila mkn jadi gatal..jdnya SY mkn apa yg X gatal la..berpantang ni pilihan msg2 nk ikut yg mna..jnji sesuai DH la..msg2 Ada Cara Sdri cuma MCM doc ckp la jangan la keterlaluan.”@dyanaqazriena86
Penerangan jelas
“Thank you doctor for your good and clear explanation..”@ameliaazreena
Sumber: say_shazril
Artikel berkaitan:[ Nafas Mencungap, Badan Sangat Lemah. Airmata Dr Say Menitis, Anak Terkena Jangkitan Paru-Paru] [“Goodbye Tidur Straight 8 Jam.” Jadi Ayah, Hidup Dr Say Berubah. Hari Ke-25 Baru Faham Tangisan Anak]
Komunikasi sangat penting untuk perkembangan anak. Melaluinya mereka membentuk keyakinan diri dan bonding yang baik dengan mama dan papa. Adakah komunikasi yang anda amalkan kini sudah cukup untuk mencungkil potensi diri si kecil? Apakah saranan terbaik pakar? Ikutinya dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima Episod 9: Komunikasi Positif Dengan Anak bersama pengacara Mawar Rashid & Raf Yaakob pada 28 Ogos 2019, jam 9 malam di Astro Prima & Astro Prima HD!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Terlebih Besar Dalam Perut Boleh Beri Kesan Pada Ibu, Ini Yang Mama Perlu Tahu Mengenai Macrosomia!

Ada ibu yang terpaksa menjalani pembedahan ketika melahirkan bayi kerana bayi dalam kandungan besar saiznya. Hal ini dipanggil sebagai macrosomia di mana fetus bersaiz besar melebihi dari 4kg.
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Prince Court Medical Centre, saiz fetus yang besar boleh dicegah lebih awal dengan beberapa cara. Ini fakta dan tip yang dikongsikan oleh beliau.
Fetal macrosomia atau fetus besar adalah apabila berat fetus dijangkakan 4kg atau lebih berdasarkan penilaian klinikal & skan.
Lazimnya, mommy yang disyaki mengalami macrosomia disyorkan untuk melahirkan secara pembedahan Cesarean untuk mengurangkan risiko seperti :
• Distosia bahu
• Rahim pecah
• Kecederaan perineum yang teruk
• Tumpah darah
Dalam kes tertentu, jika Doc yang merawat khuatir baby boleh mencapai saiz yang lebih besar sekiranya kehamilan diteruskan, mommy mungkin perlu menjalani prosedur ‘induce’ agar baby dapat dilahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan.

5 tips kurangkan risiko baby besar @ Macrosomia:
* Capai berat badan sihat sebelum hamil
* Bagi mommy dengan diabetes, capai pengawalan paras gula yang optimum sebelum & ketika hamil
* Diet sihat, utamakan diet dengan indeks glisemik rendah, porsi sihat & cara penyediaan hidangan yang sihat ketika hamil.
* Kekal aktif & melakukan senaman yang bersesuaian.
* Hanya mengambil suplimen yang disyorkan oleh doktor sahaja.
Semoga dipermudahkan urusan kelahiran mommy.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Hernia Disangka Kembung Perut, Hampir 10 Inci Usus Rosak Dibedah Bapa Untuk Keluarkan Angin

Hernia atau angin pasang banyak berlaku di kalangan bayi. Bagi bayi ini, keadaan lebih teruk kerana perut yang sedikit buncit disalah ertikan sebagai kembung perut dan dibedah secara DIY oleh bapanya untuk ‘membebaskan’ udara yang terperangkap.
INFO MENGENAI HERNIA
Hernia adalah adalah satu jenis penyakit yang kerap dialami oleh kebanyakan bayi. Ia adalah satu benjolan tidak normal bagi organ dalaman keluar melalui pembukaan normal atau tidak normal, tetapi masih berada di bawah lapisan kulit. Ini disebabkan kelemahan pada dinding di dalam perut kerana otot bayi belum matang.
Secara umum terdapat dua jenis hernia iaitu dalaman (internal) dan luaran (external). Internal bermaksud hernia yang berada di dalam tubuh dan tidak boleh dilihat secara mata kasar manakala external hernia lebih mudah dikesan kerana dapat dilihat dari luar.
Jenis yang sering ditemui ialah hernia inquinal yang muncul di lipatan paha dan umbilical hernia yang muncul di kawasan pusat. Bayi umumnya mengalami external hernia yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Hernia umbilical berlaku apabila kandungan isi usus membentuk satu bonjolan di kawasan pusat di mana ada kelemahan sokongan di dinding perut.
IBU BAPA CUBA MERAWAT SENDIRI
Nasib bayi berusia 41 hari itu kurang baik apabila ibu bapanya sendiri cuba untuk merawat dengan melakukan ‘pembedahan secara DIY’. Fakta yang mengerikan ialah kira-kira 20 inci usus kecil bayi ini ditarik keluar untuk membebaskan angin terperangkap yang menyebabkan ‘kembung’.
Menurut laporan media China, si kecil ini bagaimana pun telah dibawa ke hospital dan pembedahan dilakukan untuk memasukkan kembali usus yang dikeluarkan.
Doktor mengesahkan yang bayi lelaki ini telah mengalami umbilical hernia dan 40 to 50sm (15.7 to 19.7 inci)’ telah dikeluarkan semasa pembedahan DIY dan 25sm (9.8 inci) sudah pun bertukar menjadi hitam kerana terdedah di luar badan selama 3 jam.
Bapa bayi berkenaan tidak menyangka usus kecil bayinya akan keluar sebaik sahaja pembedahan DIY dilakukannya. Bayi berkenaan bagaimana pun dilaporkan stabil dan mendapat rawatan di bahagian rawatan rapi (Intensive Care Unit).
Semoga kisah ini boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa supaya tidak melakukan rawatan sendiri sebaliknya mendapatkan rawatan dari pihak perubatan yang bertauliah.
Sumber: Mail Online
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI