“Biasa Tidur 4 Jam Sehari, Selesaikan Kerja Rumah. Kisah Inspirasi Shima Anuar Di Pa&Ma Gala Moms

Share

Bergelar ibu kepada dua anak yang masih kecil bukan mudah. Semuanya memerlukan pengorbanan demi melihat anak-anak membesar dengan sempurna. Sehebat mana pun kita bergelar ibu, pasti akan ada suka dukanya.

Seperti perkongsian Shima Anuar yang juga salah seorang penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms 2021, dia mengakui pengurusan masa sangat-sangat penting bagi memastikan diri tidak stres dan keluarga pun bahagia.

Hanya tidur 4 jam sehari

Shima menjelaskan, sejak bergelar ibu, rutin tidurnya tak pernah lebih 4 jam. Mungkin orang lain boleh tidur 7 atau 8 jam untuk kekal bertenaga. Namun bagi Shima setakat ini rutin tidurnya hanya dalam tempoh itu sahaja.

“Alhamdulillah walaupun tidur dalam tempoh 4 jam je, dari segi pengurusan emosi setakat ini semuanya ok. Ini kerana sebelum saya tidur, akan buat siap-siap jadual apa yang perlu diuruskan untuk keesokkan harinya.

“Jadi bila dah buat semua jadual, saya bangun tak lah rasa blur dan penat nak buat itu ini serentak. Cara ini memang dipraktikkan sejak dulu lagi dan nampak keberkesanannya dan rutin hariannya pun lebih teratur. Paling penting kita tak akan penat,” kongsinya.

Masak setiap hari untuk keluarga

Tambah Shima lagi, dalam kesibukannya menjalankan perniagaan, setiap hari pasti akan masuk dapur untuk menyediakan hidangan buat suami dan anak-anak. Sesibuk mana pun, saya akan curi juga masa untuk memasak.

“Ini kerana, suami akan selalu makan di rumah dan kami jadikan waktu makan adalah waktu berharga untuk keluarga. Lagipun anak-anak pun ada perangai mereka sendiri. Macam anak sulung susah sikit makan, jadi saya kena kreatif untuk sediakan makanan yang menarik minatnya. Tapi anak kedua memang jenis suka makan, jadi seronoklah tengok dia makan,” ujarnya.

“Tipulah kalau tak penat..”

Kalau sebut down atau penat, Shima pun sama juga macam ibu-ibu lain. Sesekali kita akan rasa penat yang teramat sangat sampai rasa nak marah anak. Walaupun dah cuba kawal tetap tak boleh.

Jadi bila dah macam ni, Shima biasanya akan minta suami bantu dan ambil alih jaga anak sekejap dan buat apa yang patut. Sekurang-kurangnya bila suami bantu, Shima boleh rehat sekejap. Mujur juga dapat suami yang sporting dan ringan tulang.

Bagi Shima walaupun kita rasa diri kuat, ada masanya kita akan tetap rasa tak mampu. Sebab itu, sebelum emosi tak boleh kawal, Shima akan bertenang cepat-cepat.

Soal pengorbanan pada anak, sejak melahirkan anak kedua, Shima dah korbankan kerjaya seni demi melihat anak membesar depan mata. Shima hanya akan terima tawaran jika komitmen itu tak mengambil masa lama. Setakat ini Shima gembira jadi suri rumah dan buat bisnes.

Sebab Shima memang tak boleh berenggang lama-lama dengan anak. Macam sebelum PKP pun, jika pergi bercuti dalam atau luar negara, memang tak pernah pergi berdua pun. Anak sentiasa di bawa bersama-sama.

Bila orang tanya apa harapan Shima sebagai ibu, saya nak anak-anak tahu yang sayang sangat sayangkan mereka. Mereka adalah penawar suka duka saya dan suami. Lagi satu ketegasan saya dengan anak untuk pastikan mereka berjaya dan mampu berdikari pada masa akan datang.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy