Anak kecil jiwanya mudah dibentuk. Apa yang diajar ibu bapa itulah yang akan diingatinya sampai mereka besar. Dalam bab memberi salam, ibu bapa juga harus mula mengajar anak seawal mungkin.
Nampak macam remeh tapi inilah yang mengambarkan jiwa anak kecil yang luhur hatinya untuk terus mempunyai keperibadian unggul.
Ia kaedah yang terbaik bagi memulakan komunikasi dengan penuh keberkatan.
Benar, memberi salam kepada anak-anak adalah satu latihan kepada mereka supaya mengaplikasikan adab-adab syarak disamping menunjukkan sikap rendah hati dan lemah lembut.
Perkara ini merupakan adab yang paling asas untuk anak-anak terutama ibu bapa apabila masuk ke dalam rumah. InsyaAllah, lama-kelamaan adab memberi salam ini akan menjadi amalan kepada anak kita sehingga mereka meningkat dewasa.
Salam adalah doa. Doa itu positif pula.
Kebaikan itu bila kita bermula dan kebaikan akan kembali balik pada kita. What you give, is what you get back. Bila kita memberi salam dan senyum, orang lain juga akan balas perkara yang sama.
Oleh itu terapkanlah ke dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi agar sentiasa menyebarkan kebaikan.
Salam dan senyum itulah kesan daripada apa yang telah kita lakukan. Senyum mengubah emosi diri dan juga orang sekeliling. InsyaAllah dengan ini kita juga berusaha menyediakan pintu rezeki yang terbuka luas kepada keluarga kita.
Bersama-samalah kita membina keluarga yang penuh berkat.
Sumber: Muhammad Naim Abd Manaf