Pening juga kepala bila melayankan si kecil yang jenis memilih makanan. Hanya makan makanan yang dirasakan bersesuaian dan tidak berani untuk mencuba.

Membiasakan anak dengan ruang dapur dan memberi peluang untuk membantu urusan ibu di dapur sebenarnya membuka lebih minda pada anak kecil dalam memilih makanan. Malah mengelakkan anak jadi picky eater. Jom ikuti perkongsian Dietitian, Fizah Sobri.

Biasakan Anak Di Dapur. Latih Sejak Kecil, Boleh Bantu Anak Picky Eater!


Awal lagi nak start anak buat keje rumah. Relax dulu..tunggu masuk sekolah baru buat. Tak juga.

Sebenarnya antara teknik saya nak galakkan picky eater atau anak anak yang memilih makan adalah untuk mereka melibatkan diri dalam kerja kerja rumah, terutamanya yang ada makanan.
Contoh: basuh sayur dan buah, tolong potong, tolong basuh beras, basuh pinggan, tolong set meja

Ads

Biasakan Anak Di Dapur. Latih Sejak Kecil, Boleh Bantu Anak Picky Eater!

Kenapa anak memilih makan ada kaitan dengan buat keje rumah?

1. Anak anak belajar main melalui ‘play’
– Kita tak boleh bebel dekat anak sayur bagus, buah bagus kena makan. Mana ada, mereka belajar dengan main.
– Masa buat keje rumah boleh buat ala game juga. Mana buah warna oren? Mana sayur yang pendek?

2. Bila anak buat, anak boleh rasa bangga
– Anak tolong basuh beras..bangga
– Anak tolong potong sayur dan buah..bangga
Sebab dengan cara ni mereka rasa mereka sudah dewasa. Lagi seronok ketika penyediaan makanan lagi tinggi penerimaan anak terhadap makanan tersebut.

Ads

Biasakan Anak Di Dapur. Latih Sejak Kecil, Boleh Bantu Anak Picky Eater!

3. Boleh consistent
– Faham kita yang dewasa nak konsisten makan sayur pun payah. Nak ikut #sukusukuseparuh tu pun payah, lagilah anak kan. Tapi masak boleh consistent, kalau tak masak susah lah nak makan kan (melainkan selalu beli dekat luar).

Aktiviti yang konsisten dan berterusan boleh jadi habit/ amalan untuk anak anak.
Contoh: setiap kali masak ada lauk sayur, nanti aktiviti tersebut boleh dijadikan amalan kepada anak anak sampai dewasa dimana setiap kali dia masak mesti ada sayur.

Ads

Biasakan Anak Di Dapur. Latih Sejak Kecil, Boleh Bantu Anak Picky Eater!

Yes, galakkan anak anak buat kerja rumah. Kita tak nak besarkan generasi nak sapu rumah pun tak reti. Baik anak lelaki atau perempuan, sama je dua dua kena buat.

Jangan pula asingkan mana tugas girl dan boy. Takkan kerja rumah pun nak diskrimanasi jantina?

Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI