Ada banyak kemungkinan anak tak lalu makan. Atau tiada selera untuk makan? Biasanya anak seawal usia 2 hingga 4 tahun memang begini.
Banyak kemungkinan yang menyebabkan anak berada dalam situasi ini hingga boleh menyebabkan ibu bapa dah tak tahu nak fikir makanan apa yang jadi kegemaran dan membuka selera anak.
Ok untuk membantu ibu bapa dalam menangani anak yang tak lalu makan, Dr Suriyakhatun ada berkongsi sebab dan penyelesaiannya. Anak yang tak lalu makan sebenarnya disebabkan:
- Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.
- Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula biskut kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah. (apa solusi dia agaknya?)
- Ibu bapa/penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.
- Anak ada masalah penghadaman dan kurang selera disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.
Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghazaman. Begitu juga no 2. Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein. Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makakan sihat dan pilih makanan tak sihat.
“Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk.”
Oklah wahai ibu bapa, anak kamu yang diktat kepada kamu ya? Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia. Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit.
Ganti susu kepada real foods
Manfaat gantikan susu kepada real foods memang banyak. Antaranya:
- Anak berselera nak makan
- Peningkatan sistem immune dan anak akan jarang sakit.
- Perkembangan emosi dan motor yang baik .
- Kesihatan usus yang optima
- Jimat belanja
Saya bukan suruh hentikan pengambilan susu. Saya suruh hadkan supaya anak lebih banyak makan real foods .
Bila anak tidak sihat dan tak lalu makan pada masa-masa tertentu mungkin dia akan minta susu. Pada masa begini eloklah berikan susu.
Kenapa saya suruh pilih susu segar? Susu segar tidak ditambah sebarang kimia , perasa atau pewarna serta gula.
Anak lebih setahun sudah boleh diberikan susu segar. Kurang dari setahun dia boleh diberikan susu ibu dan susu formula.
Ada yang memberi komen bahawa bila saya suruh anak makan makanan seperti orang dewasa, anak akan mengambil makanan masin dan bergula dimana makanan ini tidak baik untuk kesihatan anak. Saranan ini adalah untuk anak yang lebih dari dua tahun tetapi saya perhatikan anak dibawah dua tahun pun tak suka makanan yang tidak ada rasa dan telah dilembutkan menjadi puree atau bubur. Ada anak-anak lebih suka nasi, mee dan meehon dari bubur dan puree. Selagi makanan itu sihat dan tidak berkimia berikanlah.
Tentang makanan anak tidak boleh diletak garam, Betul kah begitu ?
Garam adalah keperluan badan dan disebabkan garam memang keperluan, kita tidak suka pada makanan yang kurang garam. Yang perlu dijaga adalah garam berlebih dan garam ‘table salt’ yang tidak mengandungi garam asli sebab telah di ” bersihkan” ie refined dan telah ditambahkan bahan kimia untuk tidak bergumpal dan senang dituang. Pilih garam laut asli atau garam bukit. Ini ada mineral selain sodium chloride. Walaupun begitu tak perlulah tambah kicap atau letak banyak garam untuk anak bawah setahun Biasakan dia makan dan minum yang kurang masin dan ada manis asli.
Sumber: Dr Suriyakhatun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI