Mak ayah mana yang tak risau bila anak kerap demam, batuk dan selesema berpanjang. Rupanya amalan berendam dalam air garam antara yang disyorkan untuk memulihkan kesihatan anak.
Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, amalan mandi air garam Epsom yang tinggi dengan magnesium ini juga dapat membantu anak tidur nyenyak di malam hari. Wajib ada!
Semua rumah kena ada epsom salt tau. Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam.
Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Dalam epsom salt ada magnesium. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak. Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil.
Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.
Ads
Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka. Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya.
Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.
Magnesium penting untuk; 1. Tidur anak yang baik 2. Perbaiki mood anak 3. Lebih fokus 4. Kuatkan tulang dan gigi 5. Berikan energy secukupnya untuk anak 6. Sihatkan otot dan saraf 7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain 8. Tingkatkan imuniti badan anak
Ads
Lepas anak main waktu petang, korang ajak rendam dalam bath tub. Kalau takde, guna baldi macam saya pun boleh. Malam mesti anak tak meragam sangat, lajuuu je nak masuk tidur.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Pasti ramai ibu bapa yang tahu mengenai ubat paracetamol. Paracetamol merupakan ubat tahan sakit yang paling popular di Malaysia. Ubat ini digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan bertujuan menurunkan suhu badan ke suhu normal semasa demam. Namun jika diambil dalam kadar yang berlebihan boleh mengundang bahaya.
Sumber: Canva Photos
Tahukah anda bahaya paracetamol jika dimakan lebih daripada dos yang ditetapkan?
Kebiasaannya paracetamol untuk kanak-kanak dalam bentuk cecair atau sirap. Pastikan anda membaca label pada botol persediaan sebelum memberikannya kepada anak anda. Label pada botol persediaan biasanya akan menerangkan dos yang sesuai untuk kumpulan umur kanak-kanak yang tertentu.
Sumber: Canva photos
Kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah memberi dos ubat mengikut umur anak. Selain itu juga terdapat, Tapi sebenarnya pemberian dos ubat sepatutnya mengikut berat badan anak.
Tak boleh macamni! Kanak-kanak tidak boleh makan ubat dewasa. Sebab badan kanak-kanak belum matang lagi tidak boleh menerima dos ubat yang berlebihan boleh membawa kesan sampingan yang bahaya kepada badan kanak-kanak.
Tonton video ini:
Menurut Dr Kong Sik Lian, penggunaan ubat yang sesuai di dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat penting kerana bukan semua ubat yang selamat digunakan oleh orang dewasa boleh digunakan untuk kanak-kanak dan dos ubat yang sesuai untuk kanak-kanak adalah mengikut berat badan dan jenis penyakit kanak-kanak.
Seperti yang dinyatakan dalam portal rasmi KKM Antara kesan sampingan dos berlebihan adalah :
Kerosakan hati. Tanda-tanda kerosakan hati seperti loya dan muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut atau abdomen dan kepenatan yang melampau.
Alahan. Kejadian alahan ini jarang berlaku namun jika berlaku, kita perlu perhatikan simptom alahan seperti gatal, ruam, bengkak (muka/lidah/tekak), pening dan susah bernafas. Jika anak anda mengalami simptom ini, sila rujuk doktor dalam kadar segera.
Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak.
Hati seorang ibu mudah tersentuh melihat kanak-kanak yang sakit. Aktres Datin Paduka Eina Azman menghulurkan bantuan membantu menanggung kos rawatan dua adik beradik yang mengalami ekzema.
Apa yang dijadikan oleh ibu muda ini sangat baik dan boleh dicontohi. Datin Paduka Eina dan suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden Singh membantu dua adik beradik yang bernama Lela Safiya, 2 tahun dan Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia 6 bulan yang disahkan menghidapi ekzema.
DAPATKAN RAWATAN PAKAR KULIT
Eina telah membawa kedua-dua adik beradik bersama ibu bapa mereka mendapatkan rawatan dengan doktor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.
“eina_azman Salam guys… alhamdullilah harini Eina n husband berkesempatan untuk berjumpa dengan keluarga kak nurul @yurns88 … di atas permintaan ramai yang minta Eina share tentang keluarga kak nurul? sebentar tadi Eina bawa Kak Nurul dan suami n dua orang anak nya berjumpa dengan doctor pakar kulit di sebuah klinik swasta di Subang Jaya.”
RAWATAN MUNGKIN AKAN MENGAMBIL MASA
Eina juga turut memaklumkan yang Mohamad & Lela boleh pulih tetapi tempoh penyembuhan akan mengambil masa.
“Doctor cakap Mohammad dan kakak nya Lela Safiya boleh pulih tapi memakan sedikit masa. Kak nurul juga mempunyai masalah Ekzema dan eina akan minta doctor utk rawat dia juga.”
AKAN HULUR BANTUAN SEHINGGA PULIH
Usaha Eina dan suami membantu Lela & Mohamad pulih akan diteruskan sehingga kedua-dua adik beradik berkenaan pulih sepenuhnya. Eina juga mengakui mudah tersentuh dengan kesakitan yang dialami kanak-kanak kerana dia juga mempunyai anak kecil. Justeru, inilah yang menjadi sebab dia dan suami tergerak hati ingin membantu.
“Insyallah di beri rezeki yang lebih Eina n suami akan menghulurkan bantuan setiap bulan kepada keluarga Kak Nurul sehingga pulih insyallah?? Eina terdetik nak tolong keluarga Kak Nurul sbb Eina fikir Eina pun ada anak kecil @aubreykarl .
“Kalau Aubrey & Karl sakit sikit pun Eina dah rasa down n sedih? apatah lagi kak nurul?? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul ?? sedih sgt Eina hubby tengok anak-anak Kak Nurul tadi menangis sebab tahan sakit ???.
“Orang ramai semua yang nak bantu meringankan beban keluarga Kak Nurul ini boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 562085617913 Nurul Ain Abdullah.”
Malnutrisi bermakna anak tidak cukup nutrien dan zat untuk tumbesaran. Anak malnutrisi tanpa ibu ayah sedari kerana pemakanan yang tidak seimbang? Malnutrisi akan memberikan impak kepada tumbesaran anak secara mental & fizikal.
Nak dapatkan info lanjut mengenai malnutrisi pada si kecil, mama papa mesti tonton rancangan TV Pa&Ma episod Kesan Anak Malnutrisi yang akan ke udara pada 27 November 2018, jam 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Kalau terlepas, boleh tonton ulangannya jam 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Orang tua-tua dulu selalu cakap tak pakai selipar atau main tanah serta tak basuh bersih, cacing boleh masuk di tapak tangan dan kaki. Mungkin bagi sesetengah orang, tak percaya tapi hakikatnya memang berlaku cacing boleh masuk melalui kulit.
Pengalaman ibu ini yang melihat sendiri kejadian yang berlaku pada anaknya boleh dijadikan peringatan bersama. Menurut Puan Murni Hassan, kejadian yang berlaku pada anaknya ini langsung tak terfikir sama sekali. Bila nampak depan mata sendiri baru tahu hal ini.
Kisah tangan Adam masuk cacing…
Sebelum nak puasa hari tu balik kampung, biasalah Adam kalau balik kampung seronok dia boleh main pasir. Memang main sungguh-sungguh laa pasir tu. Pasir yang orang buat rumah pun main, pasir tanah gambut pun dia main siap korek-korek dengan tangan lagi.
Murni bagi main tu sebab sebelum ni ok je tak ada masalah. Tapi kali ni tak. Balik je ke KL lepas 3 hari tu dia kata gatal-gatal tangan dia. Murni tengok macam ada biji merah, ingatkan kena gigit nyamuk. Letaklah ubat gamat.
Dia kata sakit juga. Pujuk-pujuk dia ok. Keesokannya haaa ambil nampak macam dalam gambar di bawah tu, sebab ada dot-dot menjalar. Tapi husband Murni tak caya tu cacing, tapi Murni ni firasat kuat tu memang CACING !!!
Alhamdulillah selepas pergi beberapa klinik dapat ubat cacing untuk 3 hari makan dan cacing di tangan pun dah mati. Syukurlah tak ada apa-apa jangkitan kat lain.
Hari ke 6 Adam makan ubat albendazole dan dalam hari ke-11 dah kering. Cacing tu mati sendiri dan doktor kata nanti kulit akan mengelupas.
Hingga kini Adam dah fobia nak main pasir, terpijak pasir pun cepat-cepat suruh mommy basuh. HAAA baru dia tahu erti serik. Syukur Ya Allah.
Masa kejadian itu kasihan sangat. Malam-malam Adam tak lena tidur asyik mengetap gigi, mengigau tangan sakit, perut macam tak cerna makanan dan berat badan pun menurun.
Sebagai ibu saya nasihatkan semua ibu bapa agar sentiasa beringat setiap kali anak main pasir. Pastikan anak basuh tangan bersih-bersih. Jangan jadi macam anak saya ni.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak...