Sejak kebelakangan ini, berita penularan virus COVID-19 telah menggemparkan seluruh dunia. Semua orang mengambil langkah pencegahan dan berjaga-jaga bagi mengelak dari dijangkiti virus ini. Tambahan pula, setiap hari ada saja kes yang dilaporkan dan jumlah kematian juga semakin meningkat.
Selain pemakaian topeng muka, kerap mencuci tangan serta menggunakan hand sanitizer, tidak salah rasanya kita mengamalkan bacaan doa tertentu untuk memohon perlindungan dari Allah SWT. Ini juga salah satu ikhtiar yang boleh kita lakukan. Mudah-mudahan dipermudahkan segalanya.
Artikel Menarik: [Koronavirus Lumpuhkan Sistem Imunisasi Badan Yang Cuba Menghalang Jangkitan]
Memetik penulisan di blog Azura Abdul, terdapat perkongsian doa yang boleh dibaca untuk memohon agar dijauhkan dari mudarat dan wabak.
Artikel Menarik: [Koronavirus Mampu Bertahan Pada Permukaan Yang Kerap Disentuh Sehingga 9 Hari, Hati-Hati!]
Selain mengamalkan bacaan doa ini, harus diingatkan penjagaan kebersihan diri juga sangat penting agar kita semua terhindar dari jangkitan virus ini. Sebaiknya dalam kemelut penularan penyakit ini, elakkan dari berada di tempat sesak atau ramai orang.
Pakai topeng muka yang mengikut klasifikasi dan kerapkan mencuci tangan. Untuk menguatkan sistem imun, banyakkan mengambil makanan yang kaya vitamin C atau suplemen tambahan.