Peluk dan cium anak menjadi satu kekuatan luar biasa yang dibawa oleh anak. Dan ini juga diakui oleh pakar melalui beberapa kajian. Pun begitu pelukan dan ciuman pada anak perlulah kena pada tempatnya. Jangan tersalah tempat hingga buat anak ada ‘extra feeling’ yang kurang sesuai.
Semuanya salah kita yang tersalah menunjukkan cara sayang itu pada anak. Menurut Mohd Fhais, yang seringkali menulis mengenai dunia keibubapaan, anak-anak perlu dibiasakan dengan dua jenis ciuman sahaja iaitu dahi dan kepala. Bukan di pipi atau jauh sekali di mulut.
Semua kena tahu ni, pantang larang cium anak.
Bonding Kiss hanya ada 2 sahaja iaitu di,
– dahi
– kepala
Selain dari 2 part ni itu semua sexual kiss bukan untuk bonding. Baik ibu ayah baik orang lain, tak di galakkan mencium anak di part part selain dari dahi & kepala.
Beza bonding kiss & sexual kiss.
Bonding kiss bila kita buat anak rasa di hargai, rasa di sayangi, rasa di perhatikan.
Sexual kiss sama macam bonding kiss, sama anak turut rasa di hargai, rasa di sayangi dan rasa diperhatikan cuma ada extra feeling kat part tersebut. Itu la yang di namakan Sex Grooming.
Sedikit demi sedikit anak akan timbul rasa syok di cium di part part sexual ni. Paling bahaya lagi, bila yang mencium itu adalah ibu ayah sendiri.
Bagi anak kita yang naif ni, bila ibu ayah boleh cium maknanya orang lain pun boleh. Nasihat la macam mana pun, “ibu ayah je boleh cium, orang lain tak boleh”
Dia susah nak ikut punya. Sebabnya memang fitrah anak anak mereka belajar dengan mengikut bukan mendengar.
Apa kita buat dia akan buat, apa kita suruh belum tentu dia akan buat. Ramai yang tak cakna lagi beza bonding kiss dan sexual kiss ni, tolong ingatkan semua orang kalau boleh.
Cium di dahi dan kepala pun sudah beri banyak manfaat sebab itu la tempat letaknya otak lokasi terhasilnya hormon kasih sayang.
Wallahu A’lam,
Tambahan :
Sunnah mencium tangan anak. Tanda kasih sayang adalah orang tua mencium tangan anak dan mengucapkan, “barakallah..” seperti yang telah dilakukan Rasulullah SAW yang selalu mencium tangan putri tercintanya, Fatimah radhiallahu’anha.
Artikel berkaitan: Mudah Sangat Nak Anak Dengar Cakap, Tiap Hari Wajib Bagi Ciuman & Selitkan Ayat Sayang
Pelukan Diiringi Dengan Ciuman Di Dahi Buat Anak Tersentuh Hati, Mudah Dengar Kata
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
8 Aktiviti Mudah Bina Keyakinan Diri Anak. Cuba Cara Pakar Ini
Pelbagai aktviti boleh dilakukan oleh anak untuk memupuk sikap berdikari dan yakin diri. Sediakan sokongan dan panduan kepadanya semasa cuba menyelesaikan masalah. Ibu bapa tidak perlu merasa bimbang apabila anak melakukan kesalahan. Anggaplah kegagalan atau kesilapan yang dilakukan satu proses pembelajaran yang dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak. Pakar Awal Pendidikan Kanak-Kanak, Prof Dr. Bustam Kamri menyediakan 8 aktiviti mudah untuk membina keyakinan diri anak anda.
Jom ikuti 8 panduan ini.
1.Tugasan kecil kepada tugasan besar
Semasa kanak-kanak menyelesaikan tugasan kecil dengan jayanya, ajak mereka bergerak ke tugasan yang lebih besar. Umpamanya setelah kanak-kanak boleh menyelesaikan puzzle, tingkatkan cabaran untuk menyelesaikan ke tahap yang lebih sedikit cabarannya. Jangan lupa beri penghargaan kepadanya jika berjaya melakukan tugasan dengan baik.
2. Permainan bebas
Rancang masa “permainan bebas” dalam jadual harian. Kanak-kanak memerlukan masa untuk membuat peraturan sendiri, untuk berangan-angan dan membina sempadan.
3.Jadual tugasan harian
Jadual tugasan harian boleh dijadikan penanda aras peningkatan kebolehan kanak-kanak berdikari. Gunakan carta bina graf jangkaan yang dicapai oleh setiap anak . Ubah tugasan mengikut harian atau mingguan. Setelah anak menyelesaikan tugasan, boleh meletakkan kertas pelekat di bahagian namanya di carta. Aktiviti tugasan termasuklah memberi makan ikan, menyiram pokok, memulangkan buku ke rak yang betul, membersihkan bilik dan lain-lain tugasan yang sesuai dengan kanak-kanak.
4. Bantuan menguruskan masa
Bantu anak belajar menguruskan masanya sendiri. Terdapat anak yang tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Malah ada yang tidak tahu menjalankan aktiviti apabila disuruh. Masalah anak sebegini perlu diberi bantuan mengurus dengan menstrukturkan masa permainan bebas.
5.Pilihan permainan
Sebaik-baiknya sediakan pilihan permainan buat anak. Mulakan dengan memberikan dua pilihan kemudian bergerak kepada tiga pilihan apabila anak sudah matang. Contohnya,”Kamu hendak bermain buaian atau gelongsor?” Anak perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang dicadangkan. Aktiviti ini dapat membina kebebasan untuk berfikir dan belajar.
6. Lakukan tugasan sehingga selesai
Biarpun tugasan itu kecil mereka perlu menyelesaikannya. Beri pujian kepada anak kerana mengikut arahan. Jika perlu boleh diulang atau diajar semula perkara yang mereka tidak jelas. Tidak semua dapat memahami arahan dengan cepat.
7. Meletakkan barang di tempat asal
Memulangkan semula setiap peralatan di tempat yang betul dapat membantu anak belajar berdikari. Anda boleh melabel sama ada dengan gambar atau perkataan pada almari atau bekas peralatan. Isyarat ini dapat membantu anak mengingat kedudukan peralatan untuk disimpan.
8. Mempunyai kawan baik
Menggalakkan persahabatan juga dapat membina perkembangan imej sendiri yang positif. Secara tidak langsung meluahkan perasaan simpati dan penyayang kepada orang lain.
Kesimpulannya, aktiviti yang mudah dapat membina keyakinan diri secara individu di samping menggalakkan kanak-kanak menyelesaikan masalah tanpa mengharap bantuan orang lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Do & Dont’s Pemakanan Si Manja Usia 1 Hingga 2 Tahun.Ini Protokol Pemakanan Anak Kena Ambil Peduli
Gembira hati apabila melihat anak sudah mulai makan. Tetapi ramai yang tidak mengetahui cara betul untuk mendidik anak makan dengan betul mengikut usianya. Bagi anak yang sedang membesar iaitu pada usia satu hingga dua tahun karektornya lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Ikuti selanjutnya Do & Don’s aspek pemakanan anak usia satu hingga dua tahun.
DO & DONT’S pemakanan si manja usia 1 hingga 2 tahun
Do
- Berikan makanan yang lembut iaitu buah-buahan yang lembut, telur kuning, ikan, pasta, dan nasi adalah contoh makanan yang bagus untuk disarankan
- Sediakan makanan yang boleh dipegang oleh anak anda. Potong makanan bersaiz duit syiling, memanjang atau nipis supaya bayi anda senang untuk pegang
- Pastikan kandungan nutrisi iaitu makanan yang disediakan mestilah lengkap mengandungi kalori yang mencukupi, protein, lemak yang baik, zat besi, mineral dan vitamin.
- Makan bersama dengan memastikan anda membenarkan si manja makan bersama pada waktu makan. Cara ini dapat mengekalkan tabiat pemakanan yang baik untuk si manja anda. Berikan makanan yang sama seperti anda untuk si manja anda makan sendiri tetapi perlu diawasi.
- Biarkan anak anda makan sendiri. Ibu bapa harus bersedia dengan tumpahan makanan di lantai. Ini merupakan salah satu proses pembelajaran bayi anak untuk mengenali jenis dan tekstur makanan.
Donts’
- Waktu makan ketika anak anda letih atau sedang menangis iaitu waktu ini bayi anda akan lebih banyak menolak.
- Memberi makanan yang mudah tercekik iaitu kacang dan kekacang, jagung, buah-buahan kering, makanan yang licin seperti sebiji anggur, gula-gula dan kepingan daging atau ayam yang besar merupakan contoh yang berpotensi menyebabkan anak anda tercekik.
- Memberi air atau susu sebelum makan iaitu memberi air sebelum waktu makan hanya akan menyebabkan bayi anda kenyang dan akan menolak untuk makan
- Memaksa anak makan dengan memberi waktu luang untuk anak anda habiskan makanan sekurang-kurangnya 10 hingga 15minit.
- Berputus asa iaitu sesetengah anak mengambil masa untuk makan sendiri dan menerima makanan baru yang diperkenalkan kepadanya. Ibu bapa kena bersabar dengan kerenah anak kecil anda.
Kepentingan anak makan sendiri
- Setelah anak boleh memegang makanan dengan sempurna, biarkan anak makan sendiri. Walaupun meja anda bersepah dengan sisa makanan, ia penting untuk perkembangan anak anda.
- Ia melibatkan beberapa perkembangan buat anak iaitu perkembangan “oral motor, refleks gag, deria rasa, dan kemahiran “fine motor”.
Perkembangan “oral motor”: Menguatkan perkembangan rahang dan juga pergerakan lidah bayi ada (ke depan, ke belakang, ke sisi, menghisap).
Perkembangan refleks gag: Anak anda akan lebih sensitive dengan penerimaan makanan
Perkembangan deria: Ia termasuk deria rasa, penglihatan, sentuhan, pergerakan, bau, pendengaran, dan kebolehan duduk sendiri.
Kemahiran “fine motor”: Ia lebih kepada kemahiran untuk makan sendiri. Mengambil dan menyuap makanan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Banana Split. Beli Pisang, Aiskrim, Nuts, Choc Chips & Ajak Anak Deco Antara 37 Aktiviti Rumah Sepanjang PKP
Disebabkan ramai yang mengadu anak-anak dah start bosan dan ibu bapa dah kering idea nak buat aktiviti apa sepanjang #DudukRumah ni, Puan Adlil Rajiah, penulis buku keibubapaan berkongsi 37 cadangan aktiviti mudah yang korang boleh buat dengan anak-anak sampai habis PKP ni.
Post ini panjang. So boleh la baca sambil makan superring ke apa. Baca dan hadam perlahan-lqhqn, then pilih lah aktiviti mana yang sesuai dengan umur anak, keadaan rumah, dan tahap kerajinan korang. 😌
Yang penting, jangan mengeluh. Because PKP ni is actually the best opportunity untuk kita asah parenting skill.
So let’s do this together, parents!
1. Cari satu dinding rumah yang lapang, tampal kertas majong di seluruh permukaan dinding, dan bagi anak conteng sepuas-puasnya guna krayon, marker, pensel warna. Jangan lupa untuk tukar kertas bila dah penuh diconteng.
2. Cari cawan atau mug yang plain, dan beri anak lukis atas mug tu menggunakan permanent marker. Saya ada banyak mug besar warna putih yang saya bagi Haikal lukis dan deco. Dan setiap pagi, saya akan buat kopi dalam mug yang Haikal dah lukis. Walaupun kadang2 tah pape je yg dia lukis. Tapi sebab saya tahu ini adalah salah satu cara paling mudah untuk saya bina self-esteem dia, so why not? Dan Haikal lebih pandai menghargai, bila nampak saya hargai hasil tangan dia. What we appreciate, appreciates. Kan?
3. Ada banyak tshirt plain? Haa apa lagi? Ajak la anak lukis atas tshirt tu! Untuk lebih fun, make it this way: Minta anak lukis atas tshirt kita, dan kita lukis atas tshirt anak. Selesai lukis, bagi kering, dan sama2 pakai. 😊
4. Lukis dan warna sama2 atas plain blanket atau pillow case. Ya saya tahu, by this time, mesti korang rasa macam, DAH KENAPA SEMUA BENDA NAK KENA CONTENG NI? 😆 Macam yang saya cakap tadi, pilih la mana2 yang kau suka. Tak perlu pun conteng semua benda. Tapi kalau saya, buat je. Sebab, why not? 💁🏽♀️
5. Buat cupcake dan ajak anak deco toppings sama2. Kalau malas nak bake sendiri, beli je cupcake plain yang dah siap, then ajak anak deco toppings je. Settle. Cupcake boleh simpan dalam peti. Boleh buat breakfast keesokan harinya.
6. Buat pizza dengan toppings yang berbeza-beza. Beli je doh pizza instant tu. Takpun, guna roti keping je. Then hias dengan sos tomato atau sos bolognese, then tambah la sosej and cheese. Bakar. Settle.
7. Buat cookies pelbagai bentuk. Beli cookie mix yang instant tu. Pastu bentukkan guna cookie cutter. Takpun bentukkan sendiri guna tangan. Boleh buat bentuk alphabets dan numbers. Sambil buat cookies, sambil kenal huruf dan nombor. Agitcheww.
8. Buat aiskrim Malaysia. Yang ni tak payah ajar kot. Tapi buat lah yang unik sikit. Takde lah balik2 aiskrim milo je 😑. Cuba la buat Ribena laici ke, bandung cincau ke, air kathira ke. Pergh air bazar remdan terus hahah.
9. Ajak anak basuh kereta, atau basuh motor, atau basuh basikal. Motif utama bukan nak membasuh sangat. Tapi nak main air dengan anak. Sebab do you know that water play sebenarnya boleh boost good emotions dan self-esteem anak juga? Yass! Takpun, kalau taknak basuh kereta, basuh je bilik air! Life skill tuu.
10. Ajak anak spring clean almari baju atau almari mainan dia. Sort sama2, mana yang dia masih pakai, dan mana yang tak. Yang dah tak pakai, boleh buang atau bagi orang lain yang mungkin memerlukan. Boleh ajar anak sense of giving di situ.
11. Role playing. Mak bapak berlakon jadi anak, anak berlakon jadi mak bapak. Switch role. Kat sini kau akan lihat betapa terer nya anak berlakon jadi kau. Baru tahu betapa hodohnya bahasa dan perangai kita bila marah anak. 😌
12. Ajak anak buat simple exercise yang tak perlukan apa2 equipment. Pasang instrumental music rancak, then buat la apa2 movement yang senang anak nak ikut. Benda yang paling kita taknak berlaku masa PKP ni ialah badan yang TAK BERGERAK. Sebab inactive body leads to inactive brain. So kena paksa badan bergerak. As your body moves, your brain grooves!
13. Introduce anak dengan permainan tradisional. Contoh: congkak, ceper, batu Seremban, etc. Dulu saya tak pernah terfikir nak introduce Haikal dengan permainan tradisional. Sebab bagi saya, permainan tu semua bukan zaman dia. Tapi masa balik kampung beberapa bulan lepas, mak saya ajar Haikal main congkak, dan adik2 saya ajar haikal main ceper. And surprisingly, HAIKAL SANGAT SUKA. Dan sampai sekarang congkak dan ceper dah jadi aktiviti harian dia.
14. Main teng teng. Haa kalau rumah ada tiles yang petak2 besar tu, senang lah. Guna masking tape berwarna untuk tanda kotak yang nak digunakan. Teng teng is a good game untuk latih anak imbangkan badan.
15. Main khemah2 guna kerusi, cadar, selimut, dan sebagainya. Takut rumah bersepah? Takpe, bersepah sampai 14 April je 😆. Chill, parents. Fokus bina hubungan dengan anak sekejap. Lepas ni boleh fokus kemas rumah balik.
16. Stamping Art. Bentang kertas majong besar2 kat lantai dan sediakan 2-3 warna watercolour. Kemudian, buat stamping guna batang sawi, batang celery, bendi, corak daun, sweet pepper, lemon, etc.
17. Make socks puppets. Ambik sepasang stokin plain, tampal googly eyes atau 2 biji butang pada hujung stoking, lukis corak-corak sikit, masukkan tangan dan jadilah puppet. 😁
18. Untuk anak yang dah besar sikit, maybe boleh ajak buat Vision Board. Minta anak imagine pencapaian atau impian dia 3 tahun dari sekarang. Minta anak lukiskan semua imaginasi dia pada sekeping kertas, dan jangan lupa letak tajuk “Impian saya pada tahun 2023”. Atau kalau tak reti lukis, boleh ajak anak google gambar2 yang berkaitan dengan impian dia. Contohnya, gambar basikal idaman, gambar tempat percutian idaman, gambar birthday cake idaman, gambar mainan idaman, apa saje. Dan bantu anak susun strategi macam mana dia nak capai semua tu. Contohnya, kena belajar berapa jam sehari, jaga solat setiap hari, simpan duit berapa ringgit setiap hari, etc. Latih anak untuk BERANI BERIMPIAN DAN BERANI SAHUT CABARAN!
19. Tengok balik gambar2 anak masa baby dan ceritakan pada anak the story behind every picture. Pergh to be honest, this is my most favourite thing to do with Haikal. Bila anak tengok gambar2 dia masa baby, dia akan faham hidup ni adalah satu proses, dan setiap hari kita grow jadi orang yang lebih berkebolehan dan lebih bermanfaat.
20. Build an “i can” box. Cari satu kotak tisu lama, deco lah sikit kotak tu kalau rajin, then setiap hari minta anak senaraikan 3 PERKARA YANG DIA BOLEH BUAT PADA HARI TU. Contohnya: Today, I can wash my own plate. I can make my own bed. I can tie my shoes. Kalau anak belum pandai menulis, parents boleh tolong tuliskan. Then masukkan nota tu dalam kotak tisu tadi. Bila2 anak rasa gagal atau tak yakin diri, tengok balik semua “I can” yang dia tulis sebelum ni. Manusia ni mudah rasa down atau rasa gagal bila dia lupa apa yang dia pernah capai sebelum ni.
21. Make a feelings chart. Ambil sekeping kertas, lukis beberapa ekspresi wajah yang menunjukkan emosi berbeza. Contohnya, muka sedih 😭, muka marah 😡, muka gembira 😁, muka excited 😍, muka terkejut 😱, muka kecewa 😫, etc. Then setiap malam sebelum tidur, tanya anak how does he/she feels today. And why. Maybe ibu bapa boleh mulakan dulu. Kongsikan perasaan anda dengan anak, dan explain. Contohnya, tunjuk kat gambar muka gembira, then explain “Mama gembira sebab papa belanja mama kfc tadi.” Then next, tunjuk pulak muka terkejut, then explain, “Mama terkejut sebab first time dengar haikal kentut masa solat tadi.” Hahah. Then, anak punya turn pulak untuk share emosi dia. Ingat, anak yang kenal emosi, akan eventually pandai kawal emosi.
22. Listen to your child’s fav song. Pick 1-2 lagu kegemaran anak, cuba hafal lirik dia. Dan ajak anak sing out loud dan menari macam orang gila bersama-sama. 😂
23. Berlakon. Anak berlakon jadi peniaga kedai makan, kita jadi pelanggan. So anak kena ambik order, siapkan order, hidang, letak harga, dan kita bayar. Order yg simple2 dah la. Roti peanut butter ke, biskut ke, air kosong ke. Jangan kau order siakap stim pulak. 😑
Then esoknya tukar suasana, anak berniaga kedai runcit pulak. Keluarkan la kejap segala stok sardine, susu pekat, kicap, maggi dalam almari tu. Sambil main, boleh ajar anak kira duit, operasi matematik tambah tolak, cara layan pelanggan, etc.
24. Buat greeting card. Beli beberapa keping kertas berwarna, dan ajak anak tulis atau lukis sesuatu untuk atok, nenek, dan sepupu2 dia. Mungkin boleh hias guna lace, beads, butang juga. Bila dah siap, boleh terus pos. Zaman semua orang berhubung guna whatsapp ni, bila dapat physical greeting card camni, confirm riuh sekampung hahah.
25. Kalau ada sesiapa yang bakal sambut birthday bulan April, contohnya birthday atok ke birthday nenek ke, boleh ajak anak buat wrapping paper sendiri untuk balut hadiah birthday tu. Bagi anak lukis dan tulis apa saje sampai penuh satu kertas majong, then balut hadiah guna kertas tu, then pos! Confirmmm, riuh lagi sekampung hahah.
26. Main cikgu2. Anak jadi cikgu, mak bapak jadi murid. Tak payah whiteboard bagai. Tampal je kertas majong kat dinding. Cikgu berdiri sambil pegang pembaris, murid2 duduk bersila sambil buat muka takut-takut hahah. Beri kebebasan kepada anak untuk pilih topik yg nak diajar. Percayalah, kau akan terkejut betapa banyaknya benda baru yg kau belajar lepas tu. Tetiba rasa tak percaya anak yg baru 4 tahun, dah tahu urchin itu landak laut. Kau yang umur 40 pun baru tahu. 😆
27. Finger painting guna kaki. Bentang kertas majong atau surat khabar lama besar-besar atas lantai, bancuh beberapa warna water colour dalam tray, then try finger painting guna kaki. This is fun weh! Tips: Buat kat car porch atau berhampiran bilik air, supaya senang nak cuci later.
28. Buat jigsaw puzzle sendiri. Print beberapa gambar keluarga atas kertas keras. Then potong gambar tu kepada 6-9 bahagian. Then suruh lah anak sambungkan macam main puzzle biasa. Nak lagi mencabar, potong gambar tu dalam bentuk random. Maksudnya bukan potong petak2. Tapi potong main bantai. Haa..habis PKP pun belum tentu settle puzzle tu 🤣
29. Make your own cookbook. Ajak anak senaraikan makanan favourite dia, then google resepi setiap makanan tu, dan tulis dalam 1 buku. Boleh tulis macam biasa, atau lukis bahan2 dan langkah2 nya. Then, ajak anak masak ikut resepi tu sama-sama. Activity yang melibatkan sequence atau langkah demi langkah (seperti memasak) sangat membantu dalam membina fokus anak.
30. Setiap malam, tanya anak apa 3 perkara yang buat dia gembira hari ni. And share yours too! Dalam keadaan sekarang ni, sangat penting untuk kita latih anak dan diri sendiri untuk fokus perkara yang best, dan bukan perkara yang tak best!
31. Main teka binatang. Buat bunyi atau pergerakan tertentu, dan minta anak teka apakah binatang yang sedang dilakonkan. Boleh buat bunyi harimau, gaya itik berjalan, gaya ular, bunyi anjing – apa sahaja. Nak jadi babi pun boleh. Ehh!
32. Buat banana split. Beli pisang, aiskrim, nuts, choc chips, choc rice atau apa saje untuk toppings. Balik rumah, ajak anak buat sama2, deco2 topping, pastu layan ramai2 sambil membincangkan isu covid19 yg sedang melanda. Pergh!
33. Main sambung perkataan. Contoh: Saya, ya apa? Yaman, man apa? Mana, na apa? Nanas, nas apa? Nasi, si apa? Siamang, mang apa? Mangkuk, kuk apa? Kuku, ku apa? Haa tengok, main sorang pun boleh. 😆
34. Game 5 seconds rule. Ok yang ni best. Cara main dia senang je. Setiap orang kena namakan 3 benda yang diminta, dalam masa 5 saat. Contohnya, “Namakan 3 benda yang berwarna pink.” Atau “Namakan 3 benda yang berbentuk bulat.” Atau “Namakan 3 benda yang kita tak boleh makan.” Apa sahaja! Dan bila kena jawab dengan cepat (within 5 secs), jawapan yang keluar dari mulut random gila dan tah pape. Hahah
35. Board game. This one is evergreen kot. I guess semua rumah kena ada at least one board game. Tak kisah la dam ular ke, chess ke, saidina ke, scrabble ke. This is the simplest way untuk buat aktiviti berkumpulan yang setempat, dan boleh main sambil baring.
36. Lego. Yang ni nak kena explain ke? Semua anak mesti ada mainan building blocks kat rumah kan? Paling common lego lah. Sangat berguna di kala anak2 tak boleh keluar rumah. To make it feels different everyday, beri tema berlainan setiap hari. Contohnya, hari ni tema kedai makan. So bina lah kedai makan guna lego tu. Esoknya, tema kapal angkasa pulak. So buat lah kapal angkasa dengan tempat launching dia sekali. Lusa, tema bengkel kereta, dan sebagainya. Paksa diri untuk kreatif berfikir. Jangan anak cakap bosan, kau pun tumpang bosan sekali.
37. Ok ni last pilihan yang korang ada, kalau rasa semua 36 aktiviti tadi menyusahkan. Download je PDF Haikal’s Game Book, yang ada 60 mukasurat untuk setiap game. Hanya perlu download dan print, dan buat lah sampai lebam. Boleh dapatkan kat sini: https://www.sogeliga.com/printables
Semoga apa yang saya kongsikan dalam post ni bermanfaat. Dan semoga kita semua survive PKP ni dengan cemerlang lah hendaknya 😌
HAVE A GREAT WEEK, GUYS! ❤️
– Adlil Rajiah
Sumber: Adlil Rajiah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI