Ketip kuku adalah antara aktiviti kehidupan harian yang agak mencabar untuk dilakukan bersama anak kecil.
Anak lari, meronta tak mahu dan kekhuatiran anak tercedara semasa meronta, membuatkan ramai antara kita memilih untuk ketip kuku anak kecil semasa tidur.
Tapi, tahukah anda banyak sangat kebaikan mengetip kuku anak kecil dalam keadaan anak tersebut sedar?
Anda boleh cuba mulakan ketip kuku anak kecil semasa mereka sedar bermula usia 6 bulan.
Antara kebaikannya termasuk:
1. Meningkatkan “engagement” anak. Penglibatan anak dengan aktiviti pengurusan diri adalah sangat bagus dalam membantu merangsang perkembangan sosial komunikasi anak-anak.
2. Meningkatkan fokus dan daya perhatian anak. Jika anda duduk dalam posisi seperti dalam gambar yang saya tunjukkan, anda akan bantu anak belajar fokus kepada aktiviti mengetip kuku. Anak akan tengok satu-satu kukunya dipotong.
3. Membantu perkembangan fungsi kongnitif anak. Anak akan berfikir, berasa ingin tahu dan belajar memahami perkaitan tubuh badannya dengan persekitaran. Kuku yang dipotong akan jatuh. Boleh dipegang dan perlu dibuang. Anak belajar kemahiran analitikal.
4. Merangsang perkembangan bahasa anak apabila anda menyebut “potong kuku” sambil mengetip kuku anak. Anda boleh saja sebut dengan nada nyanyian untuk meningkatkan penglibatan dan minat anak anda.
5. Mengurangkan sensitiviti sensori “tactile” anak bila dimulakan dari usia bayi.
✨Tips: Duduk dalam posisi seperti dalam gambar semasa potong kuku, boleh bantu anak lebih mudah untuk fokus pada aktiviti potong kuku.
TAPI!!! ANAK SAYA TAK MAHU POTONG KUKU!
It’s okey mama-mama,ayah-ayah sekalian.
Cuba perlahan-lahan.
Ajak anak nyanyi lagu “finger family” ke, atau nyanyi saja la apa pun lagu jari jemari untuk tarik perhatian anak anda.
1 hari dapat 2 kuku pun OK masa awal-awal. Esok sambung lagi.
Cuba dan cuba lagi teruskan. ???
Sumber: OT AisyahRozalli