Sibuk macam mana sekalipun, jadikan waktu makan adalah masa untuk ibu bapa berinteraksi dengan anak-anak. Tak kisahlah dengar anak bercerita atau pun kita beri kata nasihat atau pujian. Melalui cara ini, kesannya sangat besar sekali.

Disebabkan itu, ramai yang mengesyorkan ibu bapa untuk cuba juga meluangkan masa makan bersama anak kalau nak anak-anak kita menjadi ‘orang’. Nampak simple tapi inilah kekuatan yang sangat luar biasa.

Menurut Perunding Keibubapaan, Noor Afidah Abu Bakar waktu makan malam sebenarnya memberi manfaat tehadap perkembangan anak.

Biasakan Makan Bersama Anak-Anak Paling Kurang Sekali Sehari Kalau Nak Mereka Jadi ‘Orang’

Berikut antara perkongsiannya:

Adakah anda makan malam bersama-sama dengan anak-anak?

IKLAN

Dalam kesibukan kita sehari-harian, jangan abaikan makan malam bersama-sama dengan keluarga kerana manfaatnya amat besar terhadap perkembangan anak-anak.

Kajian mendapati amalan makan bersama-sama ini dapat:

1) membantu perkembangan bahasa anak kecil. Anak kecil memperoleh banyak ‘vocabulary’ yang baru ketika makan bersama-sama keluarga.
2) membina tabiat pemakanan yang sihat dalam keluarga melalui pilihan menu yang berkhasiat.
3) membantu perkembangan intelektual dan prestasi anak-anak yang bersekolah.
4) menghindari remaja dari pengaruh yang tidak sihat seperti merokok, penyalahgunaan dadah, keganasan, seks bebas dan lain-lain masalah sosial.
5) membina ‘mood’ dan persepsi tentang masa hadapan yang positif dalam diri remaja.

IKLAN

Walau bagaimanapun kuasa sebenar untuk memperolehi semua manfaat yang disebut di atas terletak pada corak interaksi dan perhubungan ketika makan malam.

Biasakan Makan Bersama Anak-Anak Paling Kurang Sekali Sehari Kalau Nak Mereka Jadi ‘Orang’

Jika makan malam hanya dipenuhi dengan amalan negatif seperti kritikan, cemuhan, amarah, tangisan dan jeritan, makan malam hanyalah menjadi medan yang merenggangkan perhubungan antara ahli keluarga.

IKLAN

Menu yang enak tiada ertinya jika tiada interaksi positif ketika makan. Makan malam sambil menonton tv (dan juga gajet) tidak membantu perkembangan anak-anak dan keharmonian keluarga.

Jadikanlah satu-satunya masa yang ada untuk berkumpul bersama sekeluarga itu sebagai masa yang berkualiti untuk ‘connect’ dengan anak-anak.

Noor Afidah Abu Bakar
Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI