Perkara normal jika para ibu mempunyai hasrat untuk menguruskan badan. Pelbagai usaha dibuat untuk kurus, berdiet dan bersenam. Hasilnya mungkin lambat sikit, tetapi turun secara sihat.
Terbaharu, tular tentang produk minyak pati yang dikatakan dapat membantu proses untuk menguruskan badan. Memberi pandangan tentang isu produk ini, beberapa orang doktor tampil menjelaskan hal ini. Tidak ketinggalan, Dr. Amalina Bakri juga turut memberi komen tentang isu ini melalui akaun Twitter peribadinya.
Artikel Menarik: [Pelbagaikan Makanan Anak Ekzema. Jika Semua Pantang Mungkin Lagi Teruk Alahannya]
Kata Dr. Amalina, sepanjang pengetahuannya dalam bidang perubatan, tiada sebarang bukti saintifik minyak pati dapat membuatkan seseorang itu kurus. Katanya, dia tidak mahu menyebut sebarang produk, ini adalah bebenang untuk berbincang mengenai minyak essential dan berat badan secara saintifik.
Untuk menjawab persoalan yang ditanyakan padanya, doktor muda ini memberitahu tiada sebarang bukti menunjukkan aplikasi sapuan minyak pati secara terus ke kulit akan menyebabkan penurunan berat badan. Katanya lagi, minyak essential mungkin berfungi untuk pengurusan penurunan berat badan (efek tidak langsung). Namun buktinya sangat lemah dan terhad. Kajiannya pula selalu diadakan ke atas vitro atau haiwan dan bukannya manusia.
Tambah Dr. Amalina lagi, ada teori yang mengatakan mintak pati mempunyai kesan untuk mengatasi kerisauan yang mungkin membantu kawalan makan berlebihan (efek tidak langsung, tetapi buktinya terlalu lemah dan tidak secara langsung.
“Jangan marahkan saya, sebagai doktor dan saintis, saya hanya menyatakan hasil kajian. Kita boleh mengadakan diskusi berilmiah di bahagian komen.”
Pa&Ma bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Dr. Amalina ni. Nak kurus sebenarnya kenalah rajin berusaha cara semula jadi. Diet dan senaman dapat membantu biarpun tidak memberi kesan dalam jangka masa yang cepat.
Artikel Menarik: [Ada Lendir Jernih Pada Faraj, Tandanya Sedang Subur Dan ‘Ready’ Untuk Hamil]
Jenama minyak pati terkenal pun biasanya banyak memperkenalkan fungsi menenangkan atau sebagai alternatif untuk kekal sihat, tetapi tidak pernah mendakwa tentang keberkesanannya untuk menurunkan berat badan.
Perlahan-lahan kenali kemampuan tubuh dan pilihlah jenis diet dan senaman yang mampu anda lakukan. Untuk para ibu yang masih menyusukan anak, tetapi mahu jaga makan bolehlah cuba diet ini:
1. Ambil sumber protein 2-3 kali sehari (daging, ikan, telur, produk tenusu, kekacang dan biji-bijian)
2. Makan hidangan sayur-sayuran tiga kali sehari
3. Makan dua kali hidangan buah dalam sehari
4. Setiap hari, pastikan anda masukkan roti gandum, bijirin dan oat dalam diet
5. Sekiranya dahaga, perbanyakkan pengambilan air masak. Jangan minum air manis kerana ia tidak membantu penghasilan susu yang berkhasiat
6. Jika anda seorang vegetarian, gantikan daging dengan pengambilan sumber zink dan zat besi yang lain seperti kekacang, buahan kering, biji-bijian dan produk tenusu. Sekiranya anda seorang vegetarian, ambillah suplemen B12 untuk memastikan bayi anda tidak kekurangan vitamin ini
Nak Makan Banyak Mana?
Ibu yang menyusukan perlu makan lebih kalori. Sekiranya berat badan anda tidak banyak turun selepas melahirkan, kalori lebih ini sebenarnya digunakan untuk susu badan anda secara semula jadi. Tetapi seandainya berat anda turun banyak, anda memerlukan sekurang-kurangnya tambahan 500-500 kcal kalori sehari.
Sumber: Dr. Amalina Bakri
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI