Ada mama yang melahirkan kebimbangan sepanjang menyusukan anak selera makan menjadi-jadi dan boleh di katakan agak luar biasa. Ini menyebabkan berat badan semakin bertambah.

Adakah ini satu yang normal atau disebabkan oleh sebab lain. Adakah ia juga akan memberi kesan pada saya di kemudian hari. Pa&Ma dapatkan jawapan daripada Pensyarah kanan & perunding laktasi Unit perkembangan kesihatan wanita, Pusat Pengajian sains Perubatan Kampus Kesihatan USM iaitu Dr Zaharah Sulaiman.

Ibu yang menyusui bayinya secara eksklusif untuk enam bulan pertama memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu. Secara purata, untuk menghasilkan 100ml susu ibu, ibu perlu menggunakan sebanyak 85 kalori. Jadi, jika ibu menghasilkan dalam lingkungan 500ml hingga 700ml susu sehari, ini bermakna ibu akan membakar tenaga sebanyak 420 hingga 600 kalori sehari.

Biasalah Lapar Selepas Menyusukan Anak. Tapi Ada Caranya Untuk Mama Kawal Berat Badan

Ads

Berkenaan kebimbangan ibu-ibu yang menyusu tentang berat badan bertambah. Jika bayi sudah berusia tujuh bulan dijangkakan ibu pasti sudah mula memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi daripada usia bayi puan enam bulan. Di samping itu ibu masih juga meneruskan penyusuan susu ibu.

Namun apabila bayi sudah diperkenalkan dengan makanan pelengkap, keperluan menyusu mula berkurangan secara beransur-ansur. Oleh yang demikian penghasilan susu juga akan berkurangan kerana permintaan yang kurang daripada bayi. Maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu juga berkurangan. Selepas usia bayi enam bulan hingga setahun, susu ibu membekalkan satu per tiga hingga satu perdua daripada keperluan tenaga bayi sehari.

Apabila keperluan menghasilkan susu semakin berkurangan, tetapi jika pemakanan masih sama seperti dahulu, kalori berlebihan yang diambil ini tidak akan dibakar dan akan disimpan di dalam bahan sebagai lemak. Jika hal ini berterusan, maka lama kelamaan kenaikan berat badan akan menjadi ketara.

Ads

Pemakanan Seimbang

Terdapat persepsi dalam kalangan ibu yang menyusui bayinya yang merasakan tidak mengapa makan lebih kerana ibu menyusu perlu makan untuk dua orang. Hakikatnya tidak sebegitu terutama untuk keadaan apabila bayi sudah berusia lebih enam bulan. Pertambahan berat badan boleh disebabkan oleh faktor lain, antaranya gaya pemakanan yang kurang sihat dan pengambilan makanan yang tidak seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.

Ads

Tambahkan makanan berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam menu makanan harian. Pilih cara masakan yang kurang berminyak seperti merebus, membakar atau mengukus. Kurangkan pengambilan makanan berlemak atau digoreng.

Senaman

Selain daripada faktor pemakanan, senaman secara berkala setiap minggu juga perlu dibuat untuk memastikan kalori yang berlebihan dibakar dan tidak disimpan sebagai lemak. Digalakkan bersenam selama tiga puluh minit setiap sesi dan dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.  Selain itu, teruskan memberikan susu kepada bayi anda mengikut kehendaknya sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Jika bekerja dan bayi tiada bersama, pastikan ibu memerah susu setiap tiga jam untuk memastikan susu terus dihasilkan.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI