Pernah tak anda dan pasangan tertanya-tanya semasa awal kehamilan, nanti anak keluar ikut muka siapa ya? Jika soalan ini yang ditanya biasanya akan ada sedikit perbezaan pendapat.
Bukan apa masing-masing mestilah nak juga anak ikut muka suami atau isteri. Ada tu yang cakap, ibu dah bawa 9 bulan dalam perut mestilah muka kena ikut ibu.
Sebenarnya anda dan pasangan tak perlu pun nak tentukan anak kita tu ikut genetik siapa. Sebab kedua-dua kromosom anda dan pasangan dah bercantum semasa proses persenyawaan. Jadi adillah jika muka ikut ibu, perangai pula ikut ayah.
Ads
Apa yang penting anak yang dilahirkan itu sihat dan membesar menjadi anak yang bijak pandai. Asalkan didikan yang kita berikan pada mereka sempurna, maka itulah anak kebanggaan kedua-dua ibu bapa.
Ok nak tahu antara ibu dan ayah, siapakah yang menentukan genetik bayi ini yang perlu anda tengok. Lepas ni semua boleh faham.Ada beberapa bahagian anggota badan yang bayi kita akan mengikut genetik ibu dan ayah. Antaranya di bahagian mata, telinga,hidung, ketinggian, kecerdasan dan perangai.
Ads
Jadi kiralah adil la kan anak-anak kita ambil serba sikit genetik ibu ayah.Namun demikian ibu sememangnya mempunyai pengaruh yang kuat dalam pembawakan genetik kepada anak dan perkara itu dapat dilihat melalui perkembangan hubungan antara anak dan ibu itu sendiri.
Jangan risau setiap anak-anak kita memang dah ada keistimewaan dan kepandaian masing-masing. Peranan ibu ayah yang akan menentukan kejayaan anak di masa hadapan.
Ads
Perkara baik yang kita ajar, maka membesarlah anak menjadi anak penyejuk mata hati orang tua.
“Simple je masak tapi sebab bersuap, bertambah-tambah makan” begitulah perkongsian dari pelakon, Ozlynn yang memberikan tip untuk tambah berat badan anak. Perkongsian tersebut dibuat melalui laman instagram rasminya yang dikongsi bersama suami, Johan Raja Lawak.
Ozlynn yang mendirikan rumah tangga bersama Johan dikurniakan lima cahaya mata iaitu, Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan yang paling kecil Moleiq.
Tambahnya lagi, masak sendiri lebih terjamin kebersihan dan dapat menjimatkan belanja lebih-lebih lagi bagi keluarga besar dan mempunyai anak yang ramai sepertinya. Makan diluar pasti menelan belanja yang besar
Bermula lah kisah mak2 kembali bertugas setelah bercuti dari tanggungjawap.. haaa 1st trip suap abg sodiq, haziq n chantiq..
2nd trip abg ariq sb dia boleh makan pedas.. third trip baby moleiq sb dia lambat bangun tdo..
so menu kita masak lemak labu, udang goreng kunyit, sambal sardin dgn bubur salmon utk moleiq.. haaaa bertambah2 kau.. simple jek mak dia masak.. tp sebab suap.. haaa nih tips utk mak2 bg anak2 senang naik badan yek..
kurangkan susu bila cukup waktu.. sb bila dia kena makan patut bg makan.. penat sikit xpe.. kita akn puas ati nnt.. yg penting masakan umah kurang garam, kurang minyak, bersih dan pasti halal yek.. yg paling puas ati jimat!!!
Kat luar kalau beli mau beratus kalau ktorg satu family.. pastu belom tentu bebdk abes makan.. kt umah siap dpt tambah lagik.. sok ngah pikir nk masak apa lak.. kena selongkar peti ais.. #bondingmakdgnanak
Ramai yang turut berkongsi pengalaman yang sama. Rata-rata terpaksa menyuap anak mereka makan untuk memastikan anak-anak makan dengan baik dan kenyang.
Dapur antara tempat yang boleh jadi terapi buat seseorang. Dapur kemas dan teratur semestinya idaman ramai wanita. Rasa tenang dan teratur, barulah rasa semangat nak memasak dengan penuh kasih sayang.
Dalam perkongsian ini kami bawakan cara DIY spice organizer yang sangat praktikal dan comel hasil kerja tangan Puan Fara Amirullah bersama suaminya. Tak perlu modal tinggi, hanya barang-barang di kedai DIY / Daiso berjumlah sekitar RM80 saja!
Selain memudahkan kerja memasak, ia juga menjimatkan ruang. Yang paling best, cara pasangnya pun senang dan tak payah susah-susah nak tebuk dinding. Jadi, siapa yang duduk rumah sewa pun boleh buat juga sebab ia tak merosakkan dinding.
Jom ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
DIY SPICE RACK UNTUK DAPUR TANPA TEBUK DINDING
Hari tu saya dah janji nak kongsikan spice rack organizer di rumah saya. Rumah sewa saya ni memang dapurnya kecil saja. Kalau duduk 2-3 orang dekat situ memang akan berlaga punggung. Jadi untuk menjimatkan ruang, inilah salah satu caranya.
Angan-angan nak buat kabinet dapur tu memang ada, tapi sebab duduk rumah sewa ni tak payahlah kan. Baik simpan duit untuk buat di rumah sendiri nanti.
Lagipun, memandangkan dinding di dapur ni dah siap jubin, nak tebuk pun sayanglah. Jadi saya gunakan wall hook untuk spice rack organizer ni. Inshaa Allah lekat kuat sebab wall hook dari Daiso ni jenis hot melt adhesive. Caranya saya akan terangkan nanti.
BAHAN-BAHAN
Semua item dibeli di Mr DIY dan Daiso je. Tak semua barang murah tu tak cantik ye.
Inilah wall hook dari Daiso tu. Ada yang 1 kg, 3kg, 4 kg dan 6kg. Saya ambil yang 6kg. 1 rak gunakan 2 wall hook ni. Jadi sebab ada 4 rak, saya kena beli 4 pek.
Yang ini pula rak dari Mr DIY. Saya guna 4 rak ni.
Mula-mula cadang nak beli balang ni dekat kedai Eco. Tapi nampak dekat Mr DIY harga RM0.85 je. Jauh lebih murah dan kualiti pun elok. 24 pcs baru RM20.40. Murahlah kan? Lagipun penutup jenis plastik ni bagus. Dulu saya pakai Ikea punya.
Setiap minggu memang akan basuh sebab berhabuk dan minyak. Lama-lama penutup pun jadi berkarat, sebab tulah saya tukar jenis macam ni.
CARA-CARA
Beginilah cara nak gunakan hot melt adhesive wall hook tu. Kena bakar sikit dekat gam yang sedia ada di belakang hook tu bagi cair sikit. Hati-hati ya sebab panas kalau kena tangan.
Bila dah cair nanti barulah tampal dan biarkan kejap dalam 2-3 jam baru boleh gantung rak tu. Kemudian bolehlah susunkan balang-balang yang dah diisikan dengan rempah atau bahan dapur yang biasa digunakan. Siap spice rack! Wall hook ni nak pakai dekat bilik air pun boleh, tapi kena buat cara ni barulah dia lekat kuat.
Mudah kan? Simple tapi sangat berguna. Dapat save space dan modal pun tak tinggi. Mana yang duduk rumah sewa dan ada dapur yang comel macam Puan Fara ni bolehlah cuba DIY spice rack organizer ni.
Memberi nama untuk anak yang baru lahir antara momen yang cukup indah buat semua ibu bapa. Mana taknya, masing-masing ada pilihan nama sendiri untuk anak lelaki atau perempuan.
Bukan itu saja, pasangan suami isteri pasti akan memilih nama yang baik maknanya. Ada yang suka dengan nama yang ringkas dan ada juga memilih untuk letak nama yang panjang. Apa sekalipun, biarlah pilihan nama itu yang elok dan jadi ‘doa’ hingga ke akhir hayat anak.
Bukti cinta dedikasikan pada nama anak
Namun bagi kisah tiga beradik ini di Indonesia, ibu bapanya memilih untuk meletakkan perkataan Dot Com di belakang nama anak-anak sebagai bukti cinta mereka bertemu di laman web Alamak Dot Com sebelum mengambil keputusan berkahwin.
Nama ketiga-tiga anak kepada pasangan ini tular di laman TikTok @ wakelotkangcopet88 pada Jumaat lalu (1/1/2021) apabila salah seorang anaknya berkongsi nama istimewa itu.
Letak Dot Com setiap nama anak
Nama tiga beradik itu adalah Salsabila Shofwah Alamak Dot Com, Mustaghfirin Nazhmi Ramadan Dot Com dan Daffa Fawwaz Robbani Dot Com.
Menurut anak kedua pasangan ini, Mustaghfirin Nazhmi, nama ini cukup unik. Bila kawan atau sesiapa saja tahu nama kami adik beradik ada penambahan Dot Com di belakang, ramai yang tak percaya.
Bercerita lanjut, suatu ketika dahulu, ibu bapanya berkenalan menerusi satu laman cari jodoh, Alamak Dot Com pada tahun 1999.
Jadi sebagai mengenang kisah pertemuan dan percintaan mereka, masing-masing setuju untuk mendedikasikan nama laman web tersebut pada setiap nama anak-anak.
Dulu selalu diejek, sekarang rasa bangga
Kongsi Mustaghfirin Nazhmi lagi, memang sejak kecil mereka tiga beradik sering diejek oleh rakan-rakan di sekolah dan cikgu pun tak percaya.
“Terutama ketika memasuki sekolah baru, guru dan rakan memang tak mempercayai namanya.
“Atas sebab itulah, saya sering diminta untuk membuktikan kesahihan nama unik ini,” katanya.
Apabila ditunjukkan bukti baru mereka faham. Namun apabila semakin besar, mereka dah tak kisah dengan nama tersebut walaupun diperli tetapi berasa sangat bangga dan istimewa.
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini,...