Kehilangan insan tersayang pasti memberi kesan kepada kehidupan kita. Apa lagi jika yang ‘pergi’ itu adalah pasangan kita. Biarpun bersedih, kita harus kuat untuk menjalani kehidupan ini terutamanya jika kita ada anak-anak.
Seperti yang dikongsikan oleh wanita ini, apabila dia kehilangan suaminya secara mengejut akibat kemalangan jalan raya pada awal tahun ini.
Nama aku Ana. Aku ibu kepada lima orang anak. Aku mohon admin untuk siarkan kisah aku ni. Aku hanya orang biasa, tapi aku harapkan dengan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada semua wanita yang senasib denganku.
Aku kini bergelar ibu tunggal. Anak yang lima orang semuanya masih kecil. Yang sulungnya berumur 12 tahun. Yang si bongsu tahun ni masuk dua tahun. Aku baharu sahaja kehilangan suami tercinta.
Katakanlah aku mampu memutar kembali masa, dah tentu aku mahu lebih banyakkan masa dengan keluarga atau lebih tepat dengan suamiku. Orangnya sangat baik dan bertimbang rasa. Langsung tak pernah naik suara pada aku.
Sebaik-baik manusia, aku boleh katakan dialah suamiku. Jenis tak berkira, tak suka cakap buruk fasal orang lain dan dia jenis buat hal sendiri. Sebagai seorang ayah dan suami, tip top! Tak mungkin aku akan jumpa lelaki lain sebaik dia.
Suami aku baru je meninggal dunia awal Februari yang lepas. Dia kemalangan. Otw nak ke tempat kerja, dia bergesel dengan lori. Terkejut dengan berita tu, bila aku dapat panggilan dari pihak polis aku di pejabat tengah meeting. Selepas hampir tiga jam dia kemalangan, barulah aku dihubungi.
Semasa aku ke hospital, aku menyimpan harapan agar suamiku masih hidup. Jujurnya, aku tak sanggup kehilangan dia. Maklumlah dengan anak-anak yang masih kecil, ramai pula tu. Memikirkan yang aku harus hidup tanpa dia, aku rasa tak mampu nak harungi semuanya sendiri. Ya Allah, betapa selama ini aku bergantung pada suamiku. Hampir semua soal anak-anak, dia yang uruskan. Sebab aku selalu busy.
Pengakuan Lain: [“Suami Tak Nak Ajar Anak.” isteri Buntu Nak Yakinkan Suami Didik Anak Dari Kecil]
Tapi harapan hanya tinggal harapan, rupanya ajal suamiku dah sampai. Ternyata Allah SWT lebih sayangkan dia. Aku reda. Tapi sepanjang tunggu segala proses tu, menangis tak berhenti jugalah. Mujur ada Ima, temankan aku sepanjang masa. Terima kasih sahabat, sudi pnjamkan bahu kau. Nak beritahu anak satu hal juga, aku di hospital lama. Jadi aku minta bantuan adik untuk jemput anak-anak. Mujur dia tinggal berhampiran kawasan rumah aku.
Dipendekkan cerita, dengan segala drama dan air mata anak-anak menangisi pemergian ayah mereka kini kami tinggal berenam. Kini waktu di pejabat aku manfaatkan sepenuhnya. Supaya tepat waktu pulang aku dapat jemput anak-anak dari sekolah. Aku tak mahu sambil lewa lagi seperti dulu.
Sebab masa arwah husband aku ada, aku kurang ambil tahu hal anak-anak. Sibuk bekerja, letih pula tu. Bila anak-anak siapkan kerja sekolah di waktu malam, arwah husband yang layankan. Dia yang banyak bantu anak-anak. Dorang pun lagi rapat dengan arwah Papa berbanding aku.
Dulu, balik rumah sampai lebih kurang pukul 8 malam. Sampai je, terus berkejar solat maghrib. Siap solat, anak-anak dah siap buat kerja sekolah. Tengah makan dengan arwah Papa. Aku bertanya khabar anak sedikit-sebanyak dan makan bersama. Suami juga yang masakkan.
“Terima kasih, Bie. Banyak awak bantu saya, awak suami yang sempurna untuk saya”.
Bila suami aku meninggal dunia, semua benda aku kena atur semula. Jadual kerja aku, waktu aku di rumah dengan anak-anak. Rupa-rupanya pemergian suamiku banyak mengajar aku untuk menjadi ibu yang lebih bertanggung jawab dan ambil peduli hal dorang. Biarpun aku jarang dengan dorang, kurang spend masa dengan dorang, terharu aku bila dorang tetap ingat birthday aku minggu lepas.
Pengakuan Lain: [“Khatam Al Quran Setiap Hari. Wanita Kongsi Rahsia Jarang ‘Masam Muka’ Dengan Suami]
Biarpun dalam tempoh PKP dan ayah mereka pun dah tak ada, mereka tetap sambut birthday aku seadanya. Si sulung ajak adik-adik kemas rumah. Lepas tu bancuhkan air untuk aku. Masing-masing dapat wish birthday aku.
Bahagianya aku rasa. Mungkin didikan arwah suami aku yang membentuk peribadi anak-anak aku. Mudah dengar cakap, rajin dan bertolak ansur. Semua kualiti yang ada pada arwah Papa dorang, ada pada anak-anak aku. Sebenarnya aku rasa, kadang-kadang bila dah kehilangan barulah kita belajar untuk menghargai. Dahulu, kalau suami minta aku ambil cuti untuk luangkan masa bersama tanpa anak-anak, aku menolak. Kononnya banyak kerja.
Seandainya boleh aku kembalikan masa itu, dah tentu aku akan setuju dengan cadangannya itu. Banyak benda yang boleh kami buat bersama. Aku pun boleh belajar untuk mengenali anak-anak daripada arwah suami. Aku yakin, dengan ujian ini sebenarnya Allah SWT mahu mengajar aku menjadi ibu yang lebih baik dari dahulu.
Aku reda dan menerima ujian ini dengan hati yang terbuka. Semoga arwah suamiku ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Mohon kalian untuk doakan arwah suamiku. Terima kasih sudi baca luahan seorang isteri yang merindui suaminya..