Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
Ads
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
Ads
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila anak masuk usia 6 bulan, pasti ibu-ibu tak sabar nak beri bayi makan makanan pejal, kan? Contohnya buah-buahan. Dalam banyak-banyak buah, pernah tak anda terfikir manfaat dan kebaikan buah naga untuk bayi?
Ini kerana, nutrisi yang terkandung dalam buah naga seperti vitamin, serat, air dan kalsium sangat diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan si kecil!
Bentuk buah naga memang agak unik, ditambah dengan biji-bijian berwarna hitam di dalamnya hingga membuatkan ramai ibu bapa tertanya-tanya adakah ia selamat diberikan kepada bayi.
Walaupun buah ini sedikit aneh, namun ia tidak membahayakan malah baik untuk bayi berusia enam bulan ke atas.
Tekstur buah naga juga sangat lembut malah bijinya sangat kecil dan tidak mungkin anak tercekik apa lagi tersedak.
Namun begitu, buah naga untuk bayi akan membuatkan najis mereka sedikit berwarna, tapi ibu tak usah terlalu khuatir kerana ia normal dan akan beransur hilang.
Buah naga untuk bayi: Mana satu paling bagus buah naga merah atau putih?
Sama ada buah naga merah atau putih, kedua-duanya memiliki zat yang banyak. Namun, buah naga putih lebih manis .
6 kelebihan buah naga untuk bayi:
#1. Anak jarang sakit
Buah naga mengandungi antioksidan tinggi yang dikenali sebagai fenol. Ia dapat melindungi bayi dari radikal bebas yang membuatkan si kecil tak mudah jatuh sakit.
#2. Melindungi gigi
Gigi bayi yang baru tumbuh sangat mudah rosak akibat makanan manis. Tapi buah naga membantu gigi bayi kekal sihat dan tak mudah rosak.
#4. Tulang bayi jadi lebih kuat
Buah naga kaya dengan mineral seperti potassium dan kalium yang membantu bayi jadi lebih kuat terutamanya di bahagian tulang.
#5. Bayi kurang kembung perut
Jumlah serat yang tinggi dalam buah naga membantu anak mencerna makanan dengan baik sekaligus latih pergerakan usus mereka.
#6. Rambut bayi lebih tebal dan lebat
Zat besi yang terkandung dalam buah naga memberi nutrisi pada rambut bayi. Jadi kalau nak rambut bayi sihat, bolehlah beri bayi makan buah naga ini.
Kredit : Hello Sehat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Teringin nak makan ayam grill ala- ala restoran mahal tapi takde masa nak keluar? Jangan risau! Dekat rumah pun boleh buat tau. Senang je nak buat. Boleh makan seisi keluarga. Pasti semua suka suka.
Kos pon lebih jimat tau! Makan dekat rumah lagi puas dari makan dekat luar. Puas hati dengan kos buat dan hasil yang didapati. Mari lihat resepi ayam grill yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Douglas Abdullah Voon di Kumpulan Facebook Aneka Resipi Makanan.
RESIPI AYAM GRILL
Sumber foto: Douglas Abdullah Voon
Chicken Grill
Bahan- bahan: – Ayam – Sos lada hitam – Serbuk herba rosemary – Serbuk herba thyme – Serbuk lada hitam – Garam – Gula (lebihkan) – Sedikit air panas/ suam
Cara- cara: 1. Basuh ayam. 2. Kemudian, masukkan sos lada hitam (jika pekat, tambahkan air suam/ panas). 3. Kacau sebati, kemudianperasakan dengan garam, serbuk herba rosemary, serbuk lada hitam, serbuk herba thyme dan gula. 4. Kacau sebati dan masukkan ayam. Perap semalaman. 5. Bakar menggunakan ketuhar/ air fryer menggunakan suhu 200 darja Celsius selama 17 minit atau sehingga betul- betul masak. 6. Angkat dah sedia untuk dihidang.
Mudah je resipi yang dikongsikan. Bila- bila masa sahaja boleh buat. Jika ayam nak rasa manis secara sihat, boleh gantikan gula dengan madu. Bukan sahaja lagi sedap, malah memberi manfaat untuk kesihatan.
Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu. Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.
Sumber foto: https://www.freepik.com/free-photo/jar-with-fresh-honey_6948351.htm#query=madu&position=6&from_view=search&track=sph
Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.
Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol. Semoag resepi yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memikirkan untuk menyediakan menu berasaskan sotong selain sering dimasak sambal tumis atau digoreng bersama salutan adunan tepung, sebenarnya enak juga jika dimasak kari.
Mungkin ada yang belum pernah mencuba menyediakan menu Sotong Kari, lebih-lebih lagi di mana resipinya tanpa menggunakan santan. Kesedapan hidangan ini tidak mampu dinafikan lagi, boleh buat seisi keluarga makan bertambah.
Jadi tunggu apa lagi, ayuh sediakan menu ini untuk dijadikan menu istimewa untuk hari ini.
RESEPI SOTONG KARI PEKAT(Tanpa santan)
1 kilo sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar(dihiris)
3 ulas bawang putih(dihiris)
1 cm halia(dihiris)
3 sudu perahan asam jawa
1 buah tomato(dibelah 6)
Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar Serbuk Kari ikan
Sedikit air
(Jadikan paste)
P/s=tidak perlu mengunakan air,kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendri.
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
2) Kemudian masukkan paste rempah kari dan gaulkan sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau)
3) Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih mengunakan api sederhana)
4) Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi, masak seketika.
5) Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa. (Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan) tunggu sedikit kering dan tutup api.
Anak penghantar makanan dapat anugerah peminjam buku terbanyak Selangor. Seorang pelajar berusia 13 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong, Klang mencatat pencapaian membanggakan apabila dinobatkan sebagai peminjam buku terbanyak di Selangor, selepas berjaya meminjam sebanyak 1,378 naskhah buku sepanjang tahun lalu.