Seperti mana mamanya yang banyak gelagat mencuit hati ketika LIVE, begitu jugalah dengan anak bongsu MuaBellaz. Bukan saja comel tetapi telatah anak bongsu pempengaruh media sosial itu, Wara, sering menarik perhatian ramai. Ada saja benda yang dibuat yang mengusik hati.
Melalui sebuah video yang dikongsikan pemilik akaun Instagram ain.fatin.lyana, yang telah mengambil sedutan sesi LIVE MuaBellaz bersama anaknya telah mengundang tawa orang ramai kerana gelagat Wara yang ‘menguji’ kesabaran mamanya.
Pada awalnya, dua beranak ini menyanyi sebelum Wara menjawab soalan MuaBellaz ketika ditanyakan apa yang ada pada muka mama. Dengan selamba dia memberitahu di wajah mama ada jerawat.
Ads
Mendengarkan jawapan Wara, MuaBellaz mengiyakan kata-kata anaknya itu. Walaupun begitu, dia sempat berpesan supaya tidak menegur wajah orang seperti itu.
Kemudian MuaBellaz meminta Wara untuk mempromosikan maskara. Dalam kesibukan mamanya bercakap tanpa disedari Wara telah membuka penutup maskara dan memakainya. Habis comot!
Apabila melihat wajah anaknya itu, MuaBellaz terperanjat dan segera mengambil tisu untuk membersihkan kesan maskara tersebut. Alahai, macam-macam ragam ya Wara! Makin lama, makin menurun minat mekap mama. Sikit je lagi pandailah pakai maskara tak comot dah kan?
Ads
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak berbeza ada yang cepat “pickup,” ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan maklumat anak supaya kita dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran yang terbaik untuk mereka.
Anak yang lambat “pickup” bukan bermakna mereka tidak pandai, dan anak yang cepat “pickup” pula bukan bermakna mereka tiada cabaran. Yang lebih penting ialah daya tahan mereka dalam belajar dan semangat untuk maju.
Ikuti perkongsian Maryam Jamadi Pediatric Occupational Therapist mengenai anak cepat dan lambat ‘pckup’
Kali ini nak share tentang pempropesan otak, dalam bahasa omputihnya “Brain Processing”. Otak kita semua unik, berlainan & kelajuan proses maklumat pun ada yang cepat dan lambat. Ciri-cirinya:
1. Lambat “pickup”. (Slow processing) – Ambil masa untuk proses maklumat dari pembacaan, dari percakapan atau visual. – Lambat “sampai” bila orang buat lawak. – Mudah lupa. – Susah proses arah, atau mulakan tugas. – Ambil masa untuk belajar skil atau perkara baru. 2. Cepat “pickup”. (Fast processing) – Boleh kata semua cepat, cakap cepat, fikir cepat, buat keputusan cepat dll. – Bila ada teka-teki, terpaling cepat jawab. – Kalau orang buat lawak, dia dah gelak dulu. – Senang belajar skil & perkara baru. – Cepat siap tugasan.
Ada juga yang yang terlampau cepat “pickup”, sampaikan maklumat dah sampai dulu tapi tindakan dan perbuatannya lambat. Yang ini saya perasan di kebanyakan anak yang ada ADHD atau ada tanda-tanda ADHD.
Saya nak tekankan, tahap kelajuan otak cepat atau lambat tidak menentukan tahap IQ seseorang atau kepandaian. Dua-dua ada kelebihan dan kelemahannya. Saya, kalau ikutkan kategori lambat “pickup”. Sepanjang zaman sekolah, saya perasan memang susah saya nak belajar dalam kelas. Belajar hari ini, malam dah lupa. Sampailah saya develop habit belajar last minute.
Contohnya bila ada exam besar, sebulan sebelum baru saya pulun belajar. Kalau belajar awal-awal, sel otak tak berhubung. Baca tak faham-faham, kena belajar dalam persekitaran senyap tak ada gangguan. Sampai sekarang ambil master, sama fe’elnya. Saya kena belajar seorang diri, tanpa gangguan. Sepanjang saya menulis thesis atau assignments, saya kena masuk gua sekejap.
Suami saya pula terbalik, otak jenis cepat “pickup”. Orang jenis cepat proses ini, belajar dalam kelas sekali dah faham. Tak buat homework, ulangkaji pun boleh skor semua A. Senang juga belajar skil baru, belajar sehari buat website terus siap. Jenis pickup dalam kelas, dah tak belajar lepas itu tapi dapat anugerah dekan setiap sem. Jealous kita Sebagai mak ayah, kita kena kenal personaliti anak untuk kita tahu corak pembelajaran anak bagaimana. Setiap orang berbeza cara 1. Terima maklumat 2. Proses maklumat 3. Dapatkan maklumat
Kalau cara kita belajar begitu, kita tak boleh expect anak pun sama. Tengok si kakak berjaya dengan kaedah sebegitu, tak boleh expect adik pun sama. Bila kita tahu cara anak proses maklumat dan kecenderungan anak barulah kita boleh maximize potensi anak. Bagi saya setiap orang ada potensi masing-masing, sebagai mak ayah kita kena korek dan polish potensi anak kita. Kalau anak kita atau sesiapa sahaja diletakkan di tempat yang betul, pasti boleh menyerlah.
Siapa sangka saya yang lambat “pickup”, jenis orang buat lawak tak sampai-sampai ini boleh menulis beratus artikel. Boleh belajar sampai tahap master. Boleh buka bisnes sendiri.
Dari segi pembelajaran, tak kiralah anak jenis lambat “pickup” atau cepat “pickup”, yang penting semangat nak belajar dan semangat nak memajukan diri. Resillience lebih penting dari speed.
Kalau anak kita kurang perform di sekolah. Jangan give up dengan anak, kita kena sama-sama cari kekuatan anak di bahagian mana. Semoga bermanfaat, ingat tau kita kena percaya dan cari kebolehan anak.
Lembutkan hati anak yang degil, ibu cuba beri minum air wuduk basuhan tangan kanan, muka. Mendidik anak adalah satu tanggungjawab yang mencabar, terutama apabila berdepan dengan anak yang mempunyai sikap degil.
Anak yang degil seringkali menimbulkan kekeliruan dan tekanan kepada ibu bapa, terutamanya apabila anak tersebut enggan mendengar arahan atau nasihat. Namun, dengan pendekatan yang tepat dan penuh kasih sayang, masalah ini boleh diatasi dengan berkesan.
Nak lembutkan hati anak ada caranya. Tapi, kalau jenis mak yang tak sabar, mahunya boleh dapat ‘sakit’, maklumlah lagi di larang lagilah dibuatnya.
Sebenarnya, nak lembutkan hati anak tak susah, mak ayahlah kena jadi contoh yang baik. Kalau mak ayah sendiri yang buat ‘perangai’, itulah yang akan dibuat oleh anak-anak.
Inilah yang diterangkan oleh Ustaz Muhaizad Muhamed Al Yamani yang boleh dijadikan panduan bersama.
Nak ajar anak sabar tapi mak ayah tak buat. Perangai bukan melalui perkataan tapi diwarisi. Anak-anak lebih suka ikut perbuatan mak ayah.
1. Banyakkan tunjuk perbuatan baik, sabar dalam mendidik.
2. Letakkan tangan kanan di kepala anak dan baca ayat. Hembus ketika anak sedang sedut nafas. Niatkan supaya anak jadi lemah lembut, dengar kata.
3. Ibu ambil air wuduk untuk solat zohor dengan ambil air basuhan muka dan tangan kanan. Ambil air kedua dan ketiga. Jangan tukar waktu solat lain. Bagi minum.
4. Sebut perkataan baik-baik ketika anak tidur. Elakkan perkataan ‘Jangan’. Sebut, ‘jadi anak yang baik dan taat’.
Tular di media sosial sebuah video menyentuh hati memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang lumpuh separuh badan berjalan dengan penuh semangat dan laju, hingga meraih perhatian ramai.
Video yang dikongsikan oleh Faizal Rambli itu membuatkan ramai kagum dan sebak melihat kecekalan anaknya yang tetap ceria dan kuat walaupun diuji dengan masalah kesihatan.
Difahamkan, anak perempuannya itu tidak boleh berjalan seperti kanak-kanak lain kerana lumpuh separuh badan dan turut menghadapi masalah buah pinggang.
Bapa kepada si kecil ini yang menetap di Sarawak turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya, yang kini murid Tahun Satu, sangat bertuah dikelilingi rakan-rakan sekolah yang prihatin dan sanggup membantunya bergerak ke sana sini menggunakan kerusi roda.
Menurut Faizal, ramai yang tersentuh hati dengan perkongsiannya hingga ada yang menawarkan sumbangan, duit raya dan mencadangkan rawatan alternatif buat anaknya. Namun dia dengan rendah hati menolak dengan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan semua.
Katanya lagi, video tersebut sekadar perkongsian peribadi untuk dijadikan kenangan bersama anaknya, dan cukuplah sekadar doa orang ramai agar anaknya terus kuat dan dipermudahkan urusan kesembuhan.