Seperti mana mamanya yang banyak gelagat mencuit hati ketika LIVE, begitu jugalah dengan anak bongsu MuaBellaz. Bukan saja comel tetapi telatah anak bongsu pempengaruh media sosial itu, Wara, sering menarik perhatian ramai. Ada saja benda yang dibuat yang mengusik hati.
Melalui sebuah video yang dikongsikan pemilik akaun Instagram ain.fatin.lyana, yang telah mengambil sedutan sesi LIVE MuaBellaz bersama anaknya telah mengundang tawa orang ramai kerana gelagat Wara yang ‘menguji’ kesabaran mamanya.
Pada awalnya, dua beranak ini menyanyi sebelum Wara menjawab soalan MuaBellaz ketika ditanyakan apa yang ada pada muka mama. Dengan selamba dia memberitahu di wajah mama ada jerawat.
Mendengarkan jawapan Wara, MuaBellaz mengiyakan kata-kata anaknya itu. Walaupun begitu, dia sempat berpesan supaya tidak menegur wajah orang seperti itu.
Kemudian MuaBellaz meminta Wara untuk mempromosikan maskara. Dalam kesibukan mamanya bercakap tanpa disedari Wara telah membuka penutup maskara dan memakainya. Habis comot!
Jom tengok video ini;
Apabila melihat wajah anaknya itu, MuaBellaz terperanjat dan segera mengambil tisu untuk membersihkan kesan maskara tersebut. Alahai, macam-macam ragam ya Wara! Makin lama, makin menurun minat mekap mama. Sikit je lagi pandailah pakai maskara tak comot dah kan?
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my