Keibubapaan

“Bijaknya Ney Ney, Sebutan Pun Sedap”, Baca Alif Ba Ta & Bercerita Dengan Lancar, Warganet Puji Anak Nora Danish!

Share

Perkongsian cerita Nora Danish mengenai anaknya, Mohamed Neqayl di instagram miliknya sering mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya.

Mana tidaknya, baru berusia 3 tahun, namun anak kecil ini sudah menampakkan kepintarannya. Selain boleh mengira dengan baik, malah Neqayl atau lebih mesra di panggil Ney Ney cukup petah berbicara.

Terbaru menerusi instagram miliknya, Nora berkongsi beberapa buah video terbaru Ney Ney. Rupanya bukan hanya boleh mengira, bahkan Ney Ney juga boleh menghafal alif ba ta serta beberapa doa dengan begitu baik sekali.

Perkongsian Nora yang berkongsi video menunjukkan Ney Ney membaca beberapa doa mendapat pujian daripada para pengikutnya. Walaupun baru berusia 3 tahun, namun bacaan Ney Ney cukup lancar malah sebutannya tidak pelat.

“PKP with this one” tulis Nora di kapsyen video Ney Ney membacakan Alif Ba Ta.

Cukup lancar malah pengikut Nora tertarik dengan gaya Ney Ney yang membaca dan menghafal menggunakan isyarat jari tanda kefahamannya pada apa yang dibacanya. Cukup bijak.

 

Bercerita Dengan Lancar

Bukan itu saja, bahkan Nora turut berkongsi sebuah lagi video Ney Ney membacakan buku cerita kepada ibunya. Walaupun masih tidak lancar membaca namun Ney Ney dapat menyampaikan penceritaannya dengan begitu baik hingga habis buku yang dibacanya.

Kata Nora, Ney Ney menghafal dan mengingati setiap cerita yang dibacakan kepadanya. Amat bijak!

“The Very Hungry Caterpillar by Ney2.

“Thank u Oma for this book. Ney2 belum pandai membaca dengan lancar but he can memorised a book by reading it to him,” tulis Nora lagi menerusi entri berlainan.

 

Kepintaran Ney Ney sememangnya tidak disangkal lagi. Malah warganet menyifatkan Nora dan suami pandai mendidik anak-anak mereka.

Ney Ney Bijak Mengira
Nora sebelum ini pernah berkongsi sebuah video anaknya yang pandai mengira dalam gandaan. Bukan gandaan 2 atau 4, bahkan Ney Ney bijak mengira gandaan 8 dan 9 yang sememangnya sukar dikuasai oleh sesengah kanak-kanak apatah lagi pada usianya 2 tahun.  Satu hal yang cukup membanggakan.

Warganet menyifatkan Ney Ney sebagai kanak-kanak yang cukup pintar dan genius serta dididik dengan baik oleh ibu dan ayahnya.

Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nedim pada tahun 2017 dan kini mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim.

Artikel berkaitan: Pintarnya Neyney, Baru 18 Bulan Ramai Kagum Anak Nora Danish Kenal Huruf & Nombor!

“Anugerah Allah, Bijaknya Ney Ney, Usia Belum 3 Tahun Tapi Dah Pandai Mengira!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @noradanish

Published by
SRM