Biji kembang semangkuk ini banyak digunakan dalam perubatan tradisional Cina sebagai penyejuk dan turut digunakan untuk merawat masalah berkaitan gastrousus serta memberi kelegaan kepada ketidakselesaan tekak.
Keajaiban tumbuhan ini adalah apabila direndamkan di dalam air, ia akan mengembang hingga 8x ganda dan membentuk jisim agar-agar berbentuk tidak sekata yang berwarna coklat kemerahan.
Menurut perubatan tradisional Cina, penggunaan Malva nut adalah untuk:
Mengeluarkan haba daripada paru-paru
Mengubati sakit tekak
Menangani ketoksikan
Menenangkan usus
Jadi bagi mereka yang mengalami gejala seperti suara serak, batuk kering, sakit dan tekak kering kerana haba panas dalam paru-paru, sembelit, sakit kepala dan mata merah, disarankan mengambil kembang semangkuk.
Al Fateh batuk.
Tokmi (mak mentua saya) pernah berpesan, minum air rendaman kembang semangkuk ni bagus untuk minum waktu batuk atau gatal tekak.
IKLAN
Kaedah ini merupakan kaedah perubatan tradisional Cina.
Memang kami selalu pastikan stok biji kembang semangkuk ini sentiasa ada di rumah supaya air rendamannya boleh diminum bila-bila masa.
Kebiasaannya, saya akan rendamkan biji kembang semangkuk dengan air panas dalam cawan dan campurkan dengan air masak biasa ke dalam botol.
IKLAN
Bila direndam, saiznya akan mengembang sehingga 8 kali ganda dan ianya akan mengembang menjadi seperti jelly.
Anak-anak saya sebut air jelly. Hehe.
Rasa dan baunya okay saja, lebih kurang rasa dan bau air masak. Insya-Allah mudah nak suruh budak-budak ni minum.
Nisbah air rendaman adalah: 1 biji kembang semangkuk : 1 air botol besar
Lebih menarik lagi, antara manfaat lain yang ada pada air rendaman kembang semangkuk ini adalah ianya juga bagus untuk masalah sembelit.
IKLAN
Kan bagus kalau saya tahu kebaikan yang satu ini waktu Al Fateh sembelit masa umur setahun lebih dulu.
Biasalah, bila tengok anak menangis ni mak dia pun ikut menangis sama. Haha.
Biji kembang semangkuk ini saya beli di Giant semalam, boleh cuba sebagai remedi untuk rawat anak-anak yang batuk nanti.
Apabila bayi jatuh katil, pasti anda jadi kelam-kabut, adakalanya sampai tidak tahu nak buat apa, bukan? Ini 5 langkah penjagaan yang perlu anda lakukan.
Alamak! Bayi jatuh katil
Pastinya hati seorang ibu (dan bapa) akan berasa kasihan apabila bayi terjatuh dari katil, kerusi mahupun sebarang tempat tinggi. Di Malaysia, boleh dikatakan kebanyakan bayi tidur bersama ibu bapanya. Keadaan ini berbeza dengan negara luar yang kerap mempraktikkan tidur berasingan sejak dari bayi.
Jadi, isu bayi jatuh katil, khususnya katil dewasa adalah perkara yang sering berlaku. Sama ada anda melihat dengan sendiri si manja terjatuh dan bergegas cuba menyelamatkan mereka, atau hanya sedar selepas dengar bunyi terjatuh, ia sudah tentu membuatkan anda rasa bersalah.
Dalam keadaan panik, persoalan paling utama akan menerjah fikiran anda, “Apa yang perlu anda lakukan?”
Bayi jatuh katil, ini 5 langkah penjagaan ibu perlu buat
Terjatuh dari katil dewasa bukan sahaja boleh menjejaskan keadaan si manja akibat hentakan ke lantai, namun wujud risiko bahaya lain. Bayi anda mungkin terjatuh ke atas barang-barang seperti timbunan pakaian atau beg plastik.
Sekiranya si manja terjatuh dari katil, lakukan langkah penjagaan ini dengan segera:
#1. Angkat dengan segera
Jatuh sudah tentu akan memberi impak sakit kepada individu yang mengalaminya, tanpa mengira usia. Apabila si manja jatuh, mereka pastinya akan terkejut dan menangis. Tambah mengejutkan bayi jika anda turut menjerit saat melihat mereka terjatuh.
Jadi perkara paling penting untuk anda lakukan adalah segera angkat dan mendukung mereka. Berikan kucupan dan usaplah badan si manja untuk membantu menenangkan diri mereka.
#2. Periksa badan
Apabila keadaan bayi jatuh katil sudah tenang, anda disarankan untuk memeriksa bahagian kepala dan badan si manja. Ini bagi melihat jika terdapat sebarang kecederaan, benjolan, pendarahan, luka atau calar.
Jangan pula anda terus memeriksa badan si manja saat mereka masih lagi menangis, atau ia hanya menjadi kerja yang sia-sia kerana anda akan berdepan kesukaran untuk melakukannya.
Sekiranya terdapat benjolan, anda boleh cuba untuk merawatnya dengan merendamkan sehelai kain bersih dengan air suam dan dituamkan di bahagian tersebut. Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang minyak atau krim, kerana wujud risiko untuk si manja mengalami kerengsaan kulit.
Jika terdapat luka berdarah, lap dan tekankan bahagian tersebut dengan kain bersih selama 10 minit. Sekiranya pendarahan berterusan dan tidak berhenti, sila bawa bayi anda untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.
#3. Berikan susu
Seandainya anda berjaya melakukan langkah penjagaan #1 dan #2 dengan baik tanpa sebarang masalah, anda boleh menyusukan si manja, sama ada susu badan mahupun susu formula.
Dalam keadaan yang kenyang selepas menyusu, ia akan memudahkan proses untuk bayi tidur kembali.
#4. Kenal pasti tanda bahaya
Walaupun bayi anda mungkin sudah berhenti merengek dan menangis serta berjaya ditidurkan kembali, namun anda masih perlu berwaspada. Kenal pasti tanda-tanda tidak normal yang mungkin dialami bayi selepas terjatuh dari katil seperti:
Sukar dibangunkan selepas tidur
Terdapat darah atau cecair kuning keluar dari hidung atau telinga
Muntah-muntah
Menangis dengan kerap dan nyaring
Kekejangan pada wajah
Terdapat anggota badan yang tidak boleh digerakkan mereka
Pengsan
Bertenang dan segera bawa si manja untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan doktor bagi mengenal pasti keadaan mereka.
#5. Hindari aktiviti lasak
Dalam keadaan yang tidak berbahaya, apabila bayi jatuh katil, mereka mungkin akan cenderung mengantuk dan kurang daya tumpuan.Terdapat kemungkinan juga wujud kesakitan pada bahagian kepala atau leher yang berterusan untuk tempoh masa beberapa hari.
Anda mungkin tidak perlu bimbang dengan keadaan itu jika si manja masih aktif seperti biasa. Tetapi pastikan mereka mendapat rehat yang mencukupi. Buat seketika, elakkan sebarang aktiviti yang dikategorikan sebagai lasak.
Jika mereka mengalami perubahan pada pola tidur, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rundingan daripada pakar kanak-kanak.
Tingkatkan langkah pencegahan
Bayi jatuh katil bukanlah 1 perkara yang menggembirakan. Tetapi apabila ia berlaku, pastinya secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran anda untuk mencegah perkara ini daripada berulang, bukan?
Dalam apa jua keadaan, seorang bayi atau kanak-kanak yang masih kecil, tidak sepatutnya dibiarkan sendirian di atas katil dewasa tanpa pemantauan. Selain berdepan risiko terjatuh dari katil, mereka juga mungkin boleh terhantuk dinding berhampiran katil atau terperangkap bersama barangan lain.
Pemeriksaan doktor
Bertindak segera dan sentiasa memantau keadaan si manja – ini dapat mengurangkan kesan risiko akibat bayi jatuh katil. Anda mungkin perlu memerhatikan perkembangan bayi untuk tempoh beberapa bulan bagi memastikan kesan jangka panjang daripada kecederaan otak tidak berlaku.
Jika wujud kebimbangan dan keraguan mengenai keadaan si manja, rujuklah doktor bagi mendapatkan kepastian.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak alami rabun? Ibu bapa perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Perlu kurangkan gajet & banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Cermin mata pula perlu dipakai selalu.
Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah berkongsi mengenai kerabunan yang dialami oleh kanak-kanak. Peranan ibu bapa penting untuk memastikan ia dikendalikan dengan betul, elakkan sama sekali mitos yang karut.
Mesti dipakaikan cermin mata, nanti makin rabun.
Bawa anak ke doktor mata & optometris yang bertauliah. Cermin mata perlu dipakai selalu, bukan semasa sekolah sahaja.
Gajet perlu dikurangkan, banyakkan aktiviti luar rumah.
Pemakanan seimbang, sayur & buah yang sarat antioksidan & vitamin.
Doktor terangkan beberapa perkara perlu dielakkan. Ibu bapa jangan mudah terpengaruh dengan rawatan yang kononnya boleh menyembuhkan rabun.
Tiada bukti saintifik, silap hari bulan anak boleh buta kerana kesan steroid yang mungkin terdapat didalamnya.
Baru-baru ini tular video yang dimuat naik di TikTok Takara mengenai pakaian yang bertemakan Busana Pahlawan dikenakan pada seorang bayi.
Video yang meraih hampir 1 juta jumlah tontonan ini telah mendapat pujian netizen yang teruja melihat seorang bayi dipakaikan keris dan tengkolok mini mengikut tema Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, sebuah filem baharu arahan Syamsul Yusof.
Menurut Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana, photoshoot sudah dilakukan pada bulan Mac yang lalu. Dia yang bertugas sebagai jurufoto bayi atau newborn photoshoot menjelaskan bahawa client memang mengimpikan konsep pahlawan melayu untuk photoshoot bayinya.
“Mengenai busana pahlawan itu, ia sudah digunakan pada Mac lalu semasa photoshoot di Kedah. Sekarang trending cerita Mat Kilau, kebetulan ada client saya yang berkenan prop tersebut. Lagu saya cari muzik awal serunai silat dan saya cantumkan dengan lagu Datuk M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi. Tak sangka boleh viral,”
“Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. Kebanyakannya saya akan tempah dari luar seperti set baju dan prop-prop kecil, ada juga dari Malaysia seperti busana pahlawan yang direka khas.
Menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai kerjaya, Takara Sakana berkongsi mengenai tugasnya sebagai seorang jurufoto bayi.
Takara mengambil beberapa langkah bagi memastikan kerjanya menjadi mudah dan proses mengambil gambar bayi berjalan lancar. Apatah lagi bapa kepada tiga cahaya mata ini melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan orang lain dalam menjayakan penghasilan gambar.
“Baby menangis itu biasa dalam erti kata lain kena sidai. Jadi saya akan pastikan sebelum photoshoot baby sihat dan tak meragam. Kalau semasa photoshoot baby menangis saya akan cuba pujuk sendiri dahulu, jika tidak boleh baru minta tolong ibu bayi.
“Lagipun hanya saya seorang sahaja yang pergi ke rumah client. Saya yang handle bayi dan saya jugalah photographer. Di negara kita pun jarang jumpa photographer lelaki ambil gambar bayi,” katanya.