Biji Selasih & Limau Kasturi, Jadikan Minuman Harian, Badan Segar, Wajah Awet Muda

Share

Biji selasih ‘rupanya’ seakan-akan biji chia (chia seed) apabila direndam di dalam air. Walaupun bersaiz kecil, sebenarnya terdapat banyak khasiat dalam biji selasih. Kebiasaannya biji selasih dicampur dalam minuman seperti air sirap, lemon, atau katira.

Menurut Dr. Samuel Oetoro, Sp. GK, seorang pakar pemakanan, biji selasih mengandungi pelbagai zat yang baik untuk kesihatan. Biji selasih sangat baik untuk diamalkan setiap hari.

Biji Selasih & Limau Kasturi, Jadikan Minuman Harian

Bukan sahaja bagus untuk kesihatan, biji selasih juga baik untuk penjagaan kulit terutama kulit wajah.  Selain itu juga fungsi limau kasturi atau lemon ini boleh membuatkan wajah kekal awet muda.

Khasiat antioksida yang terdapat dalam biji selasih juga berperanan dalam memelihara kecantikan kulit. Elok diamalkan bagi yang mengalami masalah jerawat pada wajah.

Kebaikan antioksida seperti polifenol, orientin dan vicentin membantu dalam mencegah pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel kulit. Mineral antioksida juga berperanan dalam mencegah penuaan pada kulit.

Badan Segar, Wajah Awet Muda

RESIPI MINUMAN BIJI SELASIH

Bahan-bahan:
1/2 batang kayu manis ceylon
1/2 sudu teh biji selasih
2 biji limau kasturi

Cara membuat:
1- Rebus kayu manis ceylon dengan satu gelas air hingga mendidih. Tutup api, tunggu suam.
2- Masukkan biji selasih, tunggu sekejap.
3- Bila nak minum, baru perahkan limau kasturi.

Untuk minuman ini, gunakan kayu manis ceylon, sebab nak minum selalu. Kulit kayu manis yang biasa itu, tak boleh minum banyak. Nanti boleh rosakkan organ hati.

Anda boleh juga gantikan limau kasturi dengan lemon. Kiranya boleh ikut selera tekak sendiri. Amalkan secara konsisten dan anda akan lihat hasilnya.

Sumber: No Or via RAPI

Kredit foto top image: Freepik

Published by
Has