Perasan tak bila ada adik baru, abang atau kakak mula menunjukan sikap yang boleh mencabar kesabaran ibu bapa. Sampaikan ibu sendiri rasa tak mampu nak urus anak yang dilihat sedikit nakal berbanding sebelumnya.

Persoalannya kenapa hal ini berlaku dalam sekelip mata? Ok jika ada ibu bapa yang mengalami situasi ini, jangan marahkan anak sepanjang masa tapi kena cari punca.

Berdasarkan perkongsian dari Puan Ezzaty Suffian, sikap si abang atau kakak berubah disebabkan mereka rasa tergugat dengan kehadiran adik baru.

Ibu ayah yang planning atau dah memang on the way nak dapat baby baru especially anak kedua memang kena betul-betul ready dari segi mental dan emosi.

Bila Ada Adik Baru Anak Mula Tunjuk Protes. Lakukan 4 Teknik Ini ‘Pancing’ Emosi Anak

Tak kisahlah anak kedua ni beza umur dengan yang sulung tu setahun, dua tahun, even 5 tahun. Kita akan tetap dapat kejutan yang tak disangka daripada anak sulung. So, get ready dari sekarang.

Secara logiknya, selama ni anak sulung rasa dialah satu-satunya kesayangan ibu ayah. Selama ni perhatian ibu ayah hanya pada dia. Makan bersuap, tidur berdodoi, sepanjang masa dapat belaian, pelukan, ciuman, gurauan.

Tiba-tiba ada satu hari tu, ibu dia bawa balik baby baru. Ibu dia peluk dan cium adik baru. Sepanjang masa ibu asyik dengan baby baru. Sepanjang masa juga ibu sibuk dengan tempoh berpantang.

Haa, waktu ni anak sulung akan mula keliru. Siapa yang ibu dukung dan dakap tu. Kenapa perhatian ibu dah mula bukan pada dia, tapi pada “pendatang baru” tu. Kenapa ibu macam ignore kewujudan dia kat dalam rumah tu.

Anak sulung sendiri tiba-tiba jadi “culture shock”. Semalam ibu baru layan dia macam raja. Hari ni ibu dia dah macam tak nampak dia kat depan mata.

Apa yang anak sulung rasa? Of course emosi dia terganggu. Rasa sedih, marah, tak puas hati. Akhirnya akan berlaku protes dengan tunjukkan sikap yang berbeza atau perangai yang tiba-tiba berubah.

IKLAN

1) Anak akan menangis, meragam, mengamuk tanpa sebab. Contoh : Tengah elok-elok makan, tiba-tiba dia tantrum.

Bila Ada Adik Baru Anak Mula Tunjuk Protes. Lakukan 4 Teknik Ini ‘Pancing’ Emosi Anak

2) Anak akan mula ignore suara kita dan buat sesuatu yang mencabar kesabaran kita. Contoh : sebelum ni main mainan dia cermat je. Tiba-tiba sekarang dia baling semua mainan dia. Lagi kita tegur, lagi galak dia buat.

3) Anak akan mula menjauhkan diri dari kita dan pencilkan/asingkan diri dia. Contoh : kita lepak kat ruang tamu, dia lari duduk dalam bilik senyap-senyap

*macam-macam lagi anak akan buat bergantung pada personaliti yang ada pada diri dia.

Apa persediaan ibu ayah untuk hadapi situasi ni ?

IKLAN

1) seboleh-bolehnya, si ayah cuba untuk ambil cuti paling kurang seminggu lepas baby baru dilahirkan. Jangan biarkan ibu sorang yang handle situasi ni. Lagi-lagi badan tengah lemah sebab baru lepas bersalin.

So, ayah kena banyak duduk dan setelkan anak sulung. Dari segi keperluan dia, emosi dia. Biar perhatian ayah 100% diberikan pada anak sulung.

2) Banyakkan atau kerap peluk, belai dan cium anak sulung. Ini cara yang efektif untuk legakan emosi anak.

Dengan pelukan mampu tenteramkan perasaan dia, boleh terus create bonding atau attachment kita dengan dia sama macam sebelum dia dapat adik baru.

Pelukan yang erat pada anak memang satu signal kata kita tetap sayangkan dia walau dia dah dapat adik baru.

3) Elakkan dari marah dan marah anak. Setiap perbuatan nakal atau tantrum dia sebenarnya hanya untuk tarik perhatian kita pada dia.

IKLAN

Dia tahu hanya dengan cara macam tu, baru kita bagi perhatian pada dia. Dia tak kisah kalau kena marah sekalipun. Janji kita tengok dia.

Sebab tu lagi kita tegur atau marah, lagi galak dia buat perangai. So, kita kena cuba jadi cool. Kalau boleh ignore atau buat tak nampak dengan kenakalan dia, kita buat je tak nampak.

Kalau tak terkawal juga, guna cara yang zaty share pagi semalam. Doa je kuat-kuat kat depan dia. InshaaAllah menjadi.

Bila Ada Adik Baru Anak Mula Tunjuk Protes. Lakukan 4 Teknik Ini ‘Pancing’ Emosi Anak

4) selalu kenalkan anak sulung dengan adik baru dia. Selalu cakap yang adik baru dia akan jadi kawan dia bila dah besar nanti.

Selalu beritahu anak sulung yang kita sayang kedua-dua/semua anak-anak kita. Cerita kat anak sulung yang kita terpaksa layan adik baru sebab baby masih kecil dan perlukan kita untuk menyusu, tukar diapers dan sebagainya.

Dapat baby baru memang seronok. Tapi dalam pada seronok tu, kita perlu jaga perasaan dan emosi diri-sendiri, anak sulung dan baby baru. Untuk penjagaan emosi ni, ibu berpantang memang takkan boleh handle sorang-sorang.

Pastikan kita dapatkan bantuan daripada orang yang boleh faham situasi kita dan situasi anak sulung. Minta bantuan suami, mak atau mak mertua untuk sama-sama handle situasi macam ni.

Sumber: Ezzaty Suffian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI