Benarlah kata orang, menjaga anak perempuan ini tidak mudah. Banyak yang perlu dipertanggungjawabkan kita sebagai mak ayah dalam membesarkan mereka.

Penuh cabaran namun penuh kemanisannya. Perkongsian @muallimahzaharah ini sememangnya tepat. Banyak yang perlu kita ingatkan anak perempuan kita. Jangan terlepas pandang.


Bila ada anak perempuan.
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan. Jujur masa dia kecil kecik dulu tak rasa sangat cabarannya. Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya.

Mak sentiasa pesan, ada anak perempuan jangan ambil mudah. Jangan buat tak endah. Tanggungjawab nya berat, tugasnya amat besar.

Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki. Bila ada anak perempuan, anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi.

“Bila Ada Anak Perempuan…” Memang Tak Mudah, Ingatkan Mak Ayah Jaga Perkara-Perkara Ni!

Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini, tidak ketat menonjol. Ajarkan mereka erti malu. Ajar pakai yang sopan sopan

Besederhana menikmati zaman kanak kanak. Bila ada anak perempuan tak boleh dibiar tidur sana sini.

IKLAN

Harus diajar tidur setempat di dalam bilik. Bahayanya ada dimana mana. Jangan percaya kepada sesiapa.

Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka sentuhan selamat. Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat. Jangan biarkan anak berseorangan, sentiasa temani mereka.

Biar kita susah hari ini dari menangis dikemudian hari.

Bila ada anak perempuan, ajarkan mereka tentang harga diri. Ajar mereka untuk sayang diri sendiri kerena diri mereka sangat berharga.

Bila ada anak perempuan, terangkan kepada mereka tentang haid dan kehamilan bila mereka sudah baligh. Usah malu untuk memberi ilmu. Bimbang mereka cari di tempat salah.

IKLAN

“Bila Ada Anak Perempuan…” Memang Tak Mudah, Ingatkan Mak Ayah Jaga Perkara-Perkara Ni!

Bila ada anak perempuan, pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah
Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu
Bila tiba saat kau lepaskan mereka-hidup berjauhan

“Bila Ada Anak Perempuan…” Memang Tak Mudah, Ingatkan Mak Ayah Jaga Perkara-Perkara Ni!

Sentiasa ingatkan mereka, jagalah diri baik baik, jagalah maruah diri. Jagalah maruah keluarga

Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid
Bila ada anak perempuan
Berdoalah,

IKLAN

Mohon dijaga kehormatan diri mereka. Mohon dijaga keselamatan mereka. Moga moga Allah jaga dan lindung.

Perkongsian utk kita bersama ibu ayah.

Menarik: Wow Luar Kotak, Terbaik Parents, Idea Bapa Ni Pilih Sut Angkawan Terapung Memang Kreatif!

“Bila Ada Anak Perempuan…” Memang Tak Mudah, Ingatkan Mak Ayah Jaga Perkara-Perkara Ni!

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!.

Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Credit @muallimahzaharah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI