Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan meluahkan rasa risau melihat satu-satunya puteri tercinta yang semakin membesar.
Lumrah, rasa risau dan bimbang dengan keselamatan anak lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak perempuan.
Risaunya berbeza berbanding risaukan anak lelaki, benarlah seperti luahan pelakon yang juga usahawan berjaya ini. Hanya mampu berdoa supaya anak-anak perempuan sentiasa dalam lindungan-Nya
“Bila seorang ayah tengok anak perempuan, macam-macam dalam fikiran. Risaunya berbeza.”
Ads
“Allah. Kita tak mampu pun nak jaga anak kita, nak tentukan ke mana arahnya dan sebagainya.”
Namun, bagi Saharul yang paling penting adalah kenalkan anak-anak pada tuhan dan agama supaya mereka sentiasa membesar dalam agama dan menjauhi larangan-Nya.
Ads
“Tapi usahakan lah untuk kenalkan mereka kepada Pemilik segala hati, Allah SWT dan kekasih kepada semua hati yang mencintainya, Rasulullah saw.”
“Semoga Allah pandang usaha kita, dan asbab itu, Allah bentukkan akhlak dan perlindungan terbaik dunia akhirat untuk kita semua. Amin Ya Allah”
Untuk rekod, Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra.
Kerusi keselamatan kanak atau baby car seat telah direka khas untuk tujuan keselamatan bayi dan kanak-kanak. Ia direka melalui kajian untuk memenuhi ciri-ciri keselamatan bagi melindungi bayi dan kanak-kanak daripada kemalangan dan dapat mengurangkan risiko kecederaan.
Kerusi keselamatan kanak-kanak juga direka mengikut tahap umur kanak-kanak, berat dan juga tinggi. Ini bagi memastikan kerusi keselamatan berfungsi sebagai pelindung yang baik jika berlaku kemalangan. Namun, ada ibu bapa yang menambah kain pelapik di bahagian bawah untuk keselesaan bayi mereka.
Menurut Pengurus Urusan Babymama Trading Sdn. Bhd, Encik Sheikh Ahmad Haiqal “Kerusi keselamatan kanak-kanak telah direka mengikut kajian yang terperinci untuk memenuhi keselesaan dan keselamatan kanak-kanak, jadi kita tidak menasihatkan ibu bapa untuk menambah atau meletakkan pelapik seperti kain atau bantal kerana ia boleh menggangu fungsi kerusi tersebut.”
Tambahnya lagi “Jika berlaku kemalangan, sepatutnya bayi berada dalam keadaan yang selamat tapi jika diletakkan pelapik dibahagian leher, apabila hentakkan kuat berlaku, leher bayi akan terhentak ke hadapan akibat ada pelapik di belakang dan akan memberikan kesan kepada tulang. Kita tidak melarang tetapi kita hanya menasihati ibu bapa supaya peka dengan sebarang kemungkinan.”
Beliau juga berkongsi beberapa perkara berkaitan kerusi keselamatan kanak-kanak yang mungkin ibu bapa belum tahu.
Lima perkara tentang kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu;
Kedudukan yang betul bagi kerusi keselamatan kanak-kanak
Jangan letakkan kerusi keselamatan di kerusi hadapan penumpang kerana sekiranya berlaku kemalangan, air bag yang keluar tersebut boleh mendatangkan kecederaan parah kepada kanak-kanak/bayi.
2. Kedudukan yang terbaik sama ada menghadap ke depan atau belakang?
Kedudukan yang terbaik adalah, kerusi tersebut menghadap kebelakang seberapa lama yang boleh. Buatlah sehingga 2 tahun hingga 3 tahun ataupun 4 tahun kerana jika berlaku kemalangan, struktur kerusi keselamatan itu sendiri akan melindungi kepala, leher dan tulang belakang si kecil anda.
3. Cara mengikat kerusi keselamatan kanak-kanak
Ramai yang beranggapan bahawa kerusi keselamatan ini hanya sekadar letak di atas kerusi penumpang belakang sahaja. Kerusi keselamatan ada cara ikatan yang berbeza-beza. Jadi pastikan semasa membeli kerusi keselamatan, disediakan bersama buku panduan manual. Jika ikatan tidak mengikut cara seperti di dalam buku manual tersebut, kerusi keselamatan tidak akan berfungsi untuk melindungi jika berlaku kemalangan.
4. Mitos tentang harga kerusi keselamatan
Ramai yang beranggapan kerusi keselamatan ini mahal ataupun diluar kemampuan. Sebenarnya kerusi keselamatan ini adalah peranti keselamatan untuk anak anda. Di Malaysia masih ada kerusi keselamatan yang harganya mampu untuk dimiliki.
5. Kerusi keselamatan kanak-kanak banyak kategori
Kerusi keselamatan kanak-kanak mempunyai banyak kategori. Untuk kanak-kanak ada 3 jenis kategori iaitu;
i. Jenis pandang belakang sahaja untuk bayi yang berumur 1 tahun kebawah
ii. Jenis pandang depan sahaja
iii. Booster seat untuk kanak-kanak 4 tahun keatas
Ramai ibu bapa yang kurang pasti kerusi keselamatan yang mana yang sesuai untuk anaknya. Jadi anda perlu kenalpasti dari segi berat badan, size anak dan sebagainya.
Pihak kementerian Pengangkutan Malaysia juga telah mengumukan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak wajib dipasang bagi setiap kenderaan bemula tahun 2020 ketika pelancaran Program Malaysia Save Our Future yang digerakkan oleh Tateh dan mendapat sokongan daripada Child Passenger Safety Malaysia (CPSM) dan Majalah Pa&Ma.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mungkin ramai tidak perasan betapa renggangnya hubungan terutama kepada pasangan atau ahli keluarga disebabkan hanya sebuah telefon di tangan masing-masing.
Ketagihan terhadap telefon bimbit telah menjadi satu isu yang sering diungkit jika berlaku sesuatu perkara melibatkan hubungan kekeluargaan membabitkan pasangan suami isteri.
Semakin canggih teknologi jika tidak dikawal penggunaannya ia mampu menjarakkan diri setiap individu walaupun berada di bawah bumbung yang sama.
Contoh paling mudah yang dapat dilihat, tengok saja ketika situasi menunggu pesanan di restoran, walaupun pasangan suami isteri dan di depannya ada anak-anak, pasti akan ada salah seorang yang memegang telefon.
Itu belum lagi ketika di rumah bila anak-anak ajak nak main, minta dilayan, telefon tetap ada di tangan. Jika banyak kali anak ganggu, kita pula yang memarahi mereka.
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini benar-benar berlaku sekarang dan sama-samalah kita perbetulkan.
Hakikatnya Inilah Rumah Tangga Zaman Sekarang
Kita lebih banyak tengok handphone daripada tengok pasangan sendiri…
Kita lebih banyak berbual dalam handphone daripada berbual dengan pasangan sendiri…
Kita lebih suka bergelak ketawa dengan handphone daripada bergelak ketawa dengan pasangan sendiri…
Kita lebih banyak bercerita dalam handphone daripada bercerita dengan pasangan sendiri…
Kita lebih banyak pegang handphone daripada pegang pasangan sendiri…
Kita lebih banyak meluangkan masa untuk handphone daripada meluangkan masa dengan pasangan sendiri…
Mesti sukar dipercayai bahawa ini yang banyak terjadi dalam setiap isi rumah dan pasangan zaman kini kan…
Namun, inilah hakikatnya. Ingat jangan sampai pasangan kita dan anak-anak makan hati. Belum terlambat lagi nak ubah rutin ini kerana semuanya terletak dalam diri kita.
Bukan kata tak boleh langsung pegang handphone tapi biarlah ada hadnya. Jika dengan pasangan dan anak-anak, letak dulu sekejap. Selesai semuanya tengoklah semula. Itu kan lebih baik.
Selalu terfikir nak bawa anak solat di masjid. Kalau dia tak pandai solat pun, sekurang-kurangnya dapat pendedahan dan mengenali tempat suci ini. Tapi itulah, bila nak bawa tu satu kegusarannya ialah bila terkenangkan anak yang tengah lasak, pasti akan berlari-lari keliling masjid.
Itulah yang diusahakan oleh pengacara dan pelakon cantik, Yana Samsudin dan menurutnya apabila membawa anak ke masjid menjadi satu rutin, ia akan menjadikan anak lebih berdisiplin dan biasa dengan suasana beribadah.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Yana turut menceritakan pengalamannya ke masjid sedari usia lima tahun. Katanya pergi ke surau sahaja, nak ke masjid agak jauh harus menyeberangi jalan. Waktu itu, ayahnya tak dapat bawa semua anak kerana hanya ada sebuah motor vespa.
Tulisnya lagi zaman sekarang sangat mudah kerana kebanyakan masjid sudah ada ruangan khas untuk kanak-kanak, mempunyai permaidani dan berpenghawa dingin.
Bagus usaha Yana dan suami untuk membawa Mateen ke masjid. Sebenarnya bagus juga kalau diajar anak ke masjid dari usia yang masih muda, supaya mereka biasa dan tidak berasa janggal kalau diajak ke surau atau masjid apabila sudah besar nanti.
Kerjasama strategik antara RichWorks dan Astro bukan sekadar kolaborasi biasa lantaran bakal membuka lebih banyak peluang, akses kepada ilmu, inspirasi, dan bimbingan yang selama ini mungkin sukar dicapai.