Kasihnya ibu membawa ke syurga. Tiada yang lebih menyentuh hati daripada melihat penderitaan si ibu selepas melahirkan zuriat ke dunia.
Nyawa jadi taruhan apabila seorang ibu lumpuh selepas selamat melahirkan anak perempuannya empat bulan lalu. Tidak sempat untuk mendakap dan mencium bayi yang dikandung, si ibu kini hanya terlantar.
Akibat komplikasi ketika bersalin, Norazlina Hasan, 42, di kaku terbaring di atas katil dan bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan yang berupa susu khas yang dimasukkan melalui tiub untuk meneruskan hidup.
SI KECIL BELUM RASA SUSU IBU
Si kecil anak ketujuh, Nor Amalina Eliya Ibrahim yang kini berusia empat bulan merupakan anak ke tujuh Norazlina belum lagi merasa susu ibunya sendiri.
Apa yang paling meruntun hati dan menyentuh perasaan, air mata ibu ini menitis apabila Amalina diletakkan dalam pangkuannya. Meskipun badannya dalam keadaan kaku tak bergerak dan tanpa suara, Norazlina seolah-olah amat rindu untuk memeluk dan membelai anak yang dilahirkan dari rahimnya sendiri
Situasi ini boleh menghiris hati sesiapa sahaja yang dilihat. Apatah lagi apabila Amalina kini hanya mampu menumpang kasih sayang dari kakak. Sentuhan seorang kakak menggantikan kehangatan kasih ibu.
Ads
KAKAK SANGGUP BERHENTI KERJA AMBIL TUGAS IBU
Kakak sulungnya, Nur Fatin Shahira, 22 yang sanggup melepaskan jawatan sebagai kerani di Petaling Jaya, Selangor semata-mata untuk menjaga dan mencurah khidmat buat ibu dan adik yang baru dilahirkan .
Kini tanggungjawab menjaga adik digalas Nur Fatin. Katanya dari hari pertama hingga ke saat ini adiknya dilahirkan, tidak pernah walau setitik susu ibu dirasai adik.”Adik dibesarkan dengan susu formula kerana ibu tidak sedarkan diri ketika melahirkan adik,” kata kakak penyayang ini.
JANTUNG BERHENTI, PARUT BEDAH BERDARAH KEMBALI
Selain itu, gadis ini turut menceritakan detik-detik kelahiran Amanlina di mana nyawa ibunya berada di hujung tanduk. Jantung berhenti berdegup dan parut bersalin berdarah semula.
“Jantung ibu terhenti seketika ketika dibius semasa pembedahan melahirkan adik. Parut lama pembedahan melahirkan anak tujuh tahun lalu di perut ibu juga berdarah kembali ketika saat getir itu.
Ads
“Kami bersyukur adik dan ibu dapat diselamatkan tetapi berat sungguh ujian Allah, ibu kami jadi lumpuh seluruh tubuh akibat komplikasi ketika bersalin itu,” katanya.
AWAL KEHAMILAN ALAMI STROK & KENCING MANIS
Nur Fatin berkata, ibunya pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu. Namun ia tidak mengganggu proses kehamilan Norazlina.
“Ketika itu ibu tak tahu dia mengandung, disebabkan ada darah beku di kepala, ibu menjalani imbasan dan masa rawatan strok itulah doktor dapat kesan ibu mengandung.
Ads
“Serangan strok itu tidak menjejaskan kandungan dan ibu boleh mengandung sehingga cukup bulan.
“Tetapi ibu sakit nak bersalin awal seminggu dari jangkaan. Selepas dibawa ke hospital berlakunya komplikasi dan dibedah dua hari kemudiannya,” katanya.
Nur Fatin mengambil alih menguruskan ibu dan adik bongsunya itu kerana ayahnya, Ibrahim Ab Tashid, perlu keluar bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk kos perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas isterinya serta sewa rumah.
Bagi anda yang ingin memberikan sumbangan buat keluarga ini boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank Nur Fatin Shahira 164165039410
Selamat melahirkan bayinya pada 19 Mei lalu, Instagram pelakon dan pengacara Ain Edruce sudah semestinya diintai oleh seluruh peminatnya. Mana tidaknya, masing-masing tidak sabar menantikan wajah comel puteri sulung artis yang sentiasa ceria ini.
Melalui Instastorynya, Ain turut berkongsi beberapa video tidak kurang juga berkongsi gambar bayinya tanpa menunjukkan muka. Dengan persalinan serba merah jambu, nampak begitu comel.
Malah kata Ain juga, kini baru dia tahu pengalaman menjadi ibu. Tidak sampai seminggu menjadi ibu, kata Ain dia sudah tahu apa itu ertinya tidak cukup tidur malah tidak dapat membezakan malam dan siang. Begitu selorohnya menerusi Instastorynya.
Terbaru menerusi satu hantaran di Instagramnya, sebagai tanda penghargaan kepada pihak hospital terutama jururawat yang menjaganya dengan baik sepanjang berada di hospital berkenaan, Ain membingkaskan ucapan terima kasihnya melalui sebuah video ‘room tour’.
“Cara nak happy kan nurse-nurse dekat @sunwaymedical. Kesian dorang penat jaga Ain dari pagi sampai malam. So, kita shoot ala-ala room tour konon depan dorang.
“Seronok ehh siap gelak-gelak semua.
“Pregnancy experience Ain dekat @sunwaymedical best sangat-sangat. Next anak nak sini lagi (ni pujian ikhlas dari hati) takut orang kata aku promoter pulak kang,” katanya berseloroh.
Namun bukan berkisahkan keadaan bilik atau keselesaan bilik yang menjadi tarikan wargamaya bahkan keceriaan Ain ketika merakam setiap sudut di biliknya itu menjadi perhatian.
Mana tidaknya, aksi dan gelagat Ain yang aktif tidak menggambarkan keadaan yang baru lepas melalui proses melahirkan anak. Aktif dan cukup ceria. Namun itulah yang perlu kita lakukan. Semuanya demi menjaga emosi kita selepas bersalin.
Kata wargamaya, Ain dilihat tidak seperti wanita selepas bersalin. Aktif dan cergas begitu juga dengan mood yang happyy go lucky biarpun baru melalui detik sukar dalam hidupnya.
“Semoga aku lepas mengandung, nak bersalin and lepas bersalin happy go lucky macam Ain”.
“Confused betul dah bersalin ke belum ni”.
“Bertenaganya makan apa la agaknya ni”.
“Relaks bethol lepas bersalin”.
“Serius tak nampak macam lepas bersalin”.
“Tah Ain ni bersalin ke tak. Macam takde apa berlaku pun”.
Kesakitan yang dialami bukan bermaksud kita tidak mampu untuk ceria, lebih-lebih lagi untuk menggembirakan orang lain di sekeliling.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @ainedruce
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menantikan kehadiran si kecil dalam hidup anda sesuatu yang sangat mengujakan. Tentu sekali pelbagai persiapan yang ingin dilakukan agar kelahiran si manja disambut dengan lengkap.
Namun ada beberapa perkara yang anda mungkin terlepas pandang dalam membuat persiapan untuk si kecil. Utamakan kelengkapan yang lebih penting untuk menyambut kehadiran si manja agar dapat memudahkan urusan harian anda menguruskan si comel ini. Sebelum due anda hampir, sediakan barangan ini supaya mama tidak kelam kabut.
Kelengkapan tempat tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah besar sedikit. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
Tilam
Bantal kepala
Bantal peluk
Cadar
Selimut
Pakaian bayi yang selesa
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja.
Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek. Selain itu pastikan material baju yang dibeli itu selesa dan tidak panas kerana kulit si manja sangat sensitif.
Pakaian asas ialah:
Baju lengan pendek
Baju lengan panjang
Seluar pendek
Seluar panjang
Barut
Sarung kaki
Sarung tangan
Kain bedung
Topi
Lampin
Produk mandian
Produk mandian sangat penting dan wajib. Ini untuk memastikan si comel sentiasa bersih dan selesa. Bayi memerlukan produk mandian yang sesuai dan serasi dengan kulitnya jadi pilihlah produk yang bebas paraben.
Mungkin anda tercari-cari produk apa yang sesuai untuk kulit si manja. Dari pakar penjagaan kulit yang lembut, Cetaphil mengeluarkan produk yang dirumus khas untuk melindungi dan menyuburkan kulit halus si kecil anda. Produk bayi Cetaphil adalah bebas paraben, bebas minyak mineral, hypoallergenic, dan diuji secara dermatologi.
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash
Cetaphil Moisturising Bath & Wash ini adalah campuran 1/3 pelembap dengan lidah buaya dan rumusan hypoallergenic yang disyorkan oleh pakar pediatrik. Baby Moisturizing Bath & Wash ini menjadi pilihan utama oleh para ibu untuk menjaga kulit bayi mereka dengan lembut dan sihat.
10 daripada 10 ibu bersetuju bahawa Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash membasuh secara lembut dan melembapkan kulit halus bayi mereka tanpa menyebabkan kekeringan.
Antara kelebihan lain yang terdapat dalam Cetaphil Moisturising Bath & Wash;
• Disyorkan oleh pakar pediatrik
• Bebas paraben
• Bebas sabun
• Tidak memedihkan mata bayi
• Mengandungi 1/3 pelembap dengan aloe vera yang menenangkan dan minyak badam
• Hypoallergenic
• pH seimbang
• Menjadikan kulit lembut dan bersih
Produk bayi Cetaphil dirumuskan khas untuk menjaga kulit si manja anda dan disyorkan oleh pakar pediatrik. Jadi anda tidak perlu rungsing lagi memikirkan produk apa yang sesuai untuk si manja. Setiap detik-detik istimewa dalam hari anda dapat mengeratkan ikatan dengan si kecil.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kebenaran teman isteri bersalin di mana-mana wad bersalin hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.
Bagaimanapun, KKM menerusi perkongsian dalam laman Facebook rasminya memaklumkan kebenaran bagi suami atau waris terdekat menemani isteri semasa proses kelahiran anak itu tertakluk kepada syarat-syarat tertentu dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Menurut KKM, polisi serta garis panduan itu bersifat dinamik bergantung kepada situasi Covid-19 semasa pelaksanaannya di hospital tertakluk kepada situasi serta kapasiti atau kekangan tertentu bagi memastikan aspek penjagaan rawatan pesakit, keselamatan pesakit serta petugas kesihatan diutamakan.
“KKM sangat prihatin dan teliti dalam pelaksanaan polisi ini bagi memastikan wanita hamil serta bayi baru lahir terjaga kerana mereka merupakan golongan yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Covid-19,” menurut perkongsian itu.
Orang ramai dinasihati agar menyemak dengan hospital terdekat mengenai polisi kebenaran menemani isteri di wad bersalin.
Kriteria menemani ibu bersalin
Suami atau ahli keluarga telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 iaitu 14 hari selepas menerima dos kedua vaksin Pfizer, Sinovac serta Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin CanSino dan Johnson & Johnson.
Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 72 jam dan membawa keputusan ujian ke hospital atau membeli kit ujian kendiri dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan di tempat saringan yang disediakan.
Bagaimanapun semuanya tertakluk kepada kemampuan sumber manusia dan ruang wad bersalin bagi melindungi privasi pesakit, demikian menurut KKM dalam perkongsian tersebut.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA tahun ini secara virtual. Anda bukan sahaja dapat belajar pelbagai ilmu keibubapaan daripada panel-panel seperti Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie tetapi juga berpeluang menang hadiah cabutan bertuah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di KELAS PENYEDIAAN MAKANAN ANAK SEDAP SIHAT SELAMAT
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.