Bila Anak Bertambah, Kasih Sayang Kena 100 Peratus Untuk Semua Anak. Bukan Bahagi Dua

Share

Berapa jam sehari diperlukan untuk bonding time Ibu-anak dan Ayah-anak? Ramai ibu bapa mengeluh disebabkan sibuk bekerja, anak sekolah pagi petang, kita beri alasan masa untuk bersama anak sering tak cukup.

Perkongsian dari Puan Fadzielah Ayub yang juga seorang ibu dan banyak berkongsi tip keibubapaan ini boleh dijadikan panduan.

“Hujung minggu je la dapat spend masa dengan anak-anak..”

Bukan kuantiti yang penting tetapi kualiti.

Walaupun anak ramai, pastikan ibu & ayah spend masa berdua dengan setiap anak.

Tak perlu masa yang lama tetapi cukuplah sekurang-kurangnya 5 minit hanya berdua dgn anak pertama, 5 minit hanya berdua dgn anak kedua, ketiga dan seterusnya.

Gunakan masa dengan berkualiti bertanyakan bagaimana hari anak lalui hari ni, apa yang dia rasa, apa yang anak makan, main apa hari ni, cikgu ajar apa, ada masalah tak dengan kawan-kawan dan sebagainya.

Banyakkan mendengar cerita anak. Ini secara tidak langsung dapat build trust dan encourage anak bersifat terbuka dengan kita instead of pendam perasaan yang boleh menyebabkan kecelaruan atau gangguan perkembangan emosi anak.

Dengan cara begini, kita dapat berlaku ‘adil’ dan dapat mengisi tangki emosi anak secara ‘adil’ dan balance. Takde lebih pada anak kecil atau kurang pada anak yang dah besar.

Anak-anak akan rasa dihargai dan eksklusif.

Jangan pelik bila anak pertama asyik meragam, tantrum kononnya sindrom dapat adik baru. Itu adalah salah satu cara anak untuk tarik perhatian kita yang mungkin sudah beralih arah bila ada kehadiran orang baru.

Bila anak bertambah, bukan kasih sayang kita akan berkurang, tetapi makin bertambah.

Anak 2 orang tak bermakna kasih sayang kita menjadi 50%+50%, tetapi 100%+100% dan begitulah untuk anak seterusnya!

Sumber: Fadzielah Ayub

#parentips_FA

Published by
Wan Amy