Anak-anak yang masih kecil akan menurut pertuturan dan percakapan ibu bapa dan orang sekeliling.
Apabila anak menghadapi masalah percakapan seperti bercakap dengan tidak fasih atau gagap, sebenarnya ini berpunca daripada:
Sikap ibu bapa yang mengajar anak bercakap dengan cara tidak betul
Mengejek percakapan anak apabila mereka tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan baik.
Apabila anak kita sering mendengar pertuturan dan percakapan yang tidak jelas seperti berdengung, mengada-ngada, olok-olok, maka anak-anak meniru percakapan itu sehinggalah dia dewasa. Awas!
Ads
Ibu bapa patut mengelakkan mengulang percakapan anak yang tidak jelas dengan memberikan perkataan yang betul dan fasih supaya anak itu faham dan menurut percakapan yang sebetulnya.
Jangan mengejek perkataan dan mengulang pertuturan anak-anak yang salah dan tidak betul.
— ini bukan perkara yang harus dijadikan bahan jenaka!
Ads
Tabiat kanak-kanak mudah menurut kata-kata orang disekeliling terutama ibu bapa.
Jesteru itu, ibu bapa patut mengajar anak bercakap dengan intonasi dan huruf yang betul.
Ads
Baiki kesalahan sebutan anak-anak, bukan mengejek atau memperolokkan kata-katanya.
Ramai ibu bapa masih lagi teragak-agak nak beli mainan yang sesuai untuk perkembangan anak. Untuk pengetahuan ibu bapa, sebenarnya aktiviti puzzle boleh merangsang otak anak seawal mungkin.
Puzzle ada banyak jenis dan ibu bapa atau guru boleh bagi anak mainan puzzle ini mengikut peringkat umur kerana ia diakui sangat baik dalam perkembangan kanak-kanak.
i. Bawah 2 tahun
– knob puzzle
– slot puzzle
ii. 2 hingga 3 tahun
– pecahan puzzle yang sesuai ialah 2,4 dan 8 pcs
iii. 4 hingga 5 tahun
– pecahan puzzle 12, 16 dan 20 pcs (mulakan dengan bantuan dan slowly biar mereka independent buat sendiri)
iv. 6 hingga 8 tahun
– pecahan puzzle lebih daripada 20 pcs
– Tangram (boleh rujuk gambar)
Puzzle ni sebenarnya bagus untuk: – cognitive skills – Problem solving skills – Fine motor skills – Hand and eye coordination – Visual memory – Visual perception (sub component visual closure)
Silakan bermain puzzle dengan anak-anak anda. Buat sendiri puzzle pun boleh.
Jika anak tak pandai main puzzle walaupun sudah berumur 6 tahun, mulakan dengan peringkat awal bermain puzzle, knob puzzle!
Kemudian tingkatkan peringkat tersebut apabila mereka melepasi setiap level skills.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Bila cerita mengenai anak tidak pandai membaca, memang risau. Lebih-lebih lagi bila anak-anak kawan umur empat tahun sudah boleh membaca. Suruh anak-anak membaca, terus lari ambil permainan. Memang menuntut kesabaran.
Namun perkongsian Puan Emalin Mohd, seorang Ibu kepada 3 orang cahaya mata ini ada benarnya apabila beliau tidak risau apabila anak umur empat tahun tidak boleh membaca. Jom ikuti cara Puan Emalin ini semoga menjadi panduan bersama untuk mendidik anak-anak menjadi lebih cemerlang.
Ibubapa menghantar anak ke tadika swasta dengan yuran yang mahal namun setelah 6 bulan berlalu, anak yang berumur 4 tahun di tadika tersebut masih belum pandai membaca. Perlu ke ibubapa risau?
Berapa umur anak patut pandai membaca sebenarnya?
Menghantar anak ke tadika swasta mahal mana sekalipun sebenarnya bukan jaminan sebenar untuk anak pandai membaca seawal umur 4 tahun. Namun, tidak dinafikan promosi yang dilakukan tadika swasta berkenaan semasa mendaftar menyebabkan ibubapa mengharapkan anak sudah pandai membaca seawal umur 4 tahun.
Jadi ibubapa tak perlu risau ke anak tak boleh membaca ketika umur 4 tahun?
Eh, boleh risau dan bagus ibubapa risau. Itu bermaksud ibubapa mengambil tahu perkembangan anak. Namun, bukan setakat risau sahaja. Ada peranan besar lain yang ibubapa boleh mainkan peranan untuk membantu anak pandai membaca.
Ini yang patut ibubapa lakukan dalam merangsang anak untuk membaca.
TIPS UNTUK MEMBANTU ANAK PANDAI MEMBACA
1) Kenali sifat dan sikap anak sendiri
Walaupun jumlah pelajar di tadika hanya 10 -15 untuk sekelas, namun mengharapkan guru tadika semata-mata tidak memadai. Setiap anak malah kita sendiri mempunyai cara belajar yang berbeza. Ada yang boleh fokus duduk membaca (visual), ada yang suka mendengar (audio) dan ada juga yang suka ada pergerakan (kinesthetic). Dan kebanyakan cara pembelajaran adalah banyak menggunakan audio visual. Bayangkan jika anak kita adalah jenis kinesthetic? Bukankah sukar untuk anak tersebut duduk mendengar dan fokus apa yang diajar oleh guru?
Jadi apabila ibubapa sendiri tahu gaya pembelajaran anak, lebih mudah untuk membuat berbincang dengan guru dan ibubapa membuat inisiatif sendiri mengajar anak di rumah.
Cuba ajar anak di rumah.. Lihat fokusnya. Ada kah boleh duduk diam selama 10 minit untuk sama-sama belajar dengan ibubapa? Atau tak sapai satu minit membaca dah mula untuk bangun atau kepala melilau ke sana ke mari?
2) Belajar di rumah
Ini sebenarnya faktor yang amat penting. 10-15 minit sehari Insyaallah mencukupi. Tambahan pula fokus anak tak berapa lama. Jadi, tak perlu peruntuk masa sampai 1 jam untuk mengajar anak. Nanti anak gelisah.
Kalau pun cuba untuk peruntukkan 1 jam pada satu-satu masa, kena pelbagaikan aktiviti. Jangan buat aktiviti menulis huruf A – Z dalam masa 30 minit. Pelbagaikan aktiviti. Ringkas pun tak apa seperti mewarna, menyanyi dan menulis.
Untuk ibu yang tiada masa, ambil masa sebelum tidur untuk bercerita (story telling) dengan anak. Pilih buku berwarna-warni dengan huruf yang besar. Sambil bercerita boleh ajar anak mengenal huruf. Jika ada gadget, boleh pilih apps yang sesuai untuk sesi pembelajaran ringkas.
3) Waktu belajar di mana-mana
Tidak semestinya duduk bersama untuk mengajar anak. Semasa menghantar dan mengambil anak pun boleh jadikan sesi belajar bersama-sama. Boleh meghafal surah lazim, boleh menyanyi lagu ringkas yang mendatangkan faedah seperti lagu A-Z, lagu vokal AEIOU dan boleh mengenal warna sepanjang perjalanan.
Atau jadikan sesi bercerita.
Dan ada baiknya sepanjang perjalanan radio ditutup agar menjadi sesi interaktif dan ibu tak syok sendiri mendengar radio.
4) Bahan bacaan di mana-mana
Sekarang ada banyak bahan bacaan anak yang murah yang boleh digunakan untuk mengajar anak. Tidak semestinya menghadkan satu bilik untuk dijadikan bilik belajar.
Letakkan bahan bacaan di sudut-sudut rumah tertentu agar pada bila-bila masa anak boleh melihatnya dan ibubapa boleh mencari masa mengajar anak.
5) Ambil tahu dan selesaikan masalah anak di tadika
Kenal pasti guru dan kawan anak di tadika. Ada kalanya anak susah untuk belajar di rumah kerana tidak serasi dengan sesetengah guru atau kawan tertentu.
Sama seperti kita orang dewasa. Prestasi kerja pun boleh menurun jika bos tak ‘best’ atau ada rakan-rakan yang tak berapa ngam.
Ambil tahu dan cuba selesaikan dengan cara berbincang dengan guru sekiranya anak mengadu berulang kali tak nak ke sekolah.
Selalunya anak takkan terus memberitahu ibubapa punca tak nak ke sekolah. Jadi, ibubapa kenalah pandai mengorek cerita.
6) Jadikan masa pembelajaran masa yang menggembirakan
Sesi belajar bersama anak sebaiknya ketika ibu tidak stress dan tenang. Ini kalau mengajar dengan suara bak halilintar dan tangan ibubapa cepat sahaja memukul anak atas ketidakupayaan anak memahami apa yang diajar, agak-agak lagi anak nak belajar atau sebaliknya?
Belajar bukan bermaksud hanya duduk bersama-sama mengadap antara satu sama lain secara one-to-one. Mungkin keadaan ini agak membosankan bagi anak tersebut. Menyanyi dan bermain dengan warna serta melukis atau menconteng boleh menceriakan suasana. Atau boleh membuat origami bersama-sama. Lakukan pelbagai aktiviti agar tidak membosankan.
Perlu atau tidak untuk ibubapa risau jika anak tidak pandai membaca semasa umur 4 tahun lebih kepada harapan (expectation) ibubapa sendiri.
Apa objektif ibubapa yang sebenar semasa menghantar ke tadika?
Adakah perkembangan anak selama ini mengikut garis panduan yang diberikan?
Hanya ibubapa sendiri yang mengetahui jawapannya. Pada masa yang sama, berikan DHA dan nutrisi lain yang mencukupi untuk perkembangan sihat anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak lelaki kalau ikut muka ibunya, ‘sejuk’ kata orang tua-tua. Baru-baru ini sempena hari jadi Mira Filzah, suaminya Wan Emir Astar telah berkongsi foto Mira Filzah semasa kecil. Kalau diamati betul-betul foto Mira Filzah semasa kecil, anak mereka, Wan Khair Amir mirip Mira Filzah.
Pengasas jenama hijab Mira Filzah ini mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022.
Sejauh mana kebenaran yang Wan Khair Amir mirip ibunya? Jom kita ‘telek’ beberapa keping gambar-gambar ini:
Dikongsikan sedikit info tentang fakta wajah anak lelaki yang mirip ibu:
*Manja dengan ibunya.
*Kawan ibunya.
*Bukan sahaja mempunyai iras wajah yang sama, perangai, cara senyum, ketawa, semuanya sama dengan ibunya.
Kesimpulannya walau iras siapa pun wajah kita, semestinya ada sebab kejadian Allah ini. Bersyukurlah dan sentiasa mengingati asal usul kita dari mak ayah kita.