
Adakalanya bila anak kita demam, lepas sahaja beri ubat, kita biarkan sahaja dia main seperti biasa. Malamnya pula kita bersenang lenang tidur tanpa rasa takut suhu anak meningkat. Sebenarnya hal ini salah, mama papa perlu pantau suhu anak.
Selain memantau suhu, ada beberapa perkara lain yang mama papa perlu berikan lebih perhatian. Doktor Ezairy M.Sallih, Doktor Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) menyenaraikan beberapa perkara yang mama papa perlu ikuti sepanjang anak demam. Kena prihatian lebih sikit ya.
Kalau anak demam…
1. Periksa suhu. Takut-takut terlalu tinggi, boleh diserang sawan.
2. Kerap basahkan badan dan kepala. Supaya suhu badan dalam keadaan terkawal.
3. Pastikan makan minum anak dalam keadaan baik. Kalau minum pun tak nak, terus muntah-muntah… bawa segera ke hospital.
4. Jangan bawa ke tempat ramai orang. Bimbang lebih ramai mendapat jangkitan.
5. Kerap basuh tangan dengan sabun dan bersih. Jangkitan virus boleh merebak secara titisan udara atau permukaan yang telah didedah dengan cairan daripada hidung dan semasa batuk.
6. Sediakan ubat demam di rumah. Jika terlalu panas, segera beri ubat.
7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika masih tidak sembuh walau sudah diberi ubat demam.
Kredit: Dr Ezairy M.Sallih
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Menangis, Malulah.” Elak Cakap Macam Ni. Nanti Anak Lagi Rasa Takut

“JANGAN MENANGIS, Malulah!” Kanak-kanak menangis pada hari pertama persekolahan disebabkan oleh ‘SEPARATION ANXIETY’. Ini berlaku apabila anak resah kerana perlu berpisah dengan individu yang paling dia percayai untuk berada dalam persekitaran yang asing.
Bayangkan jika kita bertukar tempat kerja baru dan kita tidak kenal sesiapa.
Resah atau tidak?
Perasaan ini adalah sesuatu yang normal dalam perkembangan kanak-kanak. Ia bukanlah sesuatu yang memalukan atau perlu dimalukan dengan mengambil video untuk ditularkan.
“TETAPI RAMAI KANAK-KANAK YANG OK, TAK MENANGIS. Yang menangis tu mesti manja. Kita mesti ajar anak jadi kental.”
Bila kita bercakap tentang perkataan PERKEMBANGAN, ia merujuk kepada satu proses yang dicapai pada kadar yang berbeza-beza mengikut pembawaan kanak-kanak.
Orang dewasa juga mengalami separation anxiety cumanya orang dewasa sudah mempunyai ‘coping strategy’ yang dibina dari pengalaman dan kematangan.
Perasaan resah untuk berpisah itu juga boleh menjadi indikasi yang baik bahawa selama ini ayah dan ibu telah membina attachment yang positif dengan anak tersebut. Bukanlah kerana anak itu manja.
Seorang murid saya dulu menangis sebab dia tidak boleh lagi bermain bola sepak dengan ayahnya kerana perlu hadir ke sekolah.
———————————
Proses berpisah untuk memasuki sekolah adalah kombinasi perasaan TERUJA dan TAKUT bagi kanak-kanak.
Jika perasaan teruja kerana berjumpa kawan yang sudah dikenali atau teruja kerana guru baik, atau teruja kerana persekitaran sekolah yang mesra, melebihi rasa takut, maka separation anxiety itu hanya sekejap.
Jika perasaan takut kerana tidak ada kawan dan sebagainya melebihi keterujaan, maka separation anxiety itu mengambil masa untuk hilang.
Seorang lagi murid saya merasa takut kerana perlu memasuki ‘gate’ lain yang dia tidak biasa.
Ada pelbagai sebab mereka takut walaupun remeh bagi kita.
Cara orang dewasa memberi respon kepada separation anxiety kanak-kanak juga menentukan sekejap atau lama perasaan itu.
Normal ke setiap pagi nak pergi sekolah menangis?
“ANAK SAYA DAH BERBULAN-BULAN MENANGIS setiap pagi tak nak ke sekolah. Normalkah?”
Jikalau ia berlarutan sampai berbulan-bulan hingga mengganggu aktiviti harian anak dan menyebabkan anak sentiasa sedih dan murung, ia sudah menjadi satu DISORDER yang perlukan intervensi dan perhatian pakar.
Mungkinkah anak dibuli, didera ataupun trauma?
Menurut Maria Montessori, pakar perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak, resah kerana berpisah adalah sebahagian dari proses ‘individuation’ yang penting bagi perkembangan sosial kanak-kanak.
Anak sedang belajar untuk mengenal persekitarannya. Dia kemudiannya akan membina kepercayaan dan keserasian dengan individu baru di sekitarnya. Akhirnya dia akan mula membina persahabatan. Ini adalah proses yang mengambil masa dan tidak boleh dipaksa.
Fahamilah kanak-kanak. Mereka juga manusia yang perlu dihormati.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang Tak Sanggup Tengok Anak Dicucuk. Ada Rezeki Lebih, Eloklah Ambil Vaksin Tambahan

Memandang serius soal kesihatan anak mereka, Tasha Manshahar dan Raqib Majid membuat keputusan untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumococcal untuk Muammar Rafiqi. Berkongsi sebuah video semasa anaknya disuntik beserta kapsyen menerangkan jenis vaksin yang mereka ambil untuk si manja, Muammar.
View this post on InstagramA post shared by @ tashamanshahar on
Alhamdulillah, ada kesempatan bawa Muammar ambil optional vaccine Pneumococcal dose 1 harini. Pneumococcal ni vaksin tambahan tau. Tak sama macam kita injection monthly. Kalau ada rezeki lebih, bolehlah ambil vaksin ni. Ni baru 1. Untuk vaksin jenis ni ada total 4 kali suntikan ikut tempoh tertentu. Paling awal boleh diambil oleh baby berusia 2 bulan. Untuk Muammar, kami memang plan untuk ambil full vaksin di @kumpulan_megaklinik_zahran . May Allah ease.
_
Bakteria Pneumococcal ni biasanya ada dalam saluran penafasan dan disebarkan melalui batuk atau bersin. Macam-macam penyakit membahaya boleh jadi kalau diserang pneumococcal ni. Jadi, ni antara ikhtiar yang kita boleh ambil sebagai perlindungan extra untuk anak-anak.
_
Dia ada dua jenis suntikan vaksin Pneumococcal, Synflorix atau Prevenar. Fungsinya sama, harga berbeza sebab Synflorix cover 10 jenis bakteria, Prevenar pulak cover 13 jenis bakteria. Lepas dengar advice doktor, kitorang suami isteri decide untuk ambil Prevenar. 1 dose RM259. Prevenar mahal beberapa puluh ringgit je berbanding Synflorix. Kalau mommies interested, please consult doktor dulu supaya doktor boleh explain further pasal vaksin ni ?
_
Mommy bangga la dengan Muammar sebab nangis kejap je harini. Mungkin tak berapa sakit sebab peha Muammar kan tebal ?
_
Jangan terkejut mommy buat2 telefon doktor hujung-hujung tu. Kena gigit nyamuk pun kadang mommy akan buat2 telefon doktor “hello doktor anak saya kena gigit nyamuk ni, boleh tak saya nak panggil ambulan?”. Mommy kan over. Apa kurangnya dedi di awal video, “bertahan! peganggg tangan dedi!”. ? #babyzahran #anakmommy #favouriteboymommy
Untuk pengetahuan anda, Pa&Ma sertakan sedikit info tentang suntikan pneumococcal sebagai rujukan jika anda memutuskan untuk mengambil suntikan ini untuk anak.
Di Malaysia, ada 2 jenis vaksin Pneumococcal untuk kanak-kanak bawah 2 tahun iaitu Synflorix dan Prevenar.
Synflorix dan Prevenar boleh mula diberikan seawal 2 bulan.
2 bulan – 6 bulan memerlukan 4 dos
7 bulan – 11 bulan memerlukan 3 dos
12 bulan – 24 bulan memerlukan 2 dos
24 bulan – 5 tahun – Synflorix memerlukan 2 dos
24 bulan ke atas – Prevenar hanya 1 dos diperlukan.
Artikel Menarik: [Bayi Kembung Perut Caranya Rajin Urut Abdomen Si Manja Selepas Mandi]
Jadi untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas, lebih mudah jika ambil Prevenar kerana hanya memerlukan 1 dos sahaja berbanding Synflorix yang memerlukan 2 dos.
Jadi untuk kanak-kanak bawah 2 tahun, nak ambil Prevenar atau Synflorix?
Prevenar memberikan perlindungan yang lebih dari segi jumlah jenis kuman Pneumococcal berbanding Synflorix, yang mana Prevenar cover 13 jenis manakala Synflorix cover 10 jenis kuman Pneumococcal.
Apa jenis kuman yang dilindungi itu?
Synflorix cover kuman Pnuemococcal strain 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F, 23F
Prevenar Cover yang sama dengan tambahan 3, 6A dan 19A.
Jadi nampak tak apa perbezaan di situ?
Namun perbezaan itu hanya akan ketara jika, kanak-kanak yang di beri vaksin Synflorix dijangkiti contoh kuman Pneumococcal strain 19A, yang mana tidak dilindungi oleh vaksin Synflorix, tetapi dilindungi oleh vaksin Prevenar, jadi kanak-kanak tersebut tidak dapat melawan jangkitan tersebut sebaik kanak-kanak yang diberi vaksin Prevenar.
Namun Synflorix didapati dapat memberi separa perlindungan terhadap strain lain yang tidak dilindungi secara terus seperti strain 19A. Jadi bukan bermakna kalau ambil Synflorix, kalau kena jangkitan kuman Penumococcal strain 19A, langsung tidak dilindungi. Mereka masih mempunyai separa perlindungan kerana kesan yang dipanggil ‘cross protection’.
Artikel Menarik: [Tak Semestinya Cara Formal Nak Ajar Anak Bercakap, Sambil Main & Buat Aktiviti Pun Boleh]
Secara keseluruhan, kedua-dua vaksin ini memberi perlindungan yang agak baik dimana 80-90 peratus kanak-kanak yang diberi vaksin dapat mencegah jangkitan Pneumococcal. Ini adalah berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan oleh kedua-dua syarikat pengeluar vaksin tersebut.
Sumber: Tasha Manshahar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Seeloknya Baik Isteri Ada Duit Sendiri. Tak Dapat Simpan Banyak Sikit Pun Jadilah!

Kebanyakan orang kata eloknya orang perempuan ni ada duit sendiri dalam tangan. Tak banyak pun tak apa simpanan tu, asalkan boleh digunakan dalam masa terdesak.
Mungkin bagi yang bekerja makan gaji atau pun buat bisnes kecil-kecilan tak ada masalah, cuma bagi yang tiada pendapatan tetap, simpanan sikit-sikit tu tetap boleh dilakukan jika pandai menyimpannya.
Menerusi perkongsian saudara Firdaus Shakirin yang banyak berkongsi ilmu rumah tangga, beliau mengupas kenapa pentingnya isteri ada duit sendiri. Bukan maknanya kita harapkan sesuatu yang buruk berlaku tetapi untuk kesenangan bersama.
Ada pendapatan boleh bantu ringankan beban suami
Baik dan bagus sekiranya isteri itu ada pendapatan bulanan. Tapi nawaitu untuk ada pendapatan itu bukanlah sebagai persediaan untuk ditinggalkan suami.
Ada pendapatan, untuk meringankan bebanan suami. Ada pendapatan untuk perbelanjaan kelengkapan sendiri. Ada pendapatan, untuk buat simpanan, beli aset dan kegunaan kemudian hari..Sekurang-kurangnya ada pendapatan untuk di hulurkan kepada orang tua sendiri.
Maka, tidak lagi perlu meminta-minta dari suami untuk kegunaan-kegunaan berikut sebab dah ada duit sendiri.
Persediaan sekiranya ditinggalkan suami itu tak perlu dibuat oleh seorang isteri bila awk dah pun buat perkara-perkara diatas. Secara automatiknya, jika berlaku sesuatu yang tidak di ingini, maka tiada apa yang awak perlu khuatirkan atau risaukan sebab awak dah lebih dari boleh untuk hidup tanpa seorang suami.
Bagi yang tiada pendapatan, janganlah terus risau
Dan bagi yang tiada pendapatan, jangan risau, jangan kelam kabut…Jangan esok terus cari kerja, jangan esok terus nak berniaga.
Allah SWT dah janji bahawa Dia akan mencukupkan sekiranya terjadi sesuatu kepada pasangan awak tu. Maka letak keyakinan anda pada Allah SWT.
Memang langit tak selalunya cerah, tapi selalukah kita berdoa untuk mintak hujan turun di tengah hari?
Perbaiki nawaitu, “Saya cari duit bukan sebagai persediaan untuk kehilangan suami…” InsyaAllah, hidup kita akan baik-baik sahaja.
Sumber: Firdaus Shakirin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI