Adakalanya bila anak kita demam, lepas sahaja beri ubat, kita biarkan sahaja dia main seperti biasa. Malamnya pula kita bersenang lenang tidur tanpa rasa takut suhu anak meningkat. Sebenarnya hal ini salah, mama papa perlu pantau suhu anak.

Selain memantau suhu, ada beberapa perkara lain yang mama papa perlu berikan lebih perhatian. Doktor Ezairy M.Sallih, Doktor Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) menyenaraikan beberapa perkara yang mama papa perlu ikuti sepanjang anak demam. Kena prihatian lebih sikit ya.

Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah, Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni!


Kalau anak demam…

1. Periksa suhu. Takut-takut terlalu tinggi, boleh diserang sawan.

IKLAN

2. Kerap basahkan badan dan kepala. Supaya suhu badan dalam keadaan terkawal.

Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah, Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni!

3. Pastikan makan minum anak dalam keadaan baik. Kalau minum pun tak nak, terus muntah-muntah… bawa segera ke hospital.

IKLAN

4. Jangan bawa ke tempat ramai orang. Bimbang lebih ramai mendapat jangkitan.

5. Kerap basuh tangan dengan sabun dan bersih. Jangkitan virus boleh merebak secara titisan udara atau permukaan yang telah didedah dengan cairan daripada hidung dan semasa batuk.

IKLAN

Bila Anak Demam Jangan Pandang Mudah, Mama Papa Perlu Pantau 7 Perkara Ni!

6. Sediakan ubat demam di rumah. Jika terlalu panas, segera beri ubat.

7. Dapatkan pemeriksaan doktor jika masih tidak sembuh walau sudah diberi ubat demam.

Kredit: Dr Ezairy M.Sallih

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI