Kacang parang, ubat gegat, antibiotik, ubatan herba antara makanan dan bahan yang perlu dijauhi penghidap Glucose -6- Phosphate Dehydrogenase atau G6PD seumur hidup, jika tidak mahu berlaku perkara diluar jangkaan.
Mungkin terasa banyaknya pantang larang, namun bagi penghidap serta ibu bapa yang mempunyai anak G6PD adalah sangat penting untuk mereka mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.
Jadi, buat ibu-ibu yang bayinya disahkan kekurangan G6PD jangan panik, jangan terlalu risau, relaks, laluinya dengan tenang. Selalunya ibu-ibu akan jadi panik dan takut disebabkan bacaan kuning (jaundis) anak mudah naik seawal hari pertama dilahirkan.
Ini kerana, sel darah merah mereka ni mudah pecah dan menyebabkan kuning jadi tinggi. Lagi buat ibu-ibu tambah panik bila bayi kurang G6PD MESTI ditahan di wad NICU selama sekurang-kurangnya 5 hari untuk pemantauan.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Anak Anda Kekurangan G6PD?
Elakkan anak anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuk:
– Kacang Parang / Pava Beans/kacang itik
– Ubatan farmasi. Ubat selsema demam batuk. Perlu rujuk doktor dahulu sebelum beri pada anak.
– Senarai antibiotiks. (Tiap kali ambil ubat, beritahu doktor anak saya ada G6PD)
– Ubat-ubat tradisional seperti jamu dan ubat-ubat senseh/herba
– Penyembur serangga
– lingkaran nyamuk. (ada pyrethium)
Ads
– Ubat gegat ( ada napthalene)
– Ujala (nila)
– Buah-buah masam seperti oren, nenas.
– Bau cat
– banyak lagi yang saya mungkin tidak aware dan mungkin anda lebih arif.
(Rujuk klinik tempat checkup anak)
INI PULA SUMBER DARI DOKTOR ABD RAHIM(BAYAN LEPAS)
– Makanan ada pewarna tiruan methylene & toluidine blue & sulfida
Ads
– kacang soya
– produk bebas gluten seperti tepung semua jenis kacang @ produk kacang
– Asid askorbik tiruan dalam vitamin C
– Gula-gula , makanan berperisa menthol
– Ubat Antimalaria
– Ubat sakit kepala (paracetamol – ada thylenol)
Ibu-ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan juga perlu mengelakkan bahan-bahan tersenarai di atas.
Ads
Sila beritahu doktor anda bahawa anak anda kekurang G6PD setiap kali mendapat rawatan. Bawa senarai ubat yang tidak boleh diambil dan tunjukkan kepada doktor yang merawat anak anda.
Tanda-tanda Termakan Bahan Tersebut:
– Kekuningan pada kulit atau mata (jaundis) dengan serta-merta
– Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
– Tidak bermaya
– Pucat
– Demam
– Sesak nafas
– Pengsan
Sila jumpa doktor dengan segera sekiranya ini berlaku!!
Bolehkah Seseorang Yang Kekurangan G6PD Hidup Secara Normal?
Seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal tetapi mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang tersenarai.
Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit.
Apabila anak anda dewasa, anda perlu mendidik mereka tentang status kekurang G6PD mereka dan bahan-bahan yang perlu dielakkan.
Seperti anak Kak Z…Umar…buat masa sekarang ubat nyamuk spray tu ok dengan ketahanan tubuh dia. Tetapi benda lain masih berhati-hati.
So…ibu-ibu…apa lagi yang boleh kita senaraikan supaya anak-anak g6pd lebih berhati-hati? Jom kongsikan bersama.
Memeluk anak adalah salah satu cara ibu bapa menunjukkan kasih sayang pada anak. Tapi berapa kerapkah anda memeluk anak atau hanya waktu tertentu sahaja anda berbuat demikian. Jika anda tahu kelebihannya pasti anda akan menjadikannya sebagai rutin.
Memeluk anak merupakan salah satu ekspresi rasa sayang yang sangat perlu ditunjukkan oleh ibu bapa kepada anak. Galakan, pujian dan penghargaan yang diterima seiring dengan pelukan akan meningkatkan rasa kasih sayang dan keyakinan diri si anak dalam persekitaran yang meyakinkan.
Jika anda tahu kesan daripada kuasa pelukan terhadap si manja pasti anda tak akan melepaskan saat ini.
1.Mengawal emosi anak meragam
Pelukan penting untuk membina kapasiti otak dan memberi ketenangan kepada si manja. Apabila si manja sedang sedih atau mengamuk, peluklah dengan penuh kasih sayang untuk meredakan kesedihan atau kemarahannya.
Ucapan yang dilafazkan juga perlulah seiring dengan gaya bahasa sambil menenangkannya dengan pelukan. Contohnya ungkapan “Kenapa sayang mama ni menangis? Anak mama kan kuat macam mama”. Ini dapat meningkatkan keseimbangan dan kepercayaan anak terhadap ibu selain memberi ketenangan kepada si manja.
2.Meningkatkan kecerdasan anak
Pelukan dapat merangsang perkembangan sel otak anak. Otak kanak-kanak membesar melalui tindak balas yang diterima dari persekitaran. Ia menghubungkan sendi wayarnya dengan organ pemikiran dan emosi berdasarkan pengalamannya.
Kajian menunjukkan bahawa anak yang sering dipeluk akan menjadikannya lebih kreatif dan cerdas mindanya. Ucapan positif dan diiringi dengan pelukan dapat merangsang si anak untuk lebih berimaginasi dalam sokongan persekitaran yang selamat dan meyakinkan.
3.Meningkatkan harga diri anak
Sentuhan dan pelukan merupakan ekspresi rasa sayang yang sangat perlu ditunjukkan agar anak rasa kehadirannya dihargai. Ini akan memberi kesan positif kepada kestabilan emosi, pembentukan peribadi yang baik serta meningkatkan kepercayaan diri. Jalinan emosi yang positif ini secara tidak langsung mendidik anak-anak untuk menyayangi, menghargai dan sentiasa berbuat baik dengan orang sekeliling seperti guru, rakan sebaya dan jiran tetangga.
4.Membentuk ikatan emosi yang positif
Pelukan daripada ibu bapa mampu mengurangkan tekanan kepada si anak. Kanak-kanak dan ibu bapanya secara biologi terikat untuk membentuk satu ikatan emosi. Contohnya, bayi yang diletakkan pada dada ibunya dapat merasakan degupan jantung si ibu dan merasakan belaian hangat kasih ibunya hingga wujud jalinan ikatan emosional serta kelekatan yang kuat di antara keduanya. Ini penting bagi merangsang perkembangan emosi positif anak.
5.Keselamatan dan perlindungan
Dalam keadaan berbahaya, pelukan sangat diperlukan oleh seorang anak supaya anak tersebut merasakan ketenangan dan menghilangkan ketakutan. Anak yang sedang membesar juga perlu diberi petunjuk mengenai tingkah laku yang selamat untuk ditiru dan tempat yang selamat untuk dituju. Perbuatan yang “tidak dibenarkan” perlulah seiring dengan kuasa pelukan ibu bapa yang dapat meningkatkan keyakinan si anak terhadap ibu bapanya.
Contohnya seperti ungkapan “Sayang… tempat itu berbahaya… kamu tidak boleh pergi ke sana” dengan ton suara si ibu yang lemah lembut tetapi tegas sambil mengusap belakang anak pada masa yang sama. Penggunaan bahasa yang lemah lembut seiring dengan pelukan mesra kepada anak akan membuatkan si anak memahami penerangan dan tujuan kita yang sangat mengambil berat serta mahu melindunginya.
Kesimpulannya, ibu bapa perlulah merasakan kesungguhan di sebalik kuasa pelukan terhadap anak. Ini memberi ketenangan jiwa kepada anak dalam aktiviti seharian yang dilaluinya. Hikmah sentuhan dan pelukan itu sendiri boleh meningkatkan rasa kepercayaan dan keseimbangan anak terhadap ibu bapa dan seterusnya merangsang perkembangan menyeluruh si anak.
Video mengucapkan ‘Selamat Poso Belako’ dari Fatimah dan Ali yang dimuat naik dalam Instagram The Family UK semalam mendapat banyak reaksi daripada netizen.
Si comel Fatimah, 4, seperti biasa akan ditemani oleh adiknya Ali, 2 tahun setengah membuat ucapan “Selamat Poso Belako” (Selamat Puasa Semua) dalam dialek Kelantan.
Lucunya bila si cilik yang digelar panggilan ‘Timoh’ oleh netizen menerangkan maksud perkataan poso dalam dialek Kelantan dan ‘fast’ dalam Bahasa Inggeris.
Kemudian Fatimah menerangkan maksud ‘fast’ (bukan cepat) adalah berpuasa iaitu tak boleh makan dan minum sampai maghrib.
Sesiapa yang biasa menyaksikan gelagat dua beradik ini mesti maklum dengan gelagat Ali yang suka membuat lawak jenaka.
Di akhir video tersebut, Ali tidak ketinggalam mahu mengucapkan selamat berpuasa juga namun lucunya bila dia membuat pesanan “Sek kito jange poso belako” (Geng kita jangan puasa semua).
Ramai netizen rasa terhibur dengan pesanan lucu dari Ali.
Nampaknya Ali memang tahu dalam usianya yang masih kecil tak diwajibkan berpuasa lagi. Apatah lagi tempoh berpuasa di UK pada tahun ini adalah 18 jam 23 minit.
Ali Protege Fatimah
Rata-rata mengakui memang geram dengan keletah dua beradik yang bijak dan cute ini. Fatimah dan Ali sememangnya pencetus fenomena sebagai kanak-kanak terkenal di media sosial.
Bahkan Fatimah turut mempunyai rancangannya sendiri di laman Instagram iaitu ‘The Fatimah Show’ yang sentiasa dinantikan oleh peminatnya.
Bahkan rancangan tersebut turut mendapat sokongan daripada beberapa selebriti seperti Diana Danielle dan Mat Dan.
Telatah adik Fatimah yang selalu meniru apa yang dibuat oleh kakaknya jelas membuktikan betapa kuatnya bonding dua beradik ini. Jarang nampak mereka bergaduh. Agaknya apa rahsia ibu ayah mereka didik keduanya saling sayang menyayang.
Nampaknya kasih sayang dan bonding yang kuat antara keduanya menjadi faktor utama mengapa Ali petah bercakap dan memberikan ideanya walaupun baru berusia dua tahun lebih.
Kanak-kanak pra sekolah (empat hingga enam tahun ) memang seorang yang aktif dan suka bermain dengan mainan kegemarannya berbanding belajar. Mereka ini langsung tidak menunjukkan keadaan penat pada dirinya. Mungkin sekali-sekala akan memasuki dapur untuk minuman menghilangkan dahaga dan lapar.
Bagaimanapun, kanak-kanak pada tahap usia ini tidak harus dibiarkan bermain tanpa kawalan daripada ibu bapa atau guru di tadika. Ia akan menjejaskan perkembangan diri anak secara positif termasuk untuk membentuk potensi diri dan kecerdasannya. Inilah yang dikatakan bermain sambil belajar!
POTENSI DIRI DAN KECERDASAN
Potensi dalam diri kanak-kanak bukan sahaja untuk bersosial seperti bermain dengan rakan-rakan sebaya sahaja tetapi mereka ini mempunyai kebolehan untuk meneroka, berimainasi,suka mencuba sesuatu yang baru, mencabar, belajar menyelesaian masalah dan mempunyai kemahiran mengingati.
Dalam aspek pembelajaran pada usia ini, sebagai ibu bapa sudah tentu anda akan membandingkan tahap kecerdasan anak anda dengan rakan sebayanya di tadika. Namun usah ia menjadi isu kerana kecerdasan setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Begitu juga degan minat mereka. Cepat atau lambat anak ini menerima pembelajaran adalah bergantung kepada minat mereka.
Bayangkan ada kanak-kanak dengan mudah dapat melakukan pergerakan lompat dengan tali untuk aktiviti motor kasar tetapi ada kanak-kanak lain sukar untuk melakukannya. Begitu juga aktiviti kognitif seperti menggunakan ‘puzzle’ tidak semua kanak-kanak dapat menguasainya dengan cepat. Namun bagi mereka mempunyai minat yang tinggi dapat melakukan dengan mudah.
ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kematangan kanak-kanak tidak sama. Jadi hendaklah mengembangkan minat anak-anak bukannya menentukan pekara mengikut kehendak ibu bapa.
INI AKTIVITI BERMAIN YANG BOLEH RANGSANG KECERDASAN DAN POTENSI DIRI
Ibu bapa boleh cuba aktiviti rangsangan minda ini kepada anak.
Barang mainan
Dengan barang permainannya kanak-kanak boleh melakukan imaginasi dan meneroka. Contohnya kereta mainan, dia akan membayangkan diri membawa kereta itu. Semasa bermain dengan akan meneroka bagaimana kereka itu bergerak dan kenapa tayar kereta itu bulat dan warna kenderaan itu. Aktiviti ini sesuai untuk merangsang mindanya. Jadi ibu bapa haruslah pilih aktiviti yang sesuai dengan usianya dan jelaskan aktiviti permainan itu.
Buku cerita
Duduk bersama anak anda untuk membaca buku cerita yang disukainya. Aktiviti ini mengajar anak anda menjadi seorang yang pendengar dan belajar mengingati jalan cerita dan watak cerita itu. Ilustrasi dan warna yang ditampilkan dalam buku cerita itu akan membuatkan anak anda berimaginasi terhadap watak dalam cerita itu. Pilihlah buku cerita yang mengisahkan teladan dan mempunyai nilai moral yang tinggi.
Bersosial dengan rakan sebaya
Ibu bapa boleh mengadakan majlis hari jadi merupakan salah satu akviti sosial yang selamat untuk kanak-kanak pra sekolah. Majlis ini biasanya akan menjemput rakan-rakan sebaya di kawasan tempat tinggal dan di tadika. Situasi ini mengajar kepada anak anda mengenai erti persahabatan, setia kawan, perkongsian dan sikap tidak mementingkan diri sendiri. Cara ini mampu memberi impak kepada emosinya apabila dewasa nanti.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.