Ibu mana yang tidak risaukan bila anaknya yang semakin membesar mula menunjukkan tanda gagap apabila bercakap. Lancar dan becok mulutnya tetapi masalah gagapnya mengganggu percakapan. Kita pula yang naik risau mendengarnya.
Tip perkongsian daripada IbuRose Shaary ini mama pama kena baca. Penting untuk kita elakkan anak kita daripada alami masalah gagap.
JANGAN BUAT LIMA PERKARA NI
Nak anak gagap? Jawapannya tentu tak nak! Tapi tahu tak ramai ibu bapa yang tanpa niat, tanpa sedar sedang melakukannya. Baca supaya anda tak tergolong di dalam golongan itu!
Tentu anda pernah tengok orang yang handsome atau cantik tapi mereka gagap. Anda rasa kasihan? Atau mungkin heran? Atau mungkin mencebik?
Ketahuilah, bahawa ini 5 cara yang boleh menjadikan anak anda gagap!
Walau niat anda baik, tapi bila anda melakukan perkara ini, anda membawa anak anda ke gaung – Gagap!
1- Bila dia hendak menangis kerana dia mahukan sesuatu tetapi orang tidak faham. Marah kerana menangis dan jerkah serta suruh dia cakap apa yang dia hendak, desak dan terus desak walaupun nampak susah sangat dia nak keluarkan perkataan itu. Paksa dan paksa dengan suara garang. Kononnya berniat nak pastikan dia boleh keluarkan perkataan! Kononnya kalau tak buat macam tu nanti kalau dia dalam bahaya dia tak boleh cakap.
*Fahaman yang salah dan membahayakan.
2- Bila dia mula mengeluarkan perkataan, tapi terlampau perlahan, jerkah lagi dan suruh sebut kuat-kuat. Konon, supaya keluarlah perkataan yang bersarang di dadanya itu.
Juga bahaya kerana anak itu duduk dalam ‘otak takut’ lalu jadi kaku dan tak mampu nak buat apa. Dan kalau dia lelaki, maka bahagian ‘lelaki’nya terkurung di dalam gua, maka yang keluar adalah bahagian ‘ perempuan’ nya. Maka jadilah dia seorang ‘lembut’. Baca buku Men from Mars Women from Venus. Dr. John Gray.
Ads
3- Bila dia mula bercakap dan payahnya perkataan nak keluar. Marah dan jerkah lagi hingga lagi dengan harapan dia boleh lancar bercakap. Bagaikan menunggu buah tak gugur, perkataan tak keluar. Bentak dan ancam, dengan harapan dia akan bercakap. Juga bahaya kerana anak itu akan menjadi lebih kaku.
4- Bila dia mula mencebik nak menangis kerana terlampau emosi, marah lagi sebab dia kononnya tak pandai kalau perasaan. Perlu jadi macho terutama sebab dia boy! Boys don’t cry. Lembik! Maka dia pun ambiklah identity diri itu! Adakah itu yabg dimahukan?
5- Bila dia tak dapat langsung nak mengeluarkan perkataannya, maka bersyarahlah dengan kata-kata kutukan yang dia memang tak boleh diharap mengguna perkataan. “Use your words…don’t just cry! Only stupid people cry when they cannot talk!” dan kutukan yang sewaktu dengannya.
Buat 5 perkara ini setiap peluang setiap hari, boleh dikatakan 99% akan berjaya! Tentu anda tidak mahu kejayaan ini, bukan?
Ads
REVERSE PSIKOLOGI
YA! Sbb Ibu sedih sangat mak ayah yang kononnya sayang pada anak tetapi melakukan perkara seperti di atas itu! Kononnya, takut anak tak tahu nak cakap apa yang dia hendak! Kononnya sayang anak! Namun, mereka sebenarnya membantu anak mereka menjadi gagap atau tidak pandai express diri dengan baik.
Nauzubillah, bila esteem diri menjadi masalah, anak ini akan pula menjadi mangsa buli. Lindungkan Ya Allah!
Tolonglah jangan buat macam ini. Kesianlah dengan anak-anak yang Tuhan anugerahkan kepada mu untuk kamu didik dengan berilmu dan sedar diri!
Jika anak tak boleh bercakap, beri dia masa untuk cakap sesuatu. Jangan lupa buat 3 perkara ni untuk bantu dia ekspres diri dia.
Ads
1- Bila anak mula mencebik kerana dia nak cakap sesuatu tetapi payah nak keluar. RILEKS dan ajak dia TARIK NAFAS dan dengan nada suara penuh kasih-sayang dan sabar, beritahu dia yang anda sabar tunggu perkataan itu keluar dari mulutnya. Katakan dia precious dan apa yang dia cakap itu penting untuk anda tahu.
2-Pegang tangannya dan tenung matanya lembut dan pastikan matanya searas dengan mata kita. Dan katakan…”Ayah ada di sini…ayah nak dengar sayang nak cakap apa. Ayah tunggu dengan sabar.” Sambil senyum.
3- Beritahu dia, jika dia belum boleh cakap lagi tak mengapa, nanti bila dah boleh, cakap saja pada mama. Dan assure dia that you love him anyway.
Kenapa anak susah nak keluarkan kata-kata? Sebabnya dia rasa tak selamat. Bila kita tenang, barulah anak mula rasa yakin.
Setiap kali kita tersilap minta maaf dengan anak dan minta maaf dengan Allah. Usahalah untuk memperbaiki diri.
Pada usia anak 2 tahun ke atas mereka seakan mahu berdikari, seakan telah memperolehi kunci untuk membuat semua perkara sendiri. Kadang tu bila dihalang boleh mengamuk. Adakah ini perkembangan yang bagus? Jawapannya ya sebab waktu ini anak sedang meneroka dan belajar sesuatu dari persekitarannya.
Berdasarkan perkongsian Puan Aminah Hussain, ada beberapa peringkat perkembangan yang sepatutnya anak boleh buat pada usia dua tahun.
Berlari dan menyepak bola
Secara fizikalnya anak sepatutnya sudah boleh berlari dan menyepak bola. Sesetengah kanak- kanak juga sudah boleh melompat, membuka seluar atau lampin pakai buang serta mulai meniru setiap perbuatan abang, kakak atau ibu bapanya. Jika diberi mainan anak mungkin akan merosakkannya dan mengoyak buku.
Berhati- hati dengan orang luar
Iman semasa umurnya 2 tahun telah mula berhati-hati terhadap orang yang tidak dikenali dan wajah yang jarang dilihat. Dia menjadi lebih gelisah apabila dipisahkan dari Ibu. Namun jika orang yang jarang dilihat berada disampingnya selama 10 hingga 15 minit dia akan mesra dengan orang itu, tapi masih sesekali melihat Ibu atau Abahnya, takut- takut hilang dari pandangan.
Mengenal anggota badan
Anak juga sudah mampu mengenal anggota badan dengan baik. Seperti Iman yang petah bercakap di usianya 2 tahun, mata, telinga, perut, pusat, hidung dan mulut mampu dituturkan dan ditunjuk dengan tepat dan betul. Ajar anak tanpa menggunakan slang pelat dan inshaAllah anak- anak ibu semua akan mampu bercakap dengan baik pada usia 3 tahun.
Minat kepada buku
Mereka juga mula menunjukkan minat terhadap buku. Apabila diberi pen dan keras mereka mampu melukis bulatan yang kurang cantik. Kanak- kanak di usia 2 tahun juga mampu memahami arahan mudah seperti, “jom kita keluar sayang” atau soalan mudah seperti “nak makan nasi tak?”
Menghafal
Anak sudah mampu menghafal dan mengingat. Kemampuan mengingat anak akan meningkat pada usia 8 bulan hingga 3 tahun. Sekitar usia 2 tahun, anak dapat mengingat kembali kejadian-kejadian yang terjadi beberapa bulan sebelumnya. Mereka juga dapat memahami dan mengingat dua arahan ibu atau bapa serentak dan mampu mengulangi lagu atau zikir yang biasa didengarnya semasa hendak tidur.
Cepat tangkap
Si kecil juga cepat menangkap kata-kata baru. Pada usia 2 tahun, anak mengalami perkembangan yang pesat dalam mengucapkan kata-kata. Perbendaharaan kata anak-anak pada usia ini mencapai 50 perkataan. Apatah lagi jika ibu sendiri yang menyebut perkataan- perkataan baru itu.
Begitu banyak perkara yang mampu dibuat ketika anak berusia 2 hingga 3 tahun. Siapa yang menjadi role modelnya? Tidak lain dan tidak bukan ialah ibu dan bapanya sendiri. Jadi kepada ibu bapa, kawal diri anda, jangan mengeluarkan kata- kata atau melakukan perkara- perkara yang tidak sepatutnya. Berilah makanan yang baik- baik pada anak dan ajarlah anak sendiri jika ada masa.
Kalau ibu ayah tegur anak dengan cara yang baik, lama-lama ia boleh beri kesan juga pada anak yang mungkin selama ini susah dengar kata. Teguran lemah lembut dan tidak menengking berbanding kerap membebel lama-kelamaan akan beri kesan mendalam dalam hati mereka.
Walaupun mungkin ada ibu dan ayah yang tidak bersetuju cara lembut untuk tegur kesalahan anak dan lebih selesa menggunakan kekerasan dan bebelan namun percayalah kadangkala ada anak yang lebih mudah berubah dengan kaedah teguran lembut berbanding kekerasan.
Perkongsian dari seorang ayah, Pengiran M.Nizam Rahman tentang kesan teguran lembut pada anaknya hingga si kecil menitiskan air mata mungkin boleh digunakan juga oleh ibu bapa lain tatkala menegur kesilapan anak-anak.
Tadi tengahari aku pegi menjemput Mikail balik dari sekolah. Dia masuk ke dalam kereta.
“Assalamualaikum ayah.”
“Wa’alaikumussalam El'” jawabku.
Kelihatan mukanya kemerahan kerana panas selepas bermain di bawah terik mentari sementara menunggu aku datang tadi.
Aku gerakkan kenderaanku. Bagi memecah kesunyian aku ajukan Mikail satu saranan. Bila aku tanya kembali dia menjawab “faham” dengan nada lemah. Letih barangkali.
Selepas itu sengaja aku tanya bertubi kali sama ada dia faham ke tidak apa yang aku katakan padanya.
Dia menjawab faham. Mula-mula dengan nada rendah. Aku tanya lagi dan lagi hingga akhirnya dia naikkan sedikit nada.
” Fahamm lah!” Marah. Dia terus diam. Hening. Hanya kedengaran bunyi nafas seakan mendengus geram.
“Mikail…”
“Mari dekat. Ayah nak cakap sesuatu.” pinta aku.
Dia merapat kepadaku.
“El tau tak? Apa jadi kepada orang Allah Sayang?”
Mikail mengangguk.
“El nak tak Allah sayang El?” Tanyaku. Dia mengangguk lemah.
“Antara cara kalau kita nak Allah sayang, kita kena cakap yang baik-baik dengan ibu ayah kita.”
“Kita tak boleh tinggikan suara pada ibu ayah. Bila kita tinggikan suara, walaupun dengan hanya perkataan AHHH!, itupun dah berdosa sebenarnya,” perlahan-lahan aku nasihatkan dia.
“Ayah sengaja je buat begitu tadi. Saja tanya soalan berulang kali.”
“Saja je nak gurau-gurau dengan anak ayah.”
“Sementara ayah masih bernyawa ni ayah nak selalu bergurau senda dengan anak-anak ayah,” jelasku.
Suaraku sudah sedikit sebak. Entah macamana mata aku terasa macam masuk habuk pula.
Mikail terdiam. Ku perlahankan kenderaan dan menoleh ke wajahnya. Nampak airmatanya sedikit menitis di pipi.
Cara Kita Tegur Anak Berbeza Kesannya…
Kawan,
Begitulah hati.
Hati ini walau sekeras mana sekalipun, jika disiram dengan kata-kata yang baik dan kena dengan caranya pasti akan lembut dan memberi kesan yang lebih dalam.
Mungkin ada di kalangan kita lebih suka dengan pendekatan lain. Membalas rungutan keras si anak dengan rengusan yang lebih kasar tapi aku yakin itu bukan satu penyelesaian.
Mungkin juga ada di kalangan kita yang lebih gemar mengajar melalui bebelan. Ya, bebelan itu mungkin kita rasa puas sebab dapat meluahkan segala apa yang terbuku di hati tapi aku yakin isinya tidak akan sampai ke dasar hati. Sekadar melintas dari telinga kanan ke kiri.
Hmm. Itukah yang kita mau?
Selain itu, teguran keras dan kasar ini aku yakini akan hanya meninggalkan kesan dan contoh yang tidak baik kepada anak-anak.
Mereka ini umpama span. Akan menyerap apa sahaja contoh tauladan yang kita hidangkan.
Elok pada pandangan kita mungkin bukan sesuatu yang bagus untuk mereka. Yang tak elok dengan citarasa kita pula mungkin adalah pendekatan yang lebih baik untuk mereka.
Berhati-hatilah memilih cara menegur. Biarlah kita menegur dengan cara yang kurang nikmat bagi kita tetapi isinya terus tertancap di minda.
Aku harap dengan teguran aku tadi Mikail akan mengerti bahawa ayahnya ini amat menyayanginya sepenuh hati. Wallahua’lam.
Anak-anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar. Tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak-anak. Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak-anak semata-mata nak minta anak-anak untuk duduk diam-diam.
Anak yang tak duduk diam ni sebenarnya bijak. Kenapa bijak? Ikuti perkongsian Doktor Taufiq tentang anak yang tak duduk diam ni;
JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM
Tiap hari saya pening duk fikir aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.
Sebab apa?
Sebab hati saya tak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tak buat apa apa. Ni mindset yang saya latih dalam otak saya.
Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin la mak ayah boleh tenang. Saya tak!
Saya tahu, kepayahan ni la nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.
Saya kena tahan la sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau nak anak saya bijak bila dewasa nanti.
Saya tahu ada 7 deria yang perlu diransang pada anak saya supaya otak & otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!
7 deria tu adalah:
1. Visual ( Visual Sense ) 2. Auditori ( Audirory Sense ) 3. Sentuhan ( Tactile Sense ) 4. Deria sendi ( Proprioceptive Sense ) 5. Rasa ( Gustatory Sense ) 6. Bau ( Olfactory Sense ) 7. Pergerakan & Keseimbangan ( Vestibular Sense )
Semua deria sebenarnya boleh diransang kalau saya tak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tak sanggup nak berpenat melayan karenah anak anak saya!
Saya taknak jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak anak. Gajet ni cuma ransang deria Visual je. Kita tak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tak berkembang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tip belikan mainan untuk anak, barulah anak tak tantrum di tempat awam. Tantrum anak kecil sering menjadi cabaran bagi ibu bapa, terutama apabila anak sudah terbiasa mendapat apa yang mereka mahukan tanpa batasan.