Bila Anak Kecil Selesema Sup Ayam Alternatif Penyembuhnya. Tak Perlu Nak Bergantung Dengan Ubat

Share

Bila anak kecil selesema ibu bapa mula risau sebab anak akan meragam. Tak selesa itu satu hal. Selain itu, bab nak bagi anak makan ubat pun jadi masalah.

Bagi yang ada anak kecil bawah dua tahun lagilah serba salah nak bagi ubat dan macam-macam la petua yang akan dilakukan.

Kali ini Dr Taufiq Razif berkongsikan cara yang dilakukan pada anaknya dalam merawat selesema. Sangat mudah nak diamalkan.

—————————————————————-

Solahuddin ni jarang selesema tapi kalau dah selsema pun saya takkan bagi ubat. Bahaya budak bawah umur 2 tahun ni kalau bagi ubat selesema.

Ada sesetengah ubat selesema tu boleh menyebabkan anak di bawah umur 2 tahun berhenti bernafas ( Apnea ). Lagipun biasanya anak-anak yang selesema ni disebabkan virus je. Ia akan hilang sendiri walaupun tanpa antibiotik.

Jadi apa nak buat?

PERTAMA : Tengok dulu hingusnya. Kalau hingusnya kental dan berwarna disertai demam tinggi mungkin penyebabnya bakteria. Yang ni boleh je nak bawa jumpa doktor.

KEDUA : Kalau hingusnya jernih dan tak demam. Ni mungkin disebabkan virus je. Selesema disebabkan virus ni akan baik sendiri tapi selsema ni memang akan buat anak meragam sebab hidungnya tersumbat.

Ni saya ajar cara mudah supaya hidung anak kita tu jadi KURANG TERSUMBAT dan anak kita boleh bernafas dengan LEBIH LEGA.

Masakkan je sup ayam pada anak kita tu. Sup ayam terbukti boleh mengurangkan ‘nasal congestion’ . Biasanya anak meragam sebab kedua-dua belah hidung tersumbat. Dia nak bagitahu tak pandai lagi. Tu yang dia meragam tu kalau tengah selesema.

Dah tahu ni boleh terus amal pada anak masing-masing ye.

Sumber: Taufiq Razif

Published by
Wan Amy