Sebagai ibu bapa pastinya kita akan bimbang apabila melihat kesihatan anak terganggu. Ia termasuk Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD). Memang ia sering menyerang kanak-kanak bawah 10 tahun. Penyakit ini akan mengakibatkan ada lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa dalam tempoh lima hingga tujuh hari. Dalam tempoh itu tentu anak tidak selesa apabila dijangkiti penyakit ini. Selain mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya. Boleh juga mencuba alternatif lain untuk meredakan penyakit ini. Boleh cuba perkongsian ibu ini, Sharifah Nurul Shahida
“Saya saya nak kongsi petua yang jiran India saya bagi ni. Ibu-ibu boleh amalkan ye jika nak anak cepat sembuh kita juga kena yakin semuanya atas keizinan ALLAH SWT.
Tip 1- Askrim perasa vanilla
Saya bagi anak saya makan aiskrim vanila. Ais krim ini nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah memang berkesan.
Ads
Tip 2- Mandian daun semambu
Ambil sebesen air paip. Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar.Ramaskan daun semambu ke dalam air tersebut. Letakkan air tersabut di bawah cahaya matahari antara dua hingga tiga (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1petang). Apabila sudah agak suam. Mandikan anak guna air ini dan siram perlahan-lahan dari kaki ke kepala. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun sembambu ini di badan anak. Jadikan penawar.
Ads
Tip 3- Bedak sejuk daun semambu
Ads
Ramaskan daun semambu dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan,kaki dan bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut ye. Bahagian dalam mulut hanya bagi makan ais krim vanila sahaja.
Insyaallah selepas tiga hingga empat hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya sendiri dah alami. Parut pun sudah tiada dibadan anak. Sangat mujarab petua ini.
Saya cuma cerita berdasarkan pengalaman. Kita hanya perlu ikhtiar dan tawakal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mendidik anak-anak, biar sekecil perkara adalah tanggungjawab kita bersama, lebih-lebih lagi mengenal penciptaNya dan segala hal mengenai agama dan kemasyarakatan. Biar anak tahu supaya dia menjadi anak yang lebih baik akhlaknya.
Menurut Dr Taufiq Razif, sepuluh perkara ini antara perkara yang perlu kita beritahu dan didik pada anak kecil kita. Biar mereka tahu dan memahaminya. Itu tanggungjawab kita.
10 perkara yang kita kena bagitahu anak kita walau kita nampak kecil dan remeh
1. Bagitahu anak kita bahawa dirinya adalah Hamba Allah. Nampak simple tapi ini menentukan ‘mental self image’ anak kita.
Anak yang tak rasa diri dia hamba Allah mudah menjadi angkuh, bossy dan merasakan kemahuan dirinya mesti dipenuhi setiap masa
2. Bagitahu anak kita bahawa dirinya dimiliki Penciptanya.
Kalaupun anak kita nakal-nakal sekalipun, insyaAllah dia akan mudah balik ke pangkal jalan jika dia tahu hakikat dirinya dan siapa yang memiliki dirinya.
3. Bagitahu anak kita bahawa mencari duit itu perlu tetapi bersedekah itu lebih perlu
Barulah anak kita sentiasa ada minda suka memberi ( giving mindset ) daripada cuma menerima semata mata ( receiving mindset ).
4. Bagitahu anak kita bahawa dia bahawa bakal tempuhi 5 checkpoint
Checkpoint 1 – mati
Checkpoint 2 – barzakh
Checkpoint 3 – mahsyar
Checkpoint 4 – mizan
Checkpoint 5 – sirat
Dan selepas itu akan berakhir samada di syurga ataupun neraka. Anak yang tahu checkpoint ini akan mudah tunduk hatinya dengan kebaikan
5. Bagitahu anak kita bahawa Al Quran bukan cuma untuk dilagukan semata
Al-Quran adalah kitab praktikal yang kita perlu ‘take action’ selepas membaca dan memahaminya
6. Bagitahu anak kita bahawa rezeki bukan datang daripada kita ibubapa tetapi rezeki datang daripada Pencipta
Anak yang tahu rezeki itu adalah pemberian Penciptanya akan mudah bersyukur dan berterima kasih
7. Bagitahu anak kita bahawa selepas akil baligh dia akan terpaksa memikul banyak tanggungjawab & akan disoal di akhirat kelak tentang tanggungjawabnya. Anak yang tahu dia dia ada banyak tanggungan akan lebih memiliki ‘sense of responsibility’
8. Bagitahu anak kita bahawa amal soleh bukan cuma solat dan puasa
Bekerja, makan, tidur, bantu adik beradik dan semua perkara akan jadi amal soleh asalkan diniatkan untuk Allah semata.
9. Bagitahu anak kita bawa nilai adik beradik melebihi nilai segala harta benda dunia
Anak yang tahu nilai adik beradiknya takkan mudah berkelahi berebutkan harta selepas kita sudah tiada
10. Bagitahu anak kita bahawa suatu hari nanti kita akan pergi jua dan sebaik-baik bekal yang kita ada adalah doa daripadanya
Pelaburan paling berharga sepanjang menjadi ibubapa adalah apabila anak kita sudi mendoakan kita kerana majoriti anak di luar sana sangat jarang mendoakan ibubapanya yang sudah meninggal dunia.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu bapa pasti mempunyai impian untuk memiliki anak yang baik, cerdas dan patuh dengan arahan kita. Mendidik anak-anak adalah tanggungjawab milik ibu bapa sepenuhnya.
Persoalannya bagaimanakah cara mendidik anak yang baik dan betul? Secara teori nampak mudah tapi tidak semua ibu bapa mampu melakukannya.
Ada beberapa langkah berkesan bagaimana untuk kita mengawal situasi bersama anak-anak.
Disertakan juga contoh situasi-situasi yang boleh kita belajar dan praktikkan bila bersama anak-anak.
PILIH UNTUK ‘RESPOND‘ KEPADA SITUASI ANAK-ANAK BUKAN ‘REACT’
“Kalau awak berdua tak berhenti bergaduh sekarang, Mama patah balik kereta ni.” (Ugutan)
Tukar ke: Mama tak selesa dengar bising macam ni. Mama berhenti kereta kejap, bila kereta ni dah senyap, Mama akan sambung memandu semula. (luahan asertif dan solusi)
Situasi anak membuat kesilapan.
“Apa? Adik tumpahkan lagi air jus ni?” (herdikan)
Tukar ke: Ok ow, air dah tumpah, jom ambil kain dan kita lap. (solusi)
Situasi anak ditimpa masalah.
“Memang betul tak adil. Hidup ni tak adil. Adik kena biasakan diri dengan keadaan macam ni.” (tertutup,pasrah)
Tukar ke: Mama tahu adik sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Hidup ni adakalanya tak semua yang kita nak kita akan dapat. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. (perspektif baru)
Situasi anak lemah dalam pelajaran.
“Dapat ‘C’ lagi? Apa tak kena dengan kakak ni ya?” (Questioning)
Tukar ke: “Nampak macam kakak ni susah sedikit dengan subjek Math. Ada apa-apa yang Mama boleh bantu kakak tak?” (tawar bantuan)
Situasi anak merengek atau meminta sesuatu.
“Cukup-cukup dah lah tu…… adik ni asyik merengek/minta minta aja…” (mengeluh)
Tukar ke: “Boleh tolong gunakan suara rendah sikit masa minta mama sesuatu?” (beritahu option baru) atau: “Mama tak faham bila adik merengek macam tu, tak jelas. Boleh tak adik bagitahu Mama betul-betul, apa yang adik nak?” (option baru)
Situasi ibu bapa tak dapat bersabar dengan kerenah anak-anak.
“Mak dah tak tahan dah dengan adik ni.” (keluhan dan pasrah tertutup)
Tukar ke: “Mak rasa kecewa sekarang. Mak nak jalan kejap untuk tenangkan diri mak. Nanti dah tenang mak datang balik.” (so anak tahu mak berlalu pergi semata untuk tenangkan diri bukan meminggirkan / abaikan dia) (option / kefahaman/ asertif)
Kadang-kala lepas marah anak akan timbul persoalan, patutkah ibu ayah pujuk si kecil yang merajuk? Bergelar ibu ayah, walaupun berusaha sedaya-upaya untuk tidak memarahi anak tapi kadang-kala terlepas juga kemarahan terhadap mereka.
Marah itu memang perlu kalau tujuannya untuk mendidik dan membetulkan kesalahan yang anak lakukan. Namun, kemarahan itu tidak sepatutnya mencederakan emosi dan jiwa si kecil.
Dengan kata lain mereka dimarahi tetapi tidak diberikan penjelasan tentang kesalahan yang dilakukan dan selepas kena marah, anak tidak diberikan pelukan atau pujukan. Akibatnya anak mungkin berkecil hati dan merasakan yang ibu ayah tidak menyayanginya lagi.
Menurut Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Dr Rozieta Shaary atau dikenali sebagai Ibu Rose pujuk anak lepas kena marah jangan sampai jadi punca anak kurang hormat dan melawan kata.
Jangan salah cara memujuk
”Saya memang ada merotan anak-anak saya bila mereka tak dengar kata, contohnya masa malas solat dan masa susah nak bangun pagi ke sekolah. Tapi saya pujuk mereka semula, contohnya saya peluk cium masa hantar ke pagar sekolah.”
Memujuk, bila salah caranya menjadikan anda lemah dan nampak tiada pendirian dan ini menyebabkan anak jadi lenja.
Oleh kerana anda memujuk setelah memarahi, maka mereka akan memahami bahawa anda tidak serius dengan kemarahan anda dan disiplin yang sedang anda terapkan. Lama-kelamaan anda akan kurang dihormati. Beginilah ibu bapa kehilangan kuasa daripada anak-anak mereka dalam mendisiplinkan anak.
Meminta maaf kepada anak anda bila anda marah berlebihan dan tidak kena cara, tidak mengapa. Malah itu adalah baik dilakukan. Ia akan mengubat hati anak anda. Namun, minta maaf di atas keterlaluan cara sahaja dan bukan mesejnya dan mengapa anda naik marah boleh menjadikan anak kurang hormat.
Lagi satu, bila memarahi, marahlah perbuatan dan bukan mengherdik peribadinya. Contoh memarahi perbuatan ” Bila abang malas solat, itu perbuatan orang yang tidak bersyukur kepada Tuhan.” Jangan kata begini ” Abang ni anak yang tidak bersyukur!” Ada perbezaan di situ. Yang pertama menyatakan mengenai perbuatan dan yang kedua mengenai orangnya. Bila kita menyerang peribadi orangnya, maka itulah yang menyebabkan dendam dan marah.
Bagaimana anda boleh melakukan untuk mendisplinkan anak.
1- Adakan peraturan di rumah yang jelas. Maksudnya, mesti bersolat pukul berapa dan jika boleh adakan solat berjemaah. Begitu juga bila bangun pagi. Kita perlu juga faham, jika seorang anak itu tidak cukup waktu tidurnya, dia akan sukar untuk bangun pagi, maka pastikan masa anak tidur mencukupi.
2- Jika mereka sudah mencapai 10 tahun, barulah merotan jika tidak bersolat beri mereka penjelasan yang luas yang mebolehkan mereka faham mengapa solat itu penting. Namun sebelum meminta anak bersolat atau melakukan ibadah khusus, tanamkanlah perasaan kasih kepada Allah. Gunalah penjelasan yang setaraf dengan kematangan anak. Gunalah nasyid, cerita atau bersembang dengan mereka.
Anda boleh berkreatif di sini terhadap cara anda menyampaikannya. Yang penting hasilnya, anak itu kasih kepada Allah dan dia mahu melakukan solat atau semua ibadah khusus itu kerana dia kasih kepada Allah. Dan dia takut akan azab Allah juga kerana dia kasih akan Allah. Ini bukanlah suatu yang kita boleh semaikan dan wujud serta merta. Ianya mengambil masa. Oleh itu terus melakukan dan bersabar.
3- Bila memarahi anak, hanya minta maaf jika anda terlebih marah. Jika anda marah dan menghukum secara baik dan tidak berlebihan, mungkin anak itu akan marah dan menangis, namun bila layanan anda kepadanya masih penuh kasih sayang dan hormat, dia akan memahami anda hanya memarahi perbuatan yang boleh merosakannya.
4- Bila hendak bertegas dan bila hendak memanjakan anak? Jawapannya, sentiasa! Corak keibubapaan yang paling baik ialah Pengasih dan tegas ‘Loving and Firm’. Bila manjakan anak pun perlu bertegas dengan apa yang boleh dibuat dan yang tidak yang telah dipersetujui.
Garang hanya jika mereka sudah melampaui batas dan perlu dibetulkan setelah cara berlembut tidak berkesan. Perlu dirotan bagi yang sudah berusia 10 tahun itu jika dia masih meninggalkan solat. Namun, laksanakanlah (administer) hukuman itu dengan cara berhemah. Elakkan berleter.
Dalam mendidik anak untuk bersolat, melakukan ibadah khusus dan berakhlak mulia, tidak akan mudah mencapai hasil jika kita tidak melakukannya dan mewujudkan suasana untuk anak itu mudah bersolat. Contoh, jika kita tidak mewujudkan solat berjemaah di rumah, maka payah juga anak untuk menjadikan ini satu tabiat mereka. Kerana anak-anak kecil ini, mula-mulanya mereka ikut-ikut saja. Lama-kelamaan ia akan membentuk tabiat dan kemudiannya membentuk keperibadian.
Didiklah anak dengan penuh kasih-sayang dan tegas. Ingatlah bahawa andalah ketua dan bukan mereka. Maka tidak semua permintaan mereka perlu dipenuhi dan tidak juga pandangan mereka dipandang remeh.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.