Anak-anak yang sedang membesar akan belajar dari pelbagai sudut. Tidak suka dipaksa, mereka lebih gemar belajar dengan cara yang menyeronokkan. Biarpun belajar sambil bermain, ia sebenarnya sangat membantu untuk anak lebih mudah fokus dan memahami tentang sesuatu.
Salah satu cara untuk mama papa galakkan anak-anak belajar adalah dengan membenarkan mereka bermain dengan air. Kedengaran pelik, tetapi sebenarnya sangat bagus untuk perkembangan anak-anak. Sangat membantu!
Kebaikan Bila Anak Main Air
Salah satu kebaikan apabila anak bermain dengan air sebenarnya dapat merangsang mereka untuk berfikir dan meningkatkan kemahiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai contoh, mereka dapat belajar tentang sains bagaimana objek terapung atau tenggelam.
Selain itu, dengan bermain air juga secara tidak langsung mengajar anak tentang ilmu matematik. Ketika mengisi air dalam bekas, mereka boleh belajar tentang sukatan dan sebagainya.
Anak-anak juga akan menggunakan kemahiran motor kasar dan halus ketika bermain dengan air. Mengangkat bekas berisi air dapat merangsang motor kasar manakala bermain dengan span basah dapat melatih motor halus anak. Bagus kan?
Anak Belajar Tentang Emosi & Kemahiran Sosial
Tanpa disedari, apabila anak bermain dengan air sebenarnya dapat membantu anak meluahkan emosi mereka. Perasan atau tidak, anak-anak merasa sangat seronok apabila berendam dalam tab manid atau kolam renang.
Ketika bermain, terutamanya di tempat rekreasi seperti taman tema air sebenarnya menggalakkan anak untuk bergaul dengan kanak-kanak lain. Mereka akan cenderung untuk ‘membuat’ kawan baru dan bermain bersama-sama.
Bagusnya bila bermain air, anak juga dapat belajar untuk berfikir secara kreatif. Sel otak yang berhubung akan membantu anak untuk belajar berimaginasi. Contoh paling dekat, ketika bermain air mereka akan membayangkan diri mereka menjadi ahli bomba, askar, tukang kebung, chef dan sebagainya.
Bawalah Anak Ke Taman Tema Air!
Sebagai satu galakan untuk merangsang emosi, kemahiran berfikir serta membantu anak-anak untuk mengurangkan rasa stres, mama papa boleh boleh bawa mereka ke taman tema air.
Tahukah mama papa, taman tema air yang sesuai untuk seisi keluarga adalah Sunway Lost World Of Tambun? Bahkan taman tema air ini telah terpilih menjadi salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2022 untuk anugerah Taman Tema Air Luar KL Paling Happening Pilihan Pa&Ma. Tahniah!
Bestnya Sunway Lost World Of Tambun!
Bagi anda yang merancang percutian hujung minggu di luar Lembah Klang, Sunway Lost World Of Tambun yang terletak di Ipoh, Perak ini pastinya menjanjikan cuti hujung minggu yang cukup bermakna buat anda dan keluarga.
Sunway Lost World Of Tambun yang berkeluasan 40 ekar dan dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 ini bukan sekadar sebuah taman tema air tetapi ia merupakan satu lokasi hiburan keluarga yang menawarkan pelbagai tarikan istimewa.
Taman tema yang bersifat pengembaraan dalam taman, Sunway Lost World Of Tambun ini menjanjikan yang terbaik buat anda di hujung minggu. Tidak hanya semata-mata taman tema air, Sunway Lost World Of Tambun mempunyai lapan taman utama yang pastinya mampu memukau pengunjung di dalam dunia pengembaraan.
Kelapan-lapan taman ini terdiri daripada Lost World Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Petting Zoo, Lost World Hot Springs & Night Park, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley, Lost World Adventure Park dan Lost World Hippo Kingdom.
Tidak hanya sarat dengan aktiviti air dan permainan yang menguji adrenalin bahkan anak-anak berpeluang berinteraksi dengan pelbagai haiwan di Lost World Petting Zoo. Taman tema Sunway Lost World Of Tambun juga dibuka sehingga malam dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung menikmati masa hebat ketika di sini.
Raikan Rabbit Wonderland Di Sunway Lost World of Tambun Pada Tahun Baru Cina Ini!
Paling menarik sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ini, Sunway Lost World of Tambun akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina dimana taman-taman akan diterangi dengan tanglung dan dihiasi dengan bunga-bunga yang beraneka warna.
Semua acara menarik dan gilang gemilang ini bermula dari 20 Januari sehingga 29 Januari 2023 ini.
Paling menarik, konsep Rabbit Wonderland dengan tema Water Rabbit turut diketengahkan. Idea hebat ini diilhamkan oleh Hobbit House dimana 14 lubang hobbit yang berbeza dan unik yang menempatkan 14 baka arnab yang rare di dalam setiap lubang.
Tidak hanya keseronokkan bermain, di sini juga tersedia pelbagai acara menarik sepanjang Tahun Baru Cina ini. Antaranya seperti tarian singa akrobatik, God of Prosperity, Dream Bunny dan Luminous Dragon Dance serta Hopping New Year, Chinese Culture Meet and Greet, Hari Musim Bunga dan Tarian Muhibbah.
Jangan lepaskan peluang ke sini!
Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut tentang Sunway Lost World Of Tambun, bolehlah layari https://sunwaylostworldoftambun.com/, ke laman Facebook https://www.facebook.com/lostworldoftambun, ke laman Instagram https://www.instagram.com/sunwaylostworldoftambun/ atau hubungi talian +605 542 8888