Waktu kecil dulu, kita cukup seronok kalau hujan turun. Bukan apa, bolehlah mandi hujan. Ibu ayah pun tak marah, cumanya lepas tu kena mandi semula dengan air bersih. Pun begitu, sekarang ni kita tak benarkan anak-anak bermain di bawah hujan.
Risau anak tak sihat dan mudah demam, sebab itulah ibu ayah tak bagi anak bermain hujan. Menurut Dr. Taufiq Razif, sebenarnya ada manfaat jika anak mandi hujan.
Ikuti penjelasan ini;
Tak ramai mak ayah tahu manfaat anak mandi hujan ni..
Antara kebaikan mandi hujan pada anak adalah:
– Sebagai Tactile Stimulation untuk anak
– Baiki kestabilan emosi anak
– Cipta memori terindah untuk anak
– Kuatkan sistem imun anak
Baca Juga:
Bangga Dengan Kerja Ayah! Kanak-Kanak Ni Gayakan Uniform Ayah Untuk Tema Kerjaya
Usia Baru 7 Tahun, Impian Arkan Bergelar Pilot Jadi Kenyataan. Memang Ada Bakat!
Seronok Dapat Beg Idaman, Sampai Menitis Air Mata. Sikap Kanak-Kanak Ni Dipuji Ramai
Memang suhu yang rendah buatkan kuman jadi lebih mudah membiak dan itulah kenapa hujan kerap kali dikaitkan dengan demam tapi ketika mandi hujan itulah masanya anak kita nak siapkan tentera pertahanan tubuh yang lebih kuat dan lebih kebal dengan kuman kuman jahat.
Memang ada kajian menunjukkan mak ayah yang terlalu overprotective ni buatkan anak anak jadi makin mudah sakit sebab sistem imun dalam badan anak tak diberi peluang langsung untuk beraksi.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/