Biasa tengok situasi bila anak menangis, ibu ayah akan beri gajet untuk senyapkannya. Tanpa sedar ini adalah bahaya zaman sekarang yang boleh merosakkan anak-anak.

Ia adalah perkara normal yang selalu berlaku di kalangan ibu bapa muda zaman sekarang.

Selain bertujuan untuk senyapkan anak ramai beranggapan dengan mendedahkan si kecil pada gajet sejak kecil ia membantu anak lebih cepat belajar dan menjadi bijak. Betulkah?

Seorang guru pendidikan awal kanak-kanak, Puan Dianna Razalli mempunyai pandangan yang berbeza tentang hal ini dan sama sekali tidak bersetuju dengan cara mendedahkan anak kecil kepada gajet.

Apa yang berlaku ni?

Merata-rata stroller with tab berkeliaran di Malaysia?

IKLAN

Paling sedih anak-anak yang duduk dalam stroller sambil melihat tab adalah bawah setahun.

Tahukah bahawa gejala ini BAHAYA!

Atau rata-rata yang tidak tahu keburukan gadget bagi anak-anak berusia 2 tahun ke bawah?

Bila Anak Menangis, Ibu Ayah Beri Gajet Untuk Senyapkannya. Ini Bahaya Zaman Sekarang Yang Tak Disedari
Jangan lupa kesan bahaya pada perkembangan anak

Ni belum lagi di meja makan, semasa di rumah, perjalanan pulang iaitu semasa di dalam kereta, semasa di rumah rakan-rakan. Anak berkepit dengan tab bagi mendiamkan mereka.

Ada yang bertanya pada Teacher Dee “habis tu nak buat apa Teacher Dee anak-anak menangis, menghentak-hentak bila bagi HP/tab terus senyap?

Kena check kenapa anak begitu, jika dari lahir dah dimulakan dengan segala bagai teknologi inilah salah satu akibatnya.

IKLAN

Ada yang kata “im not agree with u”. “Anak i pandai macam-macam semua disebabkan hp n tv”

what?

Teacher Dee tak nak halang, terpulanglah pada ibu bapa yang bijaksana dan lebih arif yang mendidik anak-anak.

Namun jangan kata Teacher Dee tak payung. Jangan sampai satu hari nanti tiba-tiba:

IKLAN
  • kena tambah kos beriban untuk hantar terapi pada anak-anak

  • menangis orang tak nak terima anak kita di sekolah biasa

  • Terasa stress kerana anak tak seperti anak orang lain

  • Dan finally menjawab kerana tak menjaga amanah dengan baik

Ibu bapa yang bijak mencari ilmu atau mencari orang yang boleh bantu diri kita menjadi ibu bapa yang terbaik.

Berapa ramai yang habiskan masa dengan teknologi tanpa sedar anak dah besar?

Jangan kata saya ada duit nak hantar anak terapi. Jangan bongkak dengan kata-kata kerana nanti termakan sendiri.

Pilihan di tangan kita. Kita yang mencorakkan. Jika pernah tersalah langkah pulanglah ke pangkal jalan. Mohon pada Allah, kerana semua yang berlaku dengan izinya. Allah mengikut sangkaan hambanya.

Jom audit diri. 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI