Setiap ibu bapa pasti pernah berdepan dengan situasi anak yang mengamuk, menjerit atau menangis tanpa henti terutama di tempat awam! Kadang-kadang, kita sendiri jadi hilang sabar. Tapi hakikatnya, tantrum bukanlah tanda anak nakal. Ia sebenarnya tanda anak sedang bergelut dengan emosi yang mereka belum mampu kawal.

Bila Anak Mengamuk, Jangan Panik Mama! 10 Cara Lembut Kawal Tantrum Dengan Efektif

Tantrum boleh jadi peluang untuk ibu ayah melatih anak memahami dan mengurus emosi mereka dengan lebih baik. Jom Pa&Ma kongsikan 10 langkah bijak untuk bantu anak bertenang dan elakkan stres buat Mama Papa juga.

 1. Bertenang Dulu, Mama Papa

Apabila anak mengamuk, perkara pertama yang perlu dibuat bukanlah memarahi mereka tetapi mengawal diri sendiri dahulu. Anak yang sedang beremosi perlukan contoh tenang daripada ibu bapa. Jika Mama Papa turut menengking atau marah, suasana akan makin tegang.
Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan, dan katakan pada diri, “Aku nak bantu anak, bukan lawan dia.” Bila kita tenang, anak pun lebih mudah ikut rentak kita.

Bila Anak Mengamuk, Jangan Panik Mama! 10 Cara Lembut Kawal Tantrum Dengan Efektif

 2. Iktiraf Emosi Anak

Sebelum menasihat atau menegur, akui dahulu perasaan anak. Contohnya, “Mama tahu adik marah sebab tak dapat mainan tu.” Dengan pengiktirafan begini, anak rasa difahami dan tidak disalahkan. Anak kecil belum tahu cara luah marah dengan kata-kata, jadi bila kita faham, mereka belajar yang emosi itu normal dan boleh dikawal dengan kasih.

3. Terangkan Tentang Had dan Batas

Bila anak mula menolak peraturan, jangan terus marah. Gunakan nada lembut dan konsisten.
Contoh:

“Bukan Mama tak nak bagi coklat, tapi kalau makan selalu nanti gigi rosak.”


Penjelasan logik dan lembut bantu anak faham sebab di sebalik larangan. Lama-lama, mereka akan belajar kawal diri tanpa perlu disuruh berkali-kali.

Ads

Bila Anak Mengamuk, Jangan Panik Mama! 10 Cara Lembut Kawal Tantrum Dengan Efektif

4. Beri Pilihan Pada Anak

Anak yang rasa dikawal sepenuhnya mudah melawan. Jadi, beri mereka peluang buat pilihan mudah.
Contohnya,

“Adik nak mandi sekarang atau lima minit lagi?”


Pilihan kecil ini beri rasa dihormati dan kawalan diri (sense of control), sekaligus membantu anak lebih mudah bekerjasama tanpa drama.

5. Alihkan Perhatian Dengan Positif

Kadang-kadang, cara terbaik redakan tantrum ialah ubah fokus anak. Gunakan suara ceria dan ekspresi lembut.
Contoh:

“Eh, adik tengok tu! Besarnya belon tu!”

Teknik ini berkesan untuk anak kecil yang belum faham penerangan panjang lebar. Mereka akan cepat lupa punca marah bila tumpu pada perkara baru yang menyeronokkan.

Ads

6. Tunggu 2–3 Minit Sebelum Tindakan

Apabila anak menangis kuat, jangan terus cuba hentikan. Biarkan mereka lepaskan emosi selama beberapa minit.
Bila tangisan reda, dekati anak dan peluk.
Kata dengan lembut:

“Dah okay sekarang? Mama tahu adik sedih tadi.”

Pelukan dan empati adalah ubat paling mujarab untuk tenangkan jiwa anak kecil.

7. Gunakan Penegasan Positif

Anak belajar lebih baik dengan pujian dan ganjaran, bukan hukuman. Bila anak berjaya kawal diri, puji dengan ikhlas.
Contoh:

“Bagusnya adik tadi tunggu giliran. Mama bangga!”

Penegasan positif buat anak rasa dihargai dan yakin diri. Ia juga mengurangkan risiko tantrum berulang.

Ads

Bila Anak Mengamuk, Jangan Panik Mama! 10 Cara Lembut Kawal Tantrum Dengan Efektif

8. Cipta Rutin yang Konsisten

Anak kecil rasa lebih selamat apabila mereka tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Rutin seperti waktu makan, tidur dan bermain yang konsisten bantu kurangkan tantrum.
Bila anak tahu jangkaan harian, mereka lebih mudah patuh dan tidak mudah “hilang kawalan” bila sesuatu tak kena pada masa atau tempatnya.

9. Elak Guna Ancaman atau Hukuman Fizikal

Ramai ibu ayah tergoda nak “menyergah” bila anak mengamuk, tapi cara ini hanya buat anak lebih takut bukan faham. Hukuman fizikal mungkin buat anak diam sekejap, tapi tidak mengajar mereka cara mengawal emosi. Gunakan kata-kata lembut tapi tegas, dan jelaskan akibat dengan kasih:

“Kalau adik baling barang, boleh cedera. Lepas ni kita cuba cakap, bukan baling, ya?”

10. Peluk, Peluk dan Peluk Lagi

Jangan sesekali kedekut dengan pelukan. Biarpun anak sedang marah, pelukan yang lembut boleh menjadi bahasa kasih paling kuat. Ia memberi isyarat bahawa

“Mama sayang adik walaupun adik marah.”

Pelukan bukan sekadar tenangkan anak, tapi juga bantu tubuh mereka keluarkan hormon tenang (oxytocin). Itulah yang paling anak perlukan bila dunia kecilnya terasa huru-hara.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Bila Anak Mengamuk, Jangan Panik Mama! 10 Cara Lembut Kawal Tantrum Dengan Efektif

Pesanan Buat Mama Papa

Ingat, tantrum bukan ujian untuk kesabaran anak, tapi ujian untuk ketenangan kita sebagai ibu bapa. Anak belajar daripada cara kita mengawal diri, bukan daripada kata-kata kita semata.Setiap kali anak mengamuk, pilihlah untuk menjadi pelabuhan tenang mereka bukan ribut yang membalas ribut.

Didik dengan kasih, bukan dengan jeritan.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI