Bila Anak Menguji Kesabaran, Bukan Marah. Ibu Ini Kongsi Tipnya & Memang Menjadi!

Share

Ibu-ibu bila dah ada anak, semua perkara akan dititikberatkan. Setiap hari kalau tak dengar suara ibu, pasti anak-anak atau suami akan pelik.

Menerusi perkongsian ibu ini, Puan Wan Nur Syakira daripada ibu atau ayah membebel, baiklah kita selitkan dengan zikir agar anak-anak kita semua akan menjadi anak cemerlang dunia akhirat.

Sejak kita ada anak ni, memang banyak sangat mulut ni berzikir. Bila anak nak tidur, dodoikan dengan zikir. Kalau sejam, sejam lah keluar semua zikir yang yang kita tahu.

Mula-mula slow, lama-lama makin kuat sebab kenapa tak tidur lagi ni. Tak pun mula-mula kuat, lama-lama makin perlahan sebab mak ayahnya tidur sekali. 😂

Bila ajak anak masak sama-sama atau dia nak join sama-sama, sepanjang proses memasak tu, berzikir melihat telatah dia.

Tangan kecil dok rasa garam, gula, celup tu, celup ini. Bila anak meragam dan tengah menguji kita dengan kelakuan belum matang ni,

Lafaz istighfar dan ” ya Allah ” automatik keluar. Breath in breath out. Merayu betul dengan Allah bagi jiwa yang sabar.

Tak pun sekarang, bila rasa marah, teringat lagu Little Ammar, ” Bila rasa marah, tenang hati ‘. Nyanyilah ummi di depan anak. 😂

Bila anak terjatuh, ” Allahuakbar” terus terpacul. Bila bercakap dengan anak, sebab kita nak anak pun dibudayakan dengan perkataan yang baik, kita ajar anak sebut Alhamdulillah bila dapat sesuatu.

Kita ajar anak sebut Subhanallah, MasyaAllah kalau nampak benda yang Allah ciptakan tu cantik dan hebat.

Kita pun ajar sebut istiazah bila nak lindungi diri kita dari syaitan. Kita ajar sebelum mula , baca Bismillah.

Begitulah. Rupanya anak lahir nak bagi ibu ayah banyak berzikir, ingat pada Allah. 😊
Ibu ayah yang berusaha menjadi lebih baik dan baik untuk anak contohi. Yang sentiasa cuba mengingati Allah dalam tiap urusan.

Kerana perjalanan menjadi ibu ayah itu adalah perjalanan melatih, membentuk dan menjadi kita yang lebih baik.

Kredit: Wan Nur Syakira

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race! Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Published by
Wan Amy