“Kenapa bulan ikut kereta kita, mama?” “Kenapa awan warna putih?” “Kenapa burung tak pakai kasut?”
Soalan macam ni selalu muncul bila anak mula membesar dan perasan benda-benda sekeliling. Kita mungkin anggap soalan tu lucu atau pelik, tapi sebenarnya itu adalah tanda otak anak sedang aktif berkembang. Dia sedang belajar untuk berfikir, memerhati dan mempersoalkan dunia di sekeliling dia.
Anak-anak yang selalu bertanya sebenarnya sedang tunjukkan minat untuk memahami. Bila kita marah atau jawab dengan remeh, kita sebenarnya sedang matikan rasa ingin tahu tu. Anak akan mula fikir, “Tak payah tanya, mama pun malas jawab.” Lama-lama dia berhenti bertanya, dan dari situ juga dia berhenti belajar.
Ads
Sebaliknya, bila kita sambut soalan dia dengan senyuman dan cuba jawab walaupun dengan jawapan paling mudah, kita sedang tanamkan benih keyakinan dan hubungan yang kuat. Kita tak perlu tahu semua jawapan. Kalau tak tahu, kita boleh kata, “Mama pun tak tahu, jom kita cari sama-sama.” Ajak anak cari dalam buku, tengok video, atau tanya orang lain. Proses mencari jawapan tu yang akan ajar anak tentang keseronokan belajar.
Soalan pelik bukan petanda anak nak mengada. Itu bukti dia sedang membina pemikiran. Semakin banyak soalan dia, semakin luas dunia dia. Dan anak yang rasa dia boleh tanya apa saja dekat mak ayah, akan jadi anak yang selesa bercakap bila dia besar nanti.
Ads
Bila kita sibuk, mungkin kita tak sempat layan semua soalan. Tapi cuba luangkan masa walau sebentar. Bagi ruang untuk dia bercakap dan kita jadi pendengar. Kadang, anak bukan perlukan jawapan tepat. Dia cuma nak tahu, adakah kita ambil tahu?
Ads
Waktu anak tanya soalan pelik, itulah peluang kita nak connect dengan dia. Bukan dari segi jawapan, tapi dari segi kehadiran dan kesediaan kita untuk masuk ke dunia kecil dia.
Jangan padam rasa ingin tahu anak hanya sebab kita letih. Sebab satu hari nanti, bila dia dah diam dan tak tanya apa-apa, kita akan rindu suara kecil yang selalu tanya, “Mama… kenapa?”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip ajar anak berpuasa tanpa rasa terpaksa. Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu ibadah yang penting bagi umat Islam. Namun, bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, ia boleh menjadi satu cabaran besar.
Tip Ajar Anak Berpuasa Tanpa Rasa Terpaksa
Sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan mereka melalui pengalaman ini dengan rasa seronok dan bukan satu paksaan.
Berikut adalah 7 tip bagaimana mengajar anak berpuasa penuh dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.
7 Tip Mudah Anak Puasa Penuh Ramadan
1. 1-2 minggu sebelum Ramadan dah mula cerita keterujaan kita nak sambut Ramadan. Beri heads up awal agar minda anak juga bersedia.
2. Buat plan dan target. Buat plan list dan target tentang aktiviti baru khas Ramadan. Contohnya ada tabung sedekah, Sahur on time setiap hari. Buat target khatam Quran dan plan buat majlis. Peringkat keluarga kecil kita saja. Ini umpama reward. Sesuatu yang buat anak excited.
3. Setiap malam ceritakan keindahan dan Magik Ramadan. Solat jemaah Maghrib hingga Terawih bersama itu saat yang sangat best untuk bercerita.
4. Sediakan juadah sahur kegemaran yang mengenyangkan. Jangan sekali-kali paksa anak jika menolak untuk makan nasi. Lidah kelat pagi-pagi. Boleh gantikan dengan oat brownies, hummus kurma, juadah yang manis-manis asli yang sihat. Berikan minum air secukupnya sangat penting untuk kuat berpuasa.
5. Sediakan makanan favourite dia masa berbuka. Keseronokan orang berpuasa walaupun kita yang dewasa adalah masa berbuka kan. Tanya dia apa nak makan berbuka nanti. Sediakanlah makanan ikut kegemarannya sebagai reward dan buat dia rasa bestnya berpuasa.
6. Biarkan anak bebas buat aktiviti yang dia suka. Main board games sangat mengisi masa. Tidak perlu rigid pada aktiviti spiritual semata.
7. Sorok makanan dan buah kegemarannya sepanjang waktu berpuasa untuk elak trigger dia nak berbuka.
Semoga perkongsian tip mudah nak ajar anak berpuasa penuh di bulan Ramadan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah.
Apapun jangan sekali-kali kita paksa. Kita buat cara halus.
Mengajar anak berpuasa penuh bukanlah sesuatu yang perlu dilakukan secara paksaan. Dengan pendekatan yang betul, mereka akan belajar berpuasa dengan gembira dan penuh kesedaran.
Yang paling penting, berikan mereka sokongan, bimbingan, dan kasih sayang sepanjang perjalanan ini. Insya-Allah, mereka akan membesar menjadi individu yang lebih kuat dan bertakwa.
Semoga Ramadan kali ini menjadi titik permulaan yang baik untuk anak-anak kita dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Kasut ‘squeaky’ memang nampak comel bila anak pakai tapi ganggu proses belajar berjalan. Kasut ‘squeaky’ atau kasut berbunyi sering kali menjadi pilihan ibu bapa kerana bunyinya yang comel dan menghiburkan.
Kasut ‘Squeaky’ Memang Nampak Comel Bila Anak Pakai Tapi Ganggu Proses Belajar Berjalan
Setiap kali anak melangkah, kasut ini akan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian. Di sebalik kecomelannya, kasut ‘squeaky’ sebenarnya boleh memberikan kesan negatif terhadap proses pembelajaran berjalan semula jadi anak.
Menurut Public Health Malaysia kasut berbunyi ini boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak. Ini kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Mungkin anda rasa ia comel dan kanak kanak sukakannya, namun ia bukan pilihan yang terbaik untuk dipakai secara harian.
Kasut berbunyi boleh mengganggu proses pembelajaran berjalan semula jadi anak kerana mereka mungkin terlalu tertumpu kepada bunyi yang dihasilkan daripada langkah mereka.
Dari segi keselamatan, bunyi squeaky boleh mengganggu perhatian kanak-kanak, menyebabkan mereka kurang fokus terhadap persekitaran mereka.
Kasut ini juga menyebabkan anak-anak mengubah cara berjalan mereka untuk terus mendengar bunyi, yang boleh menjejaskan postur
Paling penting, kasut ini sebenarnya sangat menggangu ketenteraman orang lain terutama di tempat awam seperti hospital, klinik dan pejabat.
Dari segi kebaikan, kasut jenis ini memberi motivasi untuk kanak kanak belajar berjalan. Ia membantu ibu bapa untuk peka kepada pergerakan anak dan beri keseronokan pada anak.
Mungkin lebih baik, kasut ini hanya di pakai di persekitaran rumah dengan pengawasan ibu bapa, bukan untuk kegunaan harian dan di tempat awam.
Alternatif Kasut untuk Anak Kecil
Sebagai alternatif, ibu bapa boleh memilih kasut yang lembut, fleksibel, dan tanpa bunyi untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan. Kasut yang sesuai untuk belajar berjalan sepatutnya memberi sokongan yang baik tanpa menghalang pergerakan semula jadi kaki.
Kasut dengan tapak yang nipis dan lembut juga membantu anak merasakan permukaan lantai dengan lebih baik, yang penting untuk keseimbangan dan koordinasi.
Kesimpulannya walaupun kasut ‘squeaky’ mungkin kelihatan comel dan menyeronokkan, ibu bapa perlu berhati-hati dengan kesan jangka panjang yang mungkin dihadapi oleh anak-anak mereka.
Pembelajaran berjalan adalah proses penting dalam perkembangan motor kasar anak, dan adalah penting untuk memberikan mereka persekitaran dan alat yang terbaik untuk menyokong proses ini.
Memilih kasut yang sesuai tanpa gangguan bunyi adalah langkah yang bijak untuk memastikan anak-anak dapat belajar berjalan dengan betul dan semula jadi.
Rumah tangga penyanyi, Adira Suhaimi dan suami, Datuk Seri Adnan Abu menemui noktah selepas suaminya, Datuk Seri Adnan Abu melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat. Ikatan perkahwinan pasangan ini terlerai selepas sembilan tahun hidup bersama.
Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang selepas penyanyi berkenaan memfailkan penceraian kerana mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinannya.
Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan penceraian kerana mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinannya.
Bagaimanapun, Adnan tidak bersetuju dengan permohonan dibuat isteri keduanya itu dan ingin menyelamatkan rumah tangga mereka.
Untuk rekod, Adira memfailkan permohonan cerai terhadap Adnan di mahkamah ini pada 1 April 2019 namun menarik semula permohonan itu bagi memberi peluang kedua kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak
Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun manakala perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
Perceraian ibu bapa boleh memberi kesan yang mendalam kepada anak-anak, dan kesan tersebut berbeza-beza bergantung pada usia anak, kepribadian, dan situasi keluarga.
Jangan Sampai Emosi Mereka Terganggu
Berikut adalah beberapa kesan umum yang mungkin dihadapi oleh anak-anak apabila ibu bapa mereka bercerai:
Emosi Yang Terganggu
Anak-anak boleh merasa sedih, marah, kecewa, atau bingung mengenai perceraian. Mereka mungkin juga berasa bersalah, dengan fikiran yang salah paham bahawa mereka mungkin menjadi penyebab perceraian tersebut.
Masalah Tingkah Laku
Beberapa anak mungkin menunjukkan masalah tingkah laku sebagai reaksi terhadap perceraian. Ini boleh termasuk pergaduhan, melanggar peraturan, atau menarik diri dari aktiviti sosial dan sekolah.
Gangguan emosi dan perubahan dalam rutin harian boleh menyebabkan penurunan prestasi akademik. Anak-anak mungkin mendapati sukar untuk memberi tumpuan pada pengajian mereka.
Perubahan dalam Hubungan Keluarga
Anak-anak mungkin merasa tertekan antara dua ibu bapa, terutama jika terdapat konflik berterusan atau persaingan untuk kasih sayang dan perhatian anak-anak.
Isu Kepercayaan dan Komitmen
Pengalaman perceraian ibu bapa boleh mempengaruhi pandangan anak-anak terhadap hubungan dan kepercayaan. Ini mungkin mempengaruhi kemampuan mereka untuk membina atau memelihara hubungan pada masa depan.
Masalah Kesihatan Mental
Anak-anak yang mengalami perceraian ibu bapa berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan mental seperti kebimbangan, kemurungan, dan rendah diri.
Adaptasi dengan Perubahan
Anak-anak perlu menyesuaikan diri dengan banyak perubahan, seperti berpindah rumah, berubah sekolah, atau hidup dengan satu ibu bapa atau dalam susun atur keluarga yang baru.
Penting untuk ibu bapa untuk menyokong anak-anak mereka sepanjang proses perceraian dengan menjaga komunikasi yang baik, memberi banyak sokongan emosi, dan jika perlu, mencari bantuan daripada profesional seperti kaunselor atau terapis.
Ini dapat membantu mengurangkan kesan negatif perceraian pada anak-anak dan membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...