Bila anak demam memang macam-macam ragam. Tambah lagi bila anak ramai memang senang betul demam tu berjangkit dan buat mak-mak jadi penat sebab setiap minggu si anak akan ‘take turn’ demam.
Sama seperti isteri angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar iaitu Dr Halina yang berkongsi pengalaman menjaga anak-anak yang sakit.
“Adam demam ni.. Maknya tak bagi pakai baju, soh pakai shorts je kat rumah.. tapi dia rasa seram sejuk.. so dia ambik blanket baby yang ada lubang so heat can still escape”
Menurutnya, minggu lepas anak kembarnya yang keempat demam dan minggu ini demam beralih kepada anak kembarnya yang ketiga.
“Last week Noah demam, now Adam pulak. Nampak gaya macam viral fever.. Viral fever ni tak perlu antibiotik. It is self-limiting, inshaAllah dalam 3-5 days nanti baik.. bagi ubat demam bila demam. Ubat flu kalau ada flu.. symptomatic treatment je. Bagi minum air banyak-banyak.. ubat demam tu makan every 6hr, kalau temperature naik balik within less than 6 hrs, tuam dengan air nak turunkan temperature tu”
Dia turut berkongsi bukan mudah untuk menguruskan anak yang ramai dan sukar untuk mengasingkan anak yang sakit. Jadi mental kena sentiasa bersedia dan kuat.
“Fever ni bila temperature lebih daripada 37.5degC… tu dah kira low grade fever. High grade fever pulak bila temp 38.5degC ke atas… selalunya bila dah sampai high grade fever, saya akan bagi suppository PCM.. ni ubat demam yang masuk kat punggung. Tu pun kena standby kat rumah..”
“Tu je nak cerita.. bila anak ramai ni.. paling susah bab nak quarantine. i redha je lah, buat yg terbaik. Mentally kena prepared nak jaga anak2 tak sihat.. diri sendiri pun kena jaga.. Pernah sekali tu Adam, Noah, Eusoff Emelia demam serentak. timing makan ubat semua kena tulis sbb takut salah bg, lepas tu bila I nak pegi keja, i kena handover kat husband pulak.. macam tu lah kitorg bila anak2 tak sihat. Team work!!
“Doakan Adam cepat baik.. ni Eusoff pulak dah macam ada conjunctivitis.. cobaannnn…”
Rata-rata warga net mendoakan kesihatan buat Adam dan Eusoff.
Kredit: Dr Halina
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jururawat Ini Kongsi Simptom Kemurungan Lepas Bersalin Selepas Tular Kes Ibu Kelar Anak Tanpa Sedar
Pasti ramai yang terkejut membaca kisah seorang ibu yang mengelar anak lelakinya berusia setahun tujuh bulan hingga mati.
Menurut petikan dalam Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Felda Jengka 13, Maran, malam tadi, dipercayai dilakukan tanpa sedar.
Menurut suaminya, Muhammad Rizal Jusoh, 42, perbuatan secara tiba-tiba isterinya itu berlaku ketika beliau berada di rumah dan langsung tidak menduga isterinya akan bertindak sedemikian.
Menurutnya, ibu kepada tiga anaknya itu seorang yang penyayang dan tidak pernah berkelakuan mengikut emosi.
“Saya kalau marah anak, dia akan marah saya balik, itu sebab saya tak percaya dia buat begitu. Dia tak sedar apa dia buat. Dia tak mungkin buat begini sebab saya tahu bagaimana dia jaga anak-anak.
“(Ketika itu) Saya tonton televisyen. Anak tidur depan saya,” ujarnya.
Muhammad Rizal berkata, isterinya yang baru selesai mengaji al-Quran kemudian bawa anaknya masuk bilik.
“Tak lama kemudian, saya dengar suara anak merengek lemah dan berasa pelik sedangkan dia tidur. Saya masuk bilik, tengok dia sedang kelar leher anak dengan pisau,” katanya.
Muhammad Rizal yang terkejut kemudian menolak isterinya yang dalam keadaan tidak melawan atau memberi sebarang tindak balas, seolah-olah tidak sedar.
Menurutnya, anak mereka yang berlumuran darah dikejarkan ke Hospital Bandar Pusat Jengka namun disyaki sudah tidak bernyawa sebelum tiba di sana.
“Pegawai perubatan selepas itu juga mengesahkan dia sudah meninggal dunia.
“Selepas kejadian, isteri ada juga bertanya apa yang berlaku dan siapa yang buat semua itu,” katanya lagi.
Muhammad Rizal mendakwa isterinya sering termenung dan kemurungan sejak awal Mei lalu.
Seorang Jururawat terlatih, Bel Nawhen telah menulis satu perkongsian yang sangat berguna kepada semua yang bergelar ibu ayah.
Gejala kemurungan selepas bersalin adalah perkara yang tak boleh dibuat main atau dianggap remeh.
Dapatkan rawatan sebelum ia melarat dan menjadi lebih parah.
Pagi tadi ada mendengar berita tentang ibu mengelar anaknya yang berusia 2 tahun.
Dari apa yang dikatakan si suami, isterinya ada mempunyai simptom depression atau halusinasi dan tidak pernah mendapat rawatan di mana-mana pusat kesihatan mental.
Halusinasi yang dialami si ibu merupakan salah satu tanda bahawa si ibu mempunyai kecelaruan mental yang mana sering tidak dipandang berat dan diremehkan atas alasan si ibu mengada-ngada ataupun sengaja mencari perhatian.
Diusia muda lingkungan 31 tahun dan sudah punya 3 orang anak terkadang memberikan satu tekanan fizikal dan mental dalam membesarkan anak-anak yang sedang dalam proses pembesaran.
Dalam hal ini, banyak sudut perlu diperhatikan dari segi mula melahirkan hingga ke anak yang semakin membesar kerana gejala depression boleh berterusan jika tidak dirawat.
Tanda Gejala Kemurungan
Sebenarnya, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang itu berkemungkinan mengalami gejala kemurungan selepas bersalin tetapi anda tidak perasan atau menyangkakan ia merupakan tanda biasa kerana cuba menyesuaikan diri dengan tempoh berpantang.
• Berfikiran Negatif
Sering memikirkan sesuatu yang negatif jika terjadi sesuatu semasa proses berpantang. Sebagai contoh, merasa akan mencederakan anak jika anak sering meragam atau menangis tanpa sebab. Ada tu, merasakan perlu melarikan diri dari semua orang ekoran tidak mampu mengawal keadaan antara diri dan anak yang baru lahir.
Dalam keadaan ini, anda akan mengharapkan bantuan dan sokongan dari keluarga terutama suami ataupun bantuan professional dari doktor.
Kesukaran menyesuaikan diri dalam keadaan ini merupakan antara gejala kemurungan selepas melahirkan.
• Cepat Marah atau Mudah Baran
Ada waktu, anda akan merasa mudah marah dan cepat melenting atau naik angin. Anda akan melepaskan amarah itu tidak kira kepada bayi anda, pasangan, ahli keluarga ataupun rakan sekerja walaupun atas perkara kecil. Anda juga akan mudah merasa sakit hati atas apa yang orang lain lakukan yang menyinggung perasaan anda.
Cepat marah, lambat sejuk merupakan salah satu gejala kemurungan kerana anda terlalu memendam rasa dan apabila tidak boleh dikawal, maka anda akan melepaskan perasaan itu.
• Mudah Lupa
Anda tiba-tiba menjadi pelupa. Terkadang benda kecil seperti sudah beri anak menyusu atau mandi pun anda terpaksa mengambil masa untuk mengingat semula.
Ini bukan tanda ada wayar sudah putus, ada urat sudah putus sewaktu proses melahirkan. Kemurungan itu sebenarnya memberi kesan terhadap daya ingatan seseorang.
• Sukar Tidur (Insomnia)
Ini rasanya ramai yang alami lebih-lebih lagi walaupun letih selepas melahirkan, anda masih tidak mampu untuk tidur. Ataupun. Walau telah tidur, anda masih merasa letih dan lesu.
Ini menunjukkan mental anda yang sedang penat, bukannya tubuh anda.
• Rasa Kosong
Anda tidak ada apa-apa perasaan tidak kira emosi ataupun rasa kasihan kepada apa pun.
Apa yang anda lakukan umpama robot tanpa anda sedar perlakukan yang anda sedang buat.
Anda tidak teruja lagi dengan kelahiran anak anda, menikmati breastfeeding journey atau merasakan perlu untuk memujuk dan menjaga anak apabila anak menangis.
Dari segi perubatan dan sains gangguan perasaan wanita selepas bersalin dibahagikan kepada 3 peringkat mengikut tahap keterukan, iaitu gangguan perasaan ringan (postpartum blues), kemurungan (depression) dan gila meroyan (postpartum psychosis)
1. Gangguan Perasaan Ringan (Post Partum Blues/Baby Blues)
Seorang ibu yang mengalami postpartum blues akan berasa sedih, penat dan mengalami mood yang tidak menentu. Semua orang mungkin akan mengalami keadaan ini, termasuklah orang yang tidak pernah mengalami masalah mental ataupun tekanan emosi sebelum atau semasa mengandung terutama ibu-ibu yang melahirkan buat kali pertama.
Beberapa penyesuaian diperlukan oleh wanita dalam menghadapi aktiviti dan peranan barunya sebagai ibu pada minggu-minggu atau bulan-bulan pertama setelah melahirkan, baik dari segi fizikal mahupun psychology. Sebahagian wanita berjaya menyesuaikan diri dengan baik,tetapi sebahagian lainnya tidak berhasil menyesuaikan diri dan akan mengalami gangguan psikologi..
Namun gejala ini sangat ringan dan biasanya akan baik sendiri tanpa rawatan. Perubahan emosi ini kerap berlaku pada hari ke-3 hingga ke-5 selepas bersalin, dan berkurang selepas hari ke-10, kemudian emosi mereka biasanya kembali stabil. Mungkinlah apabila orang komen mengenai bayi, penyusuan ibu dan sebagainya, ibu rasa sentap dan terus memendam perasaan dan menyebabkan kesedihan itu berpanjangan.
2. Kemurungan (Postpartum Depression)
Kemurungan adalah masalah yang lebih serius dan perlu mendapat rawatan. Keadaan ini menimpa 1 daripada 8 ibu dan lebih kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas melahirkan anak. Bermakna, postpartum depression mengambil masa yang lebih lama untuk terjadi. Ibu juga mungkin sudah mengalami masalah mental atau tekanan beberapa bulan sebelum gejala kemurungan semasa berpantang muncul.
Gejalanya sama sahaja dengan postpartum blues tetapi biasanya lebih teruk .Ibu-ibu ini mempunyai faktor risiko tertentu dan lebih cenderung untuk mendapat kemurungan selepas bersalin (kemungkinan berlaku rentetan daripada gejala postpartum blues yang berpanjangan)
Faktor yang boleh meningkatkan risiko kemurungan selepas bersalin ialah:
Stress
Sejarah kemurungan selepas bersalin untuk kelahiran sebelumnya.
Mempunyai masalah tekanan emosi yang tidak berkaitan dengan kandungan.
Kehidupan alam rumah tangga yang bermasalah
Tiada tempat meluahkan perasaan
Tekanan hidup sebelum, semasa atau selepas bersalin.
Tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada suami serta keluarga dalam pengurusan bayi dan diri sendiri (terutama bagi kes ibu yang melahirkan bayi sulung).
Trauma yang terbawa-bawa jika pernah mengalami kehilangan bayi sebelum kelahiran sekarang
Kesukaran dalam menangani masalah bayi menangis di tengah-tengah malam ditambah dengan badam yang letih akibat ‘labour stage’ yang lama serta kesakitan akibat luka melahirkan atau pembedahan.
Masalah dengan orang tua atau mertua (terutama dalam amalan berpantang yang kadangkala terlalu ketat)
Bayi mengalami jaundice/perlu ulang alik ke hospital atau klinik.
Masalah dalam menyesuaikan diri dengan bayi yang baru lahir selain dengan anak yang sedia ada yang juga memerlukan perhatian.
Menahan rasa rindu dan merasa jauh dari suami (bagi ibu yang pertama kali melahirkan)
Perilaku anak semakin nakal sehingga ibu menjadi stress
Gangguan corak tidur ibu pada malam hari kerana bayinya menangis.
Setiap kegiatan ibu menjadi terbatas kerana hadirnya seorang bayi.
Takut melakukan hubungan suami isteri kerana takut mengganggu bayi selain trauma di bahagian sulit semasa melahirkan.
3. Psikosis
Psikosis selepas bersalin atau gila meroyan merupakan peringkat paling teruk dan jarang berlaku selepas bersalin. Gila meroyan boleh berlaku secara tiba-tiba, biasanya dalam 2 minggu pertama selepas bersalin dan ada yang berlaku dalam masa 48 jam.
Ibu-ibu ini biasanya tidak lagi berpijak di bumi nyata dan mengalami simptom-simptom psikosis termasuk nampak sesuatu yang tiada atau mendengar suara yang tidak didengari orang lain. Ini boleh meningkatkan kecenderungan untuk mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling, terutama bayinya disamping idea untuk bunuh diri sendiri muncul dalam kepala.
Ibu yang berisiko untuk mendapat psikosis selepas bersalin:
Mempunyai sejarah masalah mental atau pernah mengalami gila meroyan dalam kandungan sebelum ini.
Sejarah keluarga yang mempunyai masalah gila meroyan, terutama ibu atau kakak.
Gelaja kemurungan yang berpanjangan selain punca masalah kemurungan gagal dikenalpasti dari awal.
Antara tanda-tanda yang kelihatan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kemurungan seperti diatas adalah;
Cemas tanpa sebab
Menangis tanpa sebab
Tidak sabar
Tidak percaya diri
Sensitive
Mudah tersinggung
Merasa kurang menyayangi bayinya
Merasa seperti tidak disayangi suami/ibu/mertua/adik beradik kerana perhatian berlebihan terhadap bayi
Cemburu terhadap perhatian yang diberi terhadap bayi
Merasa tangisan bayi adalah terlalu menyakitkan telinga
Masalah kemurungan yang dikenalpasti awal, boleh dielakkan serta diatasi dengan kerjasama dari suami serta lain-lain ahli keluarga terutama dalam pengurusan bayi dan anak sedia ada..selain itu beberapa cadangan diberikan kepada ibu-ibu yang baru melahirkan antaranya
Banyakkan berehat.
Buat suami, tidak salah rasanya membantu isteri dalam menguruskan bayi anda tidak kira dari memandikan bayi, menukar lampin, membancuh susu dan menjaga bayi sebentar bagi memberi peluang kepada isteri untuk berehat setelah mengeluarkan seluruh tenaga semasa proses melahirkan.
Pernah dengar 1 ustaz memberi ceramah,lelaki adalah satu-satu manusia yang paling penyabar kerana walaupun anak menangis di tengah malam..Tetap sabarrrrr dan malahan mampu terus tidur.
Makan makanan yang sihat dan berkhasiat.
Makanan yang sihat dan berkhasiat mampu memberi dan membantu dalam penyembuhan luka selepas bersalin selain memulihkan tenaga yang hilang. Pemakanan juga membantu dalam penghasilan susu badan yang lancar.
Libatkan diri dengan kumpulan sokongan.
Dengan pelbagai media sosial seperti FB, Instagram, blog dan Twitter ibu-ibu boleh mengaktifkan diri dalam kumpulan sokongan ibu-ibu berpantang dan menyusu. Di sini, ibu-ibu boleh berkongsi pengalaman, bertanya tentang perihal masalah yang dihadapi semasa berpantang dan tentang penjagaan bayi. Tapi pastikan cari kumpulan sokongan yang membina dengan adanya ahli mereka seperti pakar laktasi, pakar nutrisi dan mungkin doktor.
Berfikiran positif
Walau pelbagai dugaan yang menimpa, sentiasa ingat bahawa Allah selalu ada untuk kita. Pasti ada sesuatu yang baik sedang menunggu kita. Jangan bebankan diri dengan memikirkan sesuatu yang negatif. Nikmatilah waktu berpantang dengan penuh gembira.
Kerjasama dari ahli keluarga terutamanya suami dalam memantau proses penyesuaian diri si ibu sewaktu lepas melahirkan, semasa membesarkan anak-anak dan menerhati simptom-simptom yang mungkin ada boleh mencegah keadaan si ibu dari menjadi lebih parah.
Notakaki:
Berhenti dari menyalahkan si ibu 100% dalam kes ini. Tunggu siasatan pihak berkuasa. Jangan buat kerja tuhan dan kerja pihak berwajib
Sumber: Bel Nawhen & Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Tekapan Mulut Bayi Salah Hanya Akan Menyakitkan Ibu, Anak Pun Tak Kenyang
Antara aspek utama penyusuan susu ibu yang berjaya adalah tekapan mulut bayi. Sekiranya bayi anda tidak menekap dengan betul ke payudara anda, penyusuan mungkin menyakitkan.
Terdapat teknik khusus yang boleh digunakan untuk membantu bayi menekap ke payudara anda. Apabila posisi dan tekapan yang baik diperoleh, penyusuan susu ibu akan menjadi pengalaman yang selesa untuk ibu dan bayi.
BACA: 8 Posisi Penyusuan Yang Betul Untuk Ibu Mudah Dan Selamat Untuk Bayi
Fahami isyarat lapar
Sebelum anda memahami teknik penyusuan badan, anda perlu mengetahui isyarat lapar yang mungkin ditunjukkan bayi anda. Bayi anda mungkin menghisap bibir, lidah, jari, atau tangan. Kelihatan gelisah dan meragam juga merupakan petunjuk bahawa bayi anda lapar.
Menangis adalah isyarat lapar yang lewat dan boleh menjadi sukar untuk memulakan penyusuan sewaktu bayi menangis.
Cuba perhatikan dan pelajari isyarat-isyarat awal bayi lapar. Perlu diingat bahawa bedung, puting kosong dan sarung tangan boleh menghalang isyarat lapar, kerana mulut dan tangan bayi terbatas.
Teknik bantu bayi menekap
Teknik berikut di samping posisi yang betul boleh membantu memastikan bayi menekap dengan betul untuk penyusuan susu ibu yang berjaya:
- Duduk di kerusi dengan sokongan belakang yang selesa untuk menyusukan bayi anda. Menggunakan bangku kaki untuk merehatkan kaki pula boleh membantu membentuk postur yang baik dan mencegah lenguh leher dan bahu.
- Gunakan bantal penyusuan jika ada. Jika tidak, gunakan sebarang bantal yang untuk membantu menyokong anda dan bayi. Bantal penyusuan yang baik sangat membantu bayi berada pada kedudukan yang tepat untuk menekap.
- Pastikan perut bayi menghadap perut anda pada setiap masa.
- Pastikan anda memegang rapat bayi ke arah anda, jangan cuba untuk membengkokkan badan untuk merapatkan diri kepada bayi. Ini bukan sahaja akan menyebabkan ketegangan teruk pada leher dan bahu, tetapi ia juga boleh menjejaskan posisi bayi.
- Pastikan telinga, bahu dan peha bayi anda selari, yang akan memudahkan bayi menyusu.
- Hidung bayi harus setentang dengan puting.
- Anda mungkin perlu memegang payudara anda untuk membantu menghalakan puting pada mulut bayi anda. Genggam payudara dari tepi, menggunakan teknik pegangan “C” atau “U”. Pastikan jari anda jauh daripada puting supaya anda tidak mengganggu bayi menekap.
- Halakan puting ke arah bibir atas / hidung bayi, bukan di tengah mulut. Anda mungkin perlu menggosok puting pada bahagian atas bibir untuk membantu bayi anda membuka mulutnya.
- Kepala bayi harus tertolak sedikit ke belakang. Anda tidak mahu dagunya tunduk ke dada.
- Apabila bayi membuka luas mulutnya dengan dagu dan lidah ke bawah, bayi boleh menekap dengan mudah. Jika bayi tidak membuka mulut dengan lebar, jangan cuba memaksa puting ke dalam. Anda mungkin perlu merangsang bayi membuka mulut dengan luas beberapa kali sebelum berjaya.
- Cuba untuk memastikan sebanyak mungkin bahagian areola (kawasan hitam sekitar puting) masuk ke dalam mulut bayi.
- Dagu bayi sepatutnya menekan bahagian bawah payudara.
- Kedua-dua bibir atas dan bawah bayi sepatutnya terjuih seperti bibir ikan. Jika tidak, anda boleh menggunakan jari anda untuk menarik bahagian bawah ke bawah dan membuka bahagian atas agar lebih ke atas.
- Selain memastikan bayi menekap dengan betul, anda juga boleh mengenal pasti posisi yang selesa untuk anda dan bayi. Terdapat pelbagai posisi berbeza yang berkesan untuk menyusu. Pastikan anda mengamalkan tip di atas untuk memastikan penyusuan berjaya.
Sumber: Hello Doktor
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Tunggu Gigi Anak Rosak Baru Jumpa Doktor. Gigi Pertama Anak Tumbuh Dah Boleh Bawa Untuk Pemeriksaan
Mungkin ramai yang masih belum tahu bilakah waktu yang sesuai untuk membawa anak mendapatkan pemeriksaan gigi di klinik gigi. Ada juga yang membawa anak ketika keadaan gigi anak sudah pun kritikal. Untuk ketahui bilakah waktu yang sesuai, ikuti perkongsian daripada Dr. Izaza Mohd Zan tentang pemeriksaan gigi pertama anak yang dikongsi di lama facebooknya.
“Doktor, nak tunggu anak berapa tahun ye untuk jumpa doktor gigi dan buat rawatan?”
Datang lah jumpa doktor gigi seawal 6 bulan atau gigi pertama tumbuh, mungkin pada usia 4 bulan ke atas
Bukan apa, bila anak dah tumbuh gigi pertama yang excited lebih sebenarnya mommy dia, sebab asik nak beli berus gigi je kan?
Lagi lagi kalau ada baby girl, memang gila nak beli macam-macam berus gigi princess. Tapi cara berus gigi tak betul, gigi jadi stained atau start berlubang
Bila gigi dah start berlubang, mak mak ni terus salahkan berus gigi, “Saya dah beli macam-macam berus gigi, tapi gigi anak rosak lagi, macam ne Doktor?”
Ye ke dah beli berus gigi macam-macam, “Cuba Puan tunjuk kat saya macam mana Puan berus kan gigi anak?”
Bila ummi tunjuk kan cara dia berus gigi anak, ermmm, patutlah gigi anak berlubang dan ada stained, sebab CARA BERUS SALAH
So, bukan salah berus gigi la ye kalau gigi anak berlubang, salah ibu yang tak berus gigi anak dengan cara yang betul
“Saya dah berus dah macam Doktor buat ni, tapi berlubang juga, cuma kalau gusi berdarah saya tak berus takut dia sakit”
Haaa, gusi berdarah ni tanda gusi tak sihat, ada sisa makanan atau sisa susu bawah gusi. Jadi, memang kena berus juga walaupun berdarah
Anak tak rasa sakit pun kalau gusi berdarah ni, boleh berus je dan berus sampai darah tak ada, kena berus tiap-tiap hari
Untuk tahu lebih lanjut mengenai gigi anak-anak, Dr. Izaza Mohd Zan boleh follow di laman facebook.
Sumber: Dr. Izaza Mohd Zan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI