Kita mungkin niat marah anak sebab nak suruh dengar cakap. Tapi kadang kala bebelan kita itu boleh menguris hati si kecil sehingga mereka pendam rasa.

Jika anak dah mula ketap bibir, tarik nafas panjang, duduk diam di penjuru sudut maknanya ada yang tak kena. Ibu bapa kena cepat bertindak dan jangan biarkan anak bermain dengan emosi mereka.

Perkongsian dari Dr Taufiq Razif mengenai anaknya sendiri yang kena marah oleh isteri hingga anaknya mula ketap bibir.

Anak saya sampai ketap bibir dia!

Pernah sekali isteri saya kepenatan dengan baby kami yang menangis tak berhenti.

Kakaknya pula meragam nakkan perhatian dicampur dengan tak puas tidur. Yela, bila keperluan fisiologi badan tak cukup ni emosi pun jadi redup dan moody kan. Semua benda jadi tak kena. Dah gaya macam kena PMS
Bila Anak Sampai Ketap Bibir Dia Lepas Kena Marah, Maknanya Ibu Ayah Kena Hati-HatiIsteri dah mula bebel bila tiba tiba si kakak tu menangis tak berhenti. Dia menangis sebab Umminya tak bagi botol susu adiknya kat dia dulu. Masa tu Umminya terus je bagi botol susu kat si adik.

IKLAN

Kat rumah ni saya memang ajar supaya si kakak yang bagi botol susu kat adik lepas kami dah bancuh. Tu teknik saya nak bagi bonding antara anak saya ni kuat dan tu teknik supaya sifat empati mereka tinggi. Baru lah jadi kurang bergaduh.

Bila dah kena bebel tak berhenti, si kakak tu tadi tiba-tiba ketap bibir dia! Dia pandang Umminya dengan hujung mata dengan pandangan yang tajam sambil air mata mengalir perlahan keluar dari matanya.

Kali ni tangisannya berhenti. Dia berdiri kaku di sudut bilik sambil menggenggam tangannya.

Tiba-tiba isteri saya tersedar daripada luapan emosinya. Masa tu dia baru terfikir yang si kakak ni cuma nak tunjuk kasih sayang pada adiknya je. Yang kita bebel marahkan dia tu buat apa. Kita lupa ada niat suci di sebalik ragam anak anak kita!

Terus isteri saya peluk anak saya tu. Mungkin masa tu isteri saya teringat formula kawal emosi yang saya pernah ajar dia.

IKLAN

Teknik ratio 3:1

1 kali kita terlanjur marah melampau anak kita. Kita balas balik dengan 3 kasih sayang!

Tak kisah la dalam bentuk pelukan ke, ciuman ke, atau pujian ke. Asalkan kita ‘counter’ balik keterlanjuran kita dengan 3 kali ganda kasih sayang!

Alhamdulillah. Anak saya kembali lunak dan lembut hatinya.

IKLAN

Fuh bahaya

Anak marah itu normal tapi kalau sampai anak sendiri berdendam. Itu kena jaga jaga. Dendam boleh datang bila kita mendidik anak tanpa memahamkan anak yang kita tegas kerana kita sayang.

Dendam juga boleh datang kerana kita keterlaluan dalam mendisiplin dan mendidik tanpa kita sulam dengan kasih sayang!

p/s : Tolong bagitahu benda ni pada pasangan kita juga.

Sumber: Taufiq Razif

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI