Rungutan mak ayah sebab anak tak nak makan, nak susu je sepanjang masa memang dah biasa. Hinggakan sampai satu tahap, biar je anak ikut seleranya sebab dah puas pujuk. Tapi sampai bila?

Menurut Dr Suriyakhatun, situasi anak banyak minum susu dan tak lalu makan ni boleh dikatakan semua ibu mengalaminya. Jadi macam mana nak mengawalnya. Paling penting, sebagai ibu bapa biar anak yang ikut cakap kita bukan kita yang ikut cakap anak.

Ada banyak kemungkinan anak tak lalu makan.

  1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.
  2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula,biskut, kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah. (apa solusi dia agaknya?)
  3. Ibu-bapa penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.
  4. Anak ada masalah penghadaman dan kurang selera disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.

Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghadaman. Begitu juga no 2.

Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein. Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makanan sihat dan pilih makanan tak sihat.

Gambar Hiasan (Shutterstock)

“Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk.”

Oklah wahai ibu bapa, anak kamu yang diktat kepada kamu ya? Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia. Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit.

Sumber: Dr Suriyakhatun

Tinggalkan Komen