Ramai ibu bapa mengalami masalah yang sama sewaktu menjaga anak mereka yang kurang sihat, terutama bayi dan juga kanak-kanak. Mereka memerlukan penjagaan yang lebih teliti daripada ibu bapa terutama sekali dalam disiplin pengambilan ubat seharian.

Memberikan ubat kepada kanak-kanak memang sesuatu yang menyukarkan. Ia memerlukan kesabaran serta penggunaan teknik yang betul. Terdapat berbagai jenis peralatan yang sesuai dan berkesan untuk memberikan ubat kepada kanak-kanak.

Paling penting jangan memberi anak anda ubat dengan kaedah paksaan, dikhuatiri akan menyebabkan si kecil lemas dan terjadinya perkara yang tidak diingini.

Bila Anak Susah Buka Mulut Nak Makan Ubat, Jangan Dipaksa Dan Marah. Cuba Tip Ini!

Persediaan cecair:

– Sesuai diaplikasikan kepada kanak-kanak baru lahir hingga satu tahun.

– Kenal pasti ubat dan cara penyediaan yang betul.

– Ampu kepala bayi dan dongakkan kepala bayi pada 45 darjah.

– Balut bayi menggunakan kain atau selimut bayi.

IKLAN

– Pakai peralatan sesuai bagi mengelakkan bayi menutup mulut dan muntah.

– Jangan campurkan ubat dalam botol susu atau jus.

Persediaan cecair, ubat kunyah atau ubat yang dipecah atau dihancurkan:

– Kanak-kanak di antara satu tahun hingga prasekolah.

– Campurkan ubat dengan puding.

IKLAN

– Beri anak minuman kegemaran selepas pengambilan ubat.

– Jangan marah atau denda si kecil jika dia mengeluarkan semula ubat itu.

– Puji dan peluk anak selepas dia makan ubat.

– Kanak-kanak lima tahun dan ke atas selalunya boleh menelan ubat sendiri.

– Jangan sesekali benarkan anak anda mengambil ubat tanpa pengawasan ibu bapa.Bila Anak Susah Buka Mulut Nak Makan Ubat, Jangan Dipaksa Dan Marah. Cuba Tip Ini!

IKLAN

Anak memuntahkan semula ubat?

1.Dalam tempoh 20 minit dari dos pertama, ulang pemberian ubat dengan dos yang sama

2.Sekiranya muntah berulang kali, berhenti dan hubungi doktor dengan segera.

3.Jika si kecil perlu makan ubat dalam jangka masa panjang, anda boleh beli alat pemecah ubat bagi memudahkannya menelan.

4.Berlainan jika pengambilan ubat untuk jangka masa pendek, anda boleh hancurkan ubat menggunakan belakang sudu di atas sekeping kertas.

5.Anda boleh cuba melarutkan ubat mengikut arahan yang tertera pada bungkusan ubat.

6.Jika anda kurang pasti, sila rujuk kepada ahli farmasi dan minta arahan bertulis supaya si kecil mendapat manfaat daripada pengambilan sesuatu jenis ubat.

Sumber: kelabmama & Jelita

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI