Jangan disangka bayi kita yang masih kecil juga sudah punya seleranya sendiri dalam memilih makanan. Ada waktunya anak menolak untuk makan nasi. Sesekali pelbagaikanlah menu buatnya. Variasikan dengan sumber karbohidrat lain supaya anak tetap memperolehi sumber yang sebaiknya untuk membesar.
Salah satu resipi pengganti nasi yang boleh disajikan buat anak kecil kita adalah nuget. Kandungan kentang di dalamnya sudah cukup membekalkan karbohidtrat yang diperlukan mereka. Cuma ibu hanya perlu menambah lebih sayur dan protin untuk melengkapkan lagi khasiat untuk mereka.
Homemade Veggie Nugget yang disediakan oleh Resipi Rarra Sakura ini boleh mama cuba untuk mempelbagaikan menu anak. Ringkas cara pembuatannya malah kaya khasiat. Jom cuba!
Musim durian yang sedang hangat ini apa kata kita pelbagaikan resipi berasaskan durian. Salah satu resipi yang mama boleh cuba adalah jemput-jemput durian. Bukan main sedap lagi.
Ringkas dan paling senang hendak dicuba. Paling menarik inti durian yang dimasukkan ke dalamnya. Memang superb! Malah ada tip untuk menjadikan jemput-jemput menjadi bulat cantik.
Selamat petang semua. Ni saya nk share resepi jemput DURIAN UMI tercinta saya. Ore Kelate panggil (jeput duye ) yang mana suka makan tu 😋 dan ada teknik video macam mana nak bagi bulat-bulat gitu.
Resepi jemput durian
Bahan-bahan:
1kg tepung gandum
*Telur 2 biji
*Gula 2 sudu
*Garam 1 sudu
*Mauripan (1paket) bancuh dengan air suam
Bahan inti
Inti durian
Gula
(Ikut suka hati banyak mana nak letak)
Bahan bertanda* campur sekali tunggu hingga kembang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Erah Syahirah
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila cuti sekolah ni, berselera sungguh anak-anak makan. Ada saja permintaan untuk kita masakkan makanan kegemaran mereka. Setiap anak ada saja ragamnya kan? Biasanya anak-anak sukakan hidangan ringkas dan sedap seperti makanan western.
Si ibu akan sedaya upaya mencari resipi yang paling mudah tapi hasilnya sama sedap seperti yang biasa dimakan di luar. Suraidah Samsudinberkongsi cara mudah buat piza dengan hanya menggunakan pressure cooker.
Ikuti perkongsian ini;
Alhamdulillah 1st trial homemade pizza.. Mode steam, valve seal.. Boleh cuba ya kawan2…
Update, ramai yg nak resipi.. OK sy share ye, sukatan doh ni utk PC sy size 8L.. Sy xpasti yg size lain sma diameter ke x.. Klu beza pun mungkin sikit jelah kot… Byk sy try n error je.. Skill pizza mmg xdak n ni 1st attempt buat pizza.. 😂😂 Tapi as long seisi rumah kata sedap sy dh happy..
1cwn tepung gandum 1sudu kecil Yis kering 1sudu kecil baking powder 1sudu kecil gula 1/2 sudu kecil garam 1/2 cawan air suam 1sudu besar extra virgin oil/minyak masak
Spagetti sos Cheddar cheese Serbuk lada hitam Nanas dlm tin Mushroom dlm tin Sosej Bawang holland Capsicum Mozarella cheese
-Satukan yis, gula n air suam, letak tepi sat bg yis tu function.. Mcm mana nak tau yis tu hidup ke x? Tgk ada buih2 tu hidup laa yis tu.. Klu x dak kira yis tu masuk hanginnnn😅 – Satukan tepung,garam, baking powder, dan minyak. Gaul manja2 je bagi bahan2 sebati.. Dh nampak mcm sebati skit2 masuk kan air td.. Uli doh sampai menyampah 🤣💞hahaha sampai xlekat d tangan.. Rehat kan doh 3jam.. Sy dan doh dpt rehat yg cukup sbb letih menguli.. – Doh akan naik sekali ganda.. Uli balik, yg kali ni manja2 je.. Jgn gado2, benda blh bincang 😜 – Masukkan doh dlm non stick pot.. Leperkan ikut dasar pot yg xsedar diri tuuu.. 🤣 -Spread virgin oil/minyak masak atas doh, pastu spread sos spegeti prego (jgn sampai ke tepi dinding pot sgt nnt dia melt pastu jadi hangit), cheddar cheese n lada hitam.. Dan boleh laa sprinkle segala makneka topping kesukaan…
-Last skali tabur laaa mozarella cheese kalau nak dapat effect tarik tarik cheese xputus tuu – Saya guna mode steam, valve seal.. Dah bb release pressure n keluarkan dgn senduk ikea yg warna hitam tu je.. Xde melekat ka apa.. Senang jaa nak keluarkan..
OK sila cuba! Good luck ❤️
Mudah buat piza dengan periuk tekanan tinggi ni terutamanya untuk para ibu yang masih tidak biasa menggunakan ketuhar. Penggunaan ketuhar lebih renyah kerana kita perlu pandai mengawal suhunya.
Menggunakan periuk tekanan tinggi ni, cukup dengan menetapkan mod masakan sahaja. Jadi untuk ibu-ibu yang mahu belajar buat piza pertama kali, bolehlah gunakan kaedah ini. Selamat mencuba!
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Puasa yang masih berbaki lagi sembilan hari ini pastinya membuatkan ibu sudah mula mempersiapkan kelengkapan berhari raya. Begitu juga biskut raya yang pastinya sudah disiapkan lebih awal sepanjang minggu ini. Mencari resipi terbaik dan mudah pastinya buat ibu bertambah gembira.
Resipi Choco Ball yang dikongsikan oleh Masni Bahari ini pastinya memudahkan ibu di dapur. Mana tidaknya dengan hanya tiga langkah iaitu gaul dan kepal sahaja tanpa dibakar di dalam oven, Choco Ball super sedap ini tersedia untuk di jamah. Mudahnya!
Jadi jom cuba.
Jom kengkawan kita buat ni, senang sangat. Tak perlu guna oven untuk membakarnya, hanya gaul kepal dah siap untuk dimakan. Kalau nak hias tu terpulang masing-masing ya. Kalau nak makan begitu saja pun sedap. Jom intai resepi.
Bahan-bahan:
1 cawan milo
1 cawan nestum
Setengah cawan susu pekat manis
1 botol kecil mentega kacang (170g)
Badam cincang
Coklat chip
Badam dan coklat chip terpulang nak guna banyak mana ya
Gaul semua bahan, lepas tu kepal dan bulat-bulatkan siap.
Siap diuli. Kepal bulat camni. Untuk hiasan terpulang kreativiti masing-masing ya.
Kalau nak boleh ja ikut macam saya buat, contoh dah ada digambar.
Yang ni saya salutkan dengan coklat masakan dan tabur coklat rice.
Yang ni saya hanya salut coklat rice sahaja.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!