Bayi menyembur air liur dan buat bising memang nampak comel. Mama dan papa perlu chill kerana ia adalah salah satu petanda bayi anda berkembang dengan baik.
BANYAK KEBAIKANNYA BILA BAYI MULA MENYEMBUR
Aktiviti ini sebenarnya memberikan banyak manfaat kepada bayi. Ia memberikan asas perkembangan bahasa, pergaulan dan kemahiran motor halus seperti makan dan minum daripada cawan. Jadi biarkan mulut kecil itu menyembur kerana ia bagus membantu penguasaan kemahiran-kemahiran ini pada masa akan datang.
5 FAEDAH PERKEMBANGAN INI KEPADA BAYI
Kebanyakan bayi akan menyembur pada usia enam hingga lapan bulan. Mereka akan lebih kerap melakukannya jika ada galakan daripada anda. Berikut ialah kebaikan permainan menyembur ini yang diperolehi si manja;
Ads
Melatih bayi mengawal suara, bagaimana nak mula dan berhenti.
Tahu bagaimana untuk mengawal nada suara pada nada tinggi dan rendah.
Menerokai sistem kawalan suara seperti lelangit, mulut, bibir dan lidah.
Pergerakan yang dilakukan semasa menyembur itu merupakan latihan yang baik kepada rahang dan lidah. Kemahiran ini amat penting untuk memudahkan bayi meyesuaikan diri dengan penggunaan sudu dan makanan yang bertekstur lebih kasar atau keras.
Latihan kepada bibir terutama sekali untuk membantu mereka minum daripada cawan.
BAGAIMANA PERLU MAMA & PAPA BERI REAKSI?
Ads
Bagi mama dan papa yang ada bayi yang sedang dalam peringkat ini, jangan lepaskan peluang bermain bersama-sama mereka. Nikmati saat-saat ini kerana ia tidak akan berpanjangan.
Ads
Cuba tiru mimik muka mereka dan wujudkan interaksi dengan bayi anda.
Ajak anak-anak yang lain bermain dengan bayi dan bila bayi mula menyembur kalian boleh sama-sama ketawa. Ia adalah peluang bonding yang sangat baik.
Gunakan komunikasi non-verbal, interaksi mata dan ekspresi wajah untuk bermain dengan si kecil yang sedang melakukan aktiviti sembur.
APA YANG PERLU ANDA RISAUKAN?
Dapatkan nasihat doktor sekiranya bayi anda masih belum membuat apa-apa bunyi-bunyian vokal pada usia lapan bulan. Ada bayi yang melangkau peringkat perkembangan menyembur ini tapi suka membuat bunyi-bunyian seperti berbual-bual (babbling).
Jika tiada bunyi-bunyian dihasilkan pada usia lapan bulan, dapatkan pemeriksaan segera kerana khuatir ia adalah petanda kelambatan perkembangan pertuturan dan masalah pendengaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berat badan bayi bukannya merujuk semata-mata berapa berat bayi tu semata-mata, ia adalah penanda aras perkembangan dan tumbesaran bayi. Setiap perkembangan bayi mesti mengikut aliran carta kesihatan yang betul.
“Berapa berat baby masa lahir ya?” Itulah antara soalan ‘wajib’ yang sering ditanya rakan dan saudara kala melawat selepas kita melahirkan bayi atau setiap kali berbual tentang perihal bayi. Isu berat badan bayi juga ada kala menimbulkan kebimbangan apabila ia tidak selari dengan perkembangannya.
BERAT BADAN IDEAL
Bayi dilahirkan dengan ukuran dan ciri yang berbeza. Berat badan bayi yang baru dilahirkan berbeza antara 2.5 hingga 4.5kg. Ukuran berat bayi boleh ditentukan berdasarkan faktor genetik, kesihatan ibu dan pemakanan ibu sepanjang kehamilan.
Selalunya berat bayi bergantung kepada berat lahir. Menjelang umur lima hingga enam bulan, kebanyakan bayi akan mencapai berat badan dua kali ganda daripada berat badan ketika dilahirkan. Makanan amat penting untuk pertumbuhan bayi. Bagi enam bulan pertama bayi amat bergantung kepada susu ibu. Ketika ini berat bayi akan meningkat. Namun bagi bayi yang mempunyai masalah kesihatan seperti masalah penghadaman, cirit birit berterusan, muntah akan menjejaskan perkembangan bayi. Bayi perlu mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
IBU BESAR BERMAKNA BAYI JUGA BESAR?
Ibu yang mempunyai saiz badan yang besar maka bayinya juga besar atau ibu mempunyai saiz badan kecil? fakta ini tidak benar! Namun, jika berlaku, ia mungkin disebabkan oleh faktor genetik, bayi yang dilahirkan adalah sihat. Ada juga yang disebabkan oleh masalah kesihatan seperti rahim, uri, pemakanan dan penyakit yang dihidapi oleh ibu semasa hamil. Misalnya kencing manis tidak terkawal semasa hamil akan mengakibatkan bayi dilahirkan bersaiz besar dan badannya mengalami masalah kurang gula. Masalah lain pula ialah bayi yang dilahirkan mungkin tidak aktif dan mudah mendapat sawan.
BERAT MENURUN
Apabila anda menyedari bahawa berat bayi menurun, jangan panik! Ia perkara biasa bagi bayi selepas dilahirkan. Biasanya selepas 10 hingga 14 hari, berat bayi akan menurun antara 10% hingga 20% daripada berat badan asal. Dapatkan pemantauan kesihatan bayi untuk mengesan sebarang ciri abnormal jika berat badannya semakin menurun!
Sebelum lahir, bayi mendapat bekalan nutrien melalui plasenta secara tetap, tetapi selepas dilahirkan bayi mendapat sumber makanan melalui penyusuan susu ibunya. Selepas dua minggu berat bayi akan mula bertambah disebabkan oleh penyusuan susu ibu. Tetapi jika berat bayi masih berkurangan iaitu tidak mengikut carta kesihatan yang betul, ia mungkin disebabkan kesihatan bayi dan tidak mendapat susu ibu yang cukup. Oleh itu, ibu perlu mendapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu yang betul seperti pelekapan dan tempoh penyusuan sehingga bayi kenyang (pemberian susu foremilk dan hindmilk kepada bayi).
BERAT BADAN BAYI DIREKODKAN
Bayi akan ditimbang selepas dilahirkan dan berat badannya akan direkodkan dan perkembangannya dicatitkan setiap bulan walaupun ketika anda masih berpantang. Malah ia diteruskan semasa anda mendapatkan suntikan imunisasi anak di klinik. Maklumat tumbesaran bayi akan dicatatkan dalam rekod kesihatan bermula setelah bayi dilahirkan.
ADAKAH BAYI SAYA AKAN KEKAL BESAR?
Jika bayi anda dilahirkan bersaiz besar, ia tidak perlu dirisaukan asalkan beratnya dalam lingkungan kesihatan. Jika berlaku peningkatan yang tinggi sehingga keluar daripada had paras yang sepatutnya, doktor atau jururawat akan bertanya mengenai jumlah penyusuan bayi, berapa kali bayi kencing dan berapa lama dia tidur.
BAGAIMANA JIKA BAYI KURANG BERAT BADAN
Ia tidak menjadi masalah asalkan berat bayi masih lingkungan carta kesihatan. Tetapi jika berat bayi telah turun ke paras yang rendah pihak doktor akan membuat pemeriksaan lanjut.
Bayi pramatang selalunya dilahirkan kurang berat badan dan tidak boleh dibandingkan dengan bayi yang dilahirkan cukup bulan. Bayi pra matang mempunyai carta perkembangan khas sendiri. Selalunya bayi pramatang mempunyai jadual penyusuan untuk menaikkan berat badannya. Ini kerana bayi pra matang ini kerap tidur dan tidak akan bangun untuk menyusu. Oleh itu, bayi pra matang diberi susu khas untuk meningkatkan berat badannya. berbanding permintaan penyusuan bayiz
Kembar selalunya dilahirkan dengan berat badan yang berbeza. Jadi setiap mereka mempunyai carta dan perkembangan masing-masing.
MEMANTAU PERKEMBANGAN BERAT BADAN BAYI
Biasanya, perkembangan bayi akan dicatat dalam carta kesihatan pertumbuhan bayi. Carta ini dijadikan rujukan dan panduan untuk mengetahui sama ada bayi mengalami pertumbuhan yang normal atau tidak.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan rutin perkembangan kesihatan bayi untuk mengetahui perubahan-perubahan yang terjadi setiap bulan.Carta ini akan dapat membantu jika timbul sebarang masalah kesihatan kepada anak anda. Melalui carta kesihatan bayi akan menunjukkan berat badan idea pada setiap bulan dan pertumbuhan tinggi dan ukuran lilitan kepalannya.
Menurut carta pertumbuhan kesihatan, berat badan bayi yang sihat akan menunjukkan peningkatan pada setiap pertambahan usianya. Rujuk jadual berikut bagi berat tinggi badan bayi ideal dan lingkaran kepala menurut WHO (WorldHealth Organization) bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Carta Pertumbuhan Kesihatan Kanak-kanak Lelaki & Perempuan
Berdasarkan carta ini, ada akan mengetahui setiap sentimeter dan kilogram pada bayi anda. Namun pengukuran skala ini perlu dilakukan oleh doktor atau pihak hospital yang mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Selain berat badan, pengukuran skala tumbesaran bayi juga melibatkan tiga perkara iaitu:
Datuk Dr Sheikh Muszaphar dedahkan anak kembarnya kepada 8 aktiviti ini semasa mereka berusia 2 minggu sehingga 4 bulan. Bagus untuk merangsang bayi dari awal kerana ia membantu bayi untuk meningkatkan tumpuan bayi, sifat ingin tahu dan kekuatan fizikal.
Dr Sheikh Muszaphar, angkasawan pertama Malaysia juga merupakan pakar bedah ortopedik. Jadi sudah dia tahu tentu perkara yang dilakukan kepada bayi-bayinya tidak akan memudaratkan mereka. Berikut adalah antara aktiviti yang dilakukan;
Flashcards (kad imbasan) dengan kembar Adam di sebelah kanan saya dan Noah di sebelah kiri saya. Saya menikmati bonding time saya dengan bayi-bayi sayadengan menunjukkan flashcards kepada mereka.
Teknik flashcards untuk bayi baru lahir Seperti yang anda dapat lihat Adam & Noah sangat waspada melihat gambar-gambar. Cuba lakukan dengan persekitaran yang tenang dan cahaya terang.
Pada usia 2 bulan, bayi akan cuba bercakap dengan anda tetapi mereka tidak tahu bagaimana. Jadi mereka menangis yang satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan anda.
Merangkak semasa 3 bulan Saya telah memulakan latihan kembar untuk merangkak ke hadapan. Seperti yang anda lihat Noah sedang menggunakan jari kaki untuk menolak dan kakinya mula bergerak dalam corak bersilang.
Kembar pada 4 bulan Adam & Noah kini berada di usia di mana mereka hanya ingin bergerak bukan hanya berbaring seperti kura-kura terbalik. Mata mereka terus belajar di sekitar mereka, lebih peka, kaki mereka menendang secara beransur-ansur, merespon dengan senyuman ketika nama mereka dipanggil termasuk mengenali wajah dan ingin merebut sesuatu, merangkak hingga jarak satu kaki dan menterbalikkan bawan yang merupakan tanda-tanda perkembangan yang baik. Alhamdulillah.
Ibu bapa boleh menggandakan usaha kepada mereka. Sekarang kita mula memberi tumpuan kepada; 1. Fashcards perkataan 2. Pergerakan mengimbang badan 3. Duduk tidak disokong 4. Aktiviti menguatkan cengkaman 5. Lebih banyak masa merangkak
Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu cara menjaga kebersihan botol susu anak mereka. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.
Menurut Dr Tajul Ariffin Norsadan, ibu tak boleh sambil lewa bab kebersihan botol susu dan pastikan kebersihannya sentiasa dipantau sepanjang masa.
Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu: