Kita sebagai ibubapa semestinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, namun kita juga perlu tahu cara atau kaedah yang betul sekiranya ingin menegur anak yang melakukan kesilapan.
Melalui perkongsian Dr Ahmad Luqman, anak-anak yang selalu dimarahi, dimaki atau dikasari semasa kecil kebiasaannya akan membesar menjadi individu yang membenci dirinya sendiri.
Sumber: Dr Luqman
Ujarnya, anak yang berdepan dengan situasi dimarahi, dimaki dan dikasari akan menjadi kurang keyakinan diri dan sentiasa berfikiran negatif. Lebih teruk lagi, anak kecil itu juga akan membesar menjadi individu yang bengis dan panas baran, sama seperti ibu bapanya hasil daripada pengalaman semasa kecil.
Sebagai ganti kepada marah dan menegur, Dr Luqman menyarankan kaedah memberi ganjaran akan membuatkan anak-anak menjadi lebih mendengar kata.
Antara cara-cara lain selain daripada marah dan menegur adalah:
Ads
Mulakan dengan pertanyaan bukan penyataan. Anak-anak lebih mudah menerima teguran dengan menggunakan cara yang sopan, berbanding dengan cara mengarah-ngarah mereka.
Teguran diberikan secara rahsia. Sekiranya kita menegur anak-anak dikhalayak ramai semestinya anak akan berasa segan dan malu.
Tanya dan dengar dahulu. Kesilapan ibu bapa adalah bila prasangka terhadap anak tanpa ingin mendengarkan penjelasan dari anak.
Setiap usaha kita mendidik anak yang dimulakan dengan niat yang baik dan kerana Allah, akan dipandang oleh Allah. Semoga kita sentiasa bersabar dalam mendidik dan membesarkan anak-anak kita.
Jarang-jarang berkongsi kisah keluarga, namun menurut penyanyi, Faizal Tahir, keluarga adalah segalanya dalam hidupnya malah menjadi keutamaannya.
Menurut Faizal, kehidupannya kini telah banyak berubah seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab yang lebih besar terutama terhadap anak ketujuhnya yang istimewa di hati semua.
“Sejak kelahiran Maryam ini terus terang saya rasa kehidupan saya berubah 360 darjah sebab dia memerlukan perhatian yang lebih.
“Dia juga ada masalah jantung dan harus dibedah Insyaa-Allah dalam masa beberapa bulan ini.
“Anak-anak saya dah makin membesar dan ada yang sudah habis sekolah jadi saya rasa buat masa ini dalam kehidupan saya sebagai seorang bapa itu melebihi daripada peranan seorang selebriti.
“Kalau dulu zaman-zaman ‘poyo’ saya letak kerjaya saya dahulu berbanding keluarga dengan memikirkan kalau sudah berjaya saya dapat menanggung keluarga.
“Tapi bila masa sudah berubah dan anak-anak makin membesar dan belajar dari kesilapan, rupanya saya salah. Apa-apa pun keluarga dahulu baru kerjaya akan lebih baik,” kongsi Faizal bila bercerita mengenai anak-anak.
Kena selalu bersedia untuk anak istimewa
Dianugerahkan untuk memiliki seorang anak istimewa adalah satu hadiah istimewa dari Allah. Namun akuinya lagi, dia turut berdepan cabaran membesarkan seorang anak istimewa yang sentiasa membuatkan dia sebak kerana masalah kesihatan yang dialami oleh anaknya itu.
“Saya kena selalu bersedia andai berlaku sebarang perkara yang tidak elok kepada dia kerana keadaan dia sekarang masih ada ‘tube’ di dalam perutnya.
“Kadang-kadang sebagai seorang bapa sedih saya melihat keadaan anak yang masih ada ‘tube’ itu walaupun anak dah nak masuk dua tahun. Tube itu untuk dia makan dan makan ubat.
“Kalau dulu saya ambil macam-macam tawaran tapi sekarang saya tidak boleh bekerja jauh dan saya perlu luangkan banyak masa dengnnya kerana apa-apa sahaja boleh terjadi.
Terdahulu, hasil perkahwinanya bersama isteri, Faizal dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata lelaki dan empat anak perempuan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Anak lelaki cenderung suka main masak-masak mungkin menimbulkan kerisauan di hati ibu ayah. Bimbang ia akan mempengaruhi pembentukan karakter menjadi lembut dan sebagainya. 5 tip yang dikongsikan pakar pendidikan awal kanak-kanak ini boleh digunakan.
Banyak kita mendengar keluhan mama papa tentang anak lelaki yang suka bermain dengan permainan anak perempuan. “Anak lelaki saya suka permainan perempuan seperti teddy bear dan masak-masak. Bagaimana hendak atasi tingkah laku ini?”
Menurut Dr. Bustam Kamri, Dekan di Sekolah Sains Sosial, International College Of Yayasan Melaka, memang selalunya ibu bapa amat khuatir apabila anak lelakinya bermain beruang dan masak-masak. Jika dilihat secara positif hal mainan tidak menjadi masalah kerana orang dewasa yang membuat klasifikasi pengkhususan jantina permainan itu sendiri.
TANGGAPAN PENENTUAN MAINAN BERDASARKAN JANTINA PERLU DIUBAH
Masa telah berubah dan tanggapan penentuan permainan mengikut jantina perlu diubah. Secara professional tugas memasak bukan lagi kerjaya yang dimonopoli oleh golongan wanita sebaliknya ‘chef’ (tukang masak) yang terkenal terdiri daripada orang lelaki terutama di hotel-hotel dan restoran-restoran.
Dr Bustam juga turut berkongsi beberapa tips dan info yang boleh ibu bapa lakukan;
#1. PELBAGAIKAN JENIS PERMAINAN DI RUMAH
Begitu juga dengan reka cipta alat mainan itu sendiri. Ibu bapa tidak boleh menyekat minat kanak-kanak untuk bermain. Sebaliknya perlu mempelbagaikan jenis permainan di rumah. Perlu diingat bahawa main adalah suatu proses pembelajaran bagi kanak-kanak.
Menerusi main mereka meneroka sesuatu dengan bereksperimen. Bermain masak-masak adalah meniru kehidupan seharian orang dewasa. Manakala bermain dengan beruang adalah imaginasi untuk berkomunikasi dan berimaginasi menerusi fantasi.
#2. LIBATKAN DIRI DENGAN KETIKA ANAK BERMAIN
Selalunya ibu bapa sebagai pemerhati semasa anak-anaknya bermain dan jarang sekali melibatkan diri bersama anak-anak untuk bermain. Cuba dekati anak walaupun bermain dengan beruang cuba padankan dengan haiwan yang lain. Ajak anak berkomunikasi dengan menggunakan haiwan-haiwan yang sedia ada di sekelilingnya.
Jadikan aktiviti bermain dengan beruang sebagai cetusan galakkan membaca. Ibu bapa hendaklah membacakan buku berkaitan dengan beruang. Terdapat banyak cerita tentang beruang yang boleh mendorong minat kanak-kanak untuk meneroka imaginasi lebih jauh tentang kegagahan dan kepahlawanan.
#3. BERCAKAP DENGAN ANAK BERKAITAN MAKANAN/ INDUSTRI
Begitu juga halnya main masak-masak boleh menyemaikan minat ke arah kerjaya dengan menunjukkan kejayaan ‘chef’ lelaki yang terkenal.
Dapatkan gambar dan cerita-cerita tentang ‘chef’ di pelbagai lapangan seperti di hotel, restoran dan sebagainya. Kembangkan perbualan anda dengan penyelidikan pemakanan dan hal-hal yang melibatkan industri dan pertanian.
#4. DORONG ANAK LELAKI MENERIMA RISIKO
Ajar anak-anak lelaki dengan menunjukkan cara melakukan sesuatu perkara bukan sekadar melihat apa yang dilakukannya. Dorong kanak-kanak lelaki untuk menerima risiko. Bukan sahaja risiko pada fizikal tetapi mental dan emosi.
Contohnya bermula main masak-masak, kanak-kanak boleh didorong menerusi perbincangan perkara yang diperlukan untuk masakan. Sayur-sayuran diperlukan dan ibu bapa hendaklah mengajar cara menanam sayur-sayuran atau membawa kanak-kanak ke ladang ternakan.
#5. BERIKAN BIMBINGAN SUPAYA ANAK FAHAM PERSEKITARAN
Semuanya terpulang kepada ibu bapa untuk mengarahkan kanak-kanak kepada yang lebih positif. Jangan biarkan kanak-kanak bermain sendirian tanpa didampingi oleh ibu bapa. Kanak-kanak perlu mendapat perhatian dan bimbingan biar pun hanya sekadar aktiviti bermain, sebenarnya merupakan titik permulaan kanak-kanak belajar memahami tentang persekitarannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang pengasuh Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan menganiaya seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan cara mencakar pipi dan memukul tubuh mangsa, minggu lalu.
Didakwa cakar & pukul bayi 11 bulan
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Nabilah Md Johan, 27, dari Kampung Tedong, Merlimau, mengangguk faham sejurus dibacakan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin, namun tidak mengaku bersalah serta meminta dibicarakan.
Berdasarkan pertuduhan, dia sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu guru atau pengasuh didapati menganiaya bayi terbabit berusia 11 bulan ketika kejadian dengan cara mencakar pipi sebelah kiri dan memukul badan mangsa dengan tangan.
Kesalahan itu didakwa dilakukannya di Taska Ummi Ana, No 43, Jalan Sri Emas 25, Taman Seri Telok Emas, Melaka pada 18 Mei lalu, kira-kira 5.30 petang hingga jam 5.45 petang.
Hukuman penjara 10 tahun dan denda
Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari yang menjalankan pendakwaan mencadangkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.
Peguam bela, Ab Kadir Ismail yang mewakili tertuduh bagaimanapun membantah jumlah jaminan ditawarkan.
“Jumlah jaminan yang ditawarkan terlalu tinggi, mohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang munasabah. Penjamin adalah ibu tertuduh sendiri,” katanya.
Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Nariman menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta syarat tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan dalam apa juga keadaan sehingga perbicaraan selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan 23 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dengan serahan dokumen.
Kisah menyayat hati seorang ibu mempertahankan hak pendidikan anaknya, seorang kanak-kanak autisme yang dipinggirkan selepas insiden di sekolah. Ketahui kronologi, perjuangan dan tindakan pihak berkuasa.