Urutan boleh buat bayi kurang meragam dan tidur lena. Mama dan papa kena rajin urut. Hanya lima minit diperlukan! Ikuti langkah-langkah ini.
Dengan hanya beberapa minit , sentuhan dan belaian ibu boleh menjadi perangsang kepada perkembangan psikologi bayi. Urutan bayi sememangnya istimewa dan memberikan banyak manfaat kepada bayi. Ia mampu menjadikan bayi yang selalu meragam menjadi lebih tenang dan mudah diurus.
KELEBIHAN URUTAN KEPADA BAYI
Si manja tidur lebih lena.
Mengelakkan bayi daripada kolik atau kembung perut.
Memudahkan buang air besar bagi bayi sembelit.
Menghilangkan lenguh badannya yang lama berbaring setiap hari.
Menguatkan otot bayi.
Membantu bayi menguasai setiap tahap perkembangan fizikalnya seperti meniarap, merangkak, berjalan dan sebagainya.
Urutan bayi juga membantu bayi kuasai kemahiran motor halus dengan lebih mudah.
Bagi bayi pramatang, urutan akan membantu meningkatkan berat badan bayi dengan lebih cepat.
Ia adalah penyumbang kepada ikatan kasih sayang anda kepada bayi. Ia adalah salah satu cara untuk bonding dengan bayi.
Urutan kepada bayi memberi kesan positif terhadap keseimbangan emosi dan psikologi.
Kajian mendapati urutan kepada bayi sangat penting untuk perkembangan serta tumbesaran bayi dan memberi perlindungan daripada jangkitan pada peringkat awal kehidupan seseorang bayi.
Dalam pada itu, urutan penting untuk merangsang perkembangan bayi pra matang.
Boleh merangsang bayi dan kanak-kanakkumpulan yang memerlukan rawatan khusus antaranya seperti sindrom Down, cerebral palsy, asma dan autisme.
URUTAN AMAT DISARANKAN KEPADA BAYI PRAMATANG
Lebih menakjubkan, kajian ke atas bayi pra matang yang diberikan urutan pada kepala, bahu, belakang badan, kaki dan tangan selama lima minit setiap sesi dengan kekerapan tiga kali sehari menunjukkan pertambahan berat badan antara 21 hingga 47 peratus. Urutan dilakukan secara betul dan konsisten di samping penyusuan susu ibu membolehkan mereka mencapai berat yang ditetapkan dan boleh discaj daripada wad neonatal lebih awal.
BILA URUTAN BOLEH DILAKUKAN?
Waktu yang sesuai yang dicadangkan untuk melakukan urutan ialah antara waktu menyusu bayi, sekurang-kurangnya 30 minit selepas menyusu. Pastikan masa urutan ialah dua jam selepas bayi menyusu dan bayi dalam keadaan mood yang baik.
Ia adalah cara bagi mengelak bayi tidak begitu lapar atau begitu kenyang. Masa yang baik untuk mengurut ialah semasa bayi jaga(tidak tidur) dan waktu selepas mandi waktu pagi kerana kulitnya masih lembap. Urutan sebelum tidur juga akan membantu bayi anda untuk menenangkan diri, relaks dan seterusnya bersedia untuk tidur dengan lena.
PERSEDIAAN SEBELUM URUTAN
Pastikan suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Baringkan bayi anda di atas tuala, lipatan kain atau pelapik menukar lampin di bawahnya. Anda mungkin lebih suka membiarkan bayi memakai baju jika keadaan agak sejuk. Atau biarkan dia bebas tanpa pakaian sekali-sekala. Namun pastikan bilik tidak sejuk.
Ads
Sambil mengurut anda boleh bercakap dengan bayi. Jika memasang sebarang audio , pastikan ia perlahan supaya bayi anda boleh mendengar anda bercakap dengannya.
Sediakan kelengkapan yang diperlukan untuk mengurut iaitu minyak untuk mengurut seperti minyak zaitun/ minyak kelapa/ minyak argan yang diperbuat daripada bahan semula jadi , tuala kecil, baju untuk dipakaikan kepada bayi anda selepas selesai urutan dan peralatan menukar lampin yang biasa digunakan.
LANGKAH DEMI LANGKAH URUTAN BAYI
Urutan bayi berbeza dengan urutan orang dewasa. Pastikan urutan tidak memberikan tekanan yang kuat kepada bayi. Gosokan yang lembut sudah memadai.
KAKI
Bahagian kaki adalah kawasan yang kurang sensitif. Seelok-eloknya mulakan sesi urutan pada bahagian ini.
Ads
1.Tekan bahagian tengah tapak kaki dengan lembut menggunakan kedua belah ibu jari anda. Jangan lupa urut juga bahagian paha hingga ke pergelangan kaki bayi. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
2.Lakukan juga toe squeeze iaitu jari-jari kaki dipicit satu persatu. Lakukan dengan gerakan memutar dan diakhiri dengan tarikan lembut di setiap hujung jari kaki bayi anda. Lakukan pada kedua-dua belah kaki.
LENGAN
Seterusnya, lakukan urutan pada pangkal lengan tangan kanan dan kiri. Ia diurut secara gerakan memicit secara lembut. Kemudian, cuba buka tapak tangan bayi secara perlahan. Ia bertujuan untuk tarik lembut jari-jari bayi. Lakukan rolling pada lengan bayi. Buat gerakkan atas ke bawah. Perkara yangs sama dilakukan pada tangan sebelah lagi.
MUKA
Ads
Mulakan dengan open book iaitu anda perlu melurut muka dari bahagian tengah ke luar. Urutan pada bahagian muka perlu dilakukan dalam keadaan tenang. Urut juga bahagian pangkal hidung dan lurut ke arah pipi. Bahagian bawah bibir bayi juga perlu diurut. Lakukan secara perlahan dan lembut pada bahagian muka bayi. Bagi bayi yang kerap menangis atau mempunyai masalah pertumbuhan gigi, jangan lupa lakukan urutan ini.
PERUT
Urut perlahan-lahan dengan mengunakan tangan kiri dan kanan bersilih ganti dengan melakukan gerakan Sun & Moon. Pergerakan ini harus bermula dari kiri dan ke kanan. Sebagai tambahan, anda boleh membuat urutan dengan membuat gerakan I, L, U. Urutan di bahagian perut dipercayai dapat mengurangkan masalahkembung perut/ kolik dan sembelit.
BAHAGIAN BELAKANG
Baringkan bayi untuk melakukan bahagian belakangnya. Urutan ini dikenali sebagai swoop neck to bottom di mulai daripada bahagian leher menghala ke pinggang. Urut belakang bayi dengan menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. Akhir sekali, letakkan jari di bahagian tengah belakang bayi. Urut dengan lembut sehingga ke bahagian punggung bayi.
Urutan bahagian belakang dapat menghilangkan rasa ketegangan oleh bayi akibat terlalu lama berbaring.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Permulaan hari sangat penting untuk semua, papa, mama dan terutamanya anak-anak. Pada waktu pagilah mood anak-anak sangat rapuh. Jika tersilap cara, anak akan tantrum sehingga waktu tengah hari. Puan Hani berkongsi cara bagaimana untuk kurangkan tantrum anak.
Sebenarnya Ibu bapa boleh kurangkan Tantrum anak atau pun “Meragam Anak”. Jom saya kongsikan Tips ini.
Hani belajar tips ni ketika hani menjadi seorang Psychotherapy dahulu selain physiotherapist.
So i’m using psychological methods on regular personal interaction to help a person change behavior and overcome problems in desired ways.
So perkara pertama adalah;
1) Sabar and jangan mengeluh ( suami sy pesan) sbb sikap begini anak akan serap nanti.
2) Jika anak baru bangun tidur beri doa salam padanya dgn nada yg sangat ceria, walaupun anda kalah bola semalam ” Assalammualaikum anak ibu…. Ibu ayah sayang maira.. so automatically anak anda akan set pada mind dia.. Alhamdulillah harini hari yg ceria utk saya.
3) Main dulu dengan anak. Show her some books ke, kalau hani..hani bawa dia jogging and see around tengok burung,langit.. biar dia tenang and kagum dengan ciptaan Allah.
4) Kenyangkan anak anda , susu kan atau jika sudah boleh makan.. feed her first. Sbb nanti boleh bersihkan.. Anak kecil tidak macam anak yg berusia 1 tahun. Bila makan comot sampai ke tengkuk. Tu yg kena beri makan dulu. Tunggu dalam 30 minit. Baru mandi k.
5) Jom panaskan air… Agar anak boleh relax kan badan. Kebiasaannya hani akan massage whole body anak dgn minyak extra virgin oil.
Kandungan vit E sgt tinggi, sesuai sgt anak eczema. And then, Bagi dia totally relax and sgt tenang.. and then hani mandikan dia. Main dgn anak dalam bath tub supaya otot dapat relax dgn menerima suhu air suam suam panas tu main itik.
Lepas mandi, final touch hani counter back suhu badan dgn cara alirkan getah paip dalam bath tub td. Agar slowly change the temperature of water. So anak tak terkejut.
6) Hani lap maira dap dap je.. letak minyak di tummy,belakang, and dari peha ke hujung tapak kaki. And di dada hani letak Essentials oil RC. Di ubun2 and belakang kepala hani letak eo Frank….. Now maira masa ni da lapar sangat.
Terus hani susukan and rehat sekali…dia terus tido sampai tengahari.
So hani ada masa untuk kemas rumah,bagi makan kucing,jemur baju.. kan kan .. Nampak mcm berjam jam kan..tp kalau puan² dah biasa.. sekejap je semua ni..
Bersusah susah dahulu… Bersenang senang kemudian. Ini cara saya.
Genap setahun anak dara Fizo Omar dan Mawar, Maryam sentiasa jadi perhatian peminat mama dan daddynya. Ibaratnya Maryam turut dapat tempias populariti tersebut.
Bak kata orang, semakin meningkat umur anak, makin panjang akalnya. Begitulah perkembangan terkini Maryam yang dah mula aktif dan pandai meneroka mengikut apa yang nampak di depan matanya.
Terbaru menerusi perkongsian video terbaru Mawar di instagramnya, menunjukkan gelagat Maryam yang mesra dipanggil Cik Yam yang dah pandai main alat make-up mamanya.
Dengan muka yang tak bersalah, Maryam berjaya buatkan hati mamanya sejuk walaupun dalam keadaan terkejut. Mungkin sebab selalu lihat Mawar bersolek, Maryam pun dah pandai nak tiru gaya mamanya.
Lagi satu gelagat comel Maryam yang berjaya curi perhatian netizen, nampaknya Cik Yam pun dah mula belajar makan nasi kandar.
Sebagai ibu bapa, tentu sekali kita ingin anak-anak tidur awal dan dapat tidur yang secukupnya. Untuk anak mendapatkan tidur yang cukup dan tidak terlalu lewat malam, kita harus menerapkan rutin harian yang baik untuk anak-anak terutama sejak mereka kecil.
Jika ada sebarang masalah pada artikel ini di facebook, sila klik/type Trending diwebsite majalahpama link www.www.majalahpama.my untuk artikel penuh.
Doktor Sheikh Muszaphar berkongsi tentang rutin harian beliau dan isteri yang dilakukan sejak anak pertamanya lagi. Menurut beliau, ibu bapa perlu berdisiplin dalam menerapkan rutin harian anak-anak. Ikuti perkongsian beliau dalam memupuk rutin harian untuk anak-anak setiap malam.
Bersedia untuk tidur
Kami cuba mengekalkan rutin untuk anak kembar seperti yang kami lakukan pada anak perempuan kami. Anak kembar kami sangat suka dengan rutin ini. Saya tak dapat menyangkal kepentingan rutin!
Rutin si kembar seperti makan malam bermula pada jam 6.30 petang yang biasanya terdiri daripada beras, lobak dan kentang dan seterusnya mandi sebelum Maghrib.
Mereka biasanya bermain selama sejam sama ada dengan kakak-kakaknya atau dengan mainan mereka. Susu pada pukul 9 malam dan biasanya mereka mula berasa mengantuk sekitar 9.30 malam dan seterusnya mereka akan tidur.
Adam & Noah akan bangun awal dan biasanya bangun pada pukul 5.35 pagi. Bila mereka bangun mereka akan mengejutkan yang lain. Mereka juga merupakan jam saya untuk bangun dan solat subuh. Kami cuba mengekalkan rutin sekerap mungkin. Masalah akan timbul bila kami ada tetamu atau membawa mereka keluar yang tentu akan mengganggu rutinnya.
Ramai yang mengadu kepada saya mengapa anaknya tidur lewat malam atau tidur kebanyakannya pada waktu siang. Saya menyalahkan ibu bapa yang tidak membuat rutin untuk anak mereka tidur awal.
Berkata-kata itu lebih mudah daripada melaksankan terutama untuk kami sebagai ibu bapa yang mempunyai jadual kerja yang berbeza. Tetapi cubalah tak kira apa pun halangan untuk menjadikan rutin tersebut tidak berubah kerana pastinya ia akan menjadikan hidup lebih mudah bagi kita untuk membesarkan mereka. Selamat Malam semua
PS: Kadang-kadang saya bermain dengan si kembar untuk membuatkan mereka rasa penat